Surat Tuan Guru kepada YB Nga berkenaan Ayat Al-Quran

 Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

YB Encik Nga Kor Ming
ADUN Pantai Remis
MP Taiping
Pejabat EXCO Negeri Perak, Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Continue reading

Status tiga Adun Perak masih belum diputuskan mahkamah

Hanipa Maidin

Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam (9 April 2009) yang memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat iaitu Hee Yit Foong (DAP-Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan-Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (KeADILan-Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga Adun tersebut? Continue reading

Azilah dan Sirul digantung: Persoalan berbangkit ialah…

KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) – Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu :

1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

Continue reading

Kabinet : Kerajaan Najib jelas menolak Khairy, Mahathir jadi mastermind

Malaysiakini : Khairy tercicir, Mukhriz masuk kabinet

khairy jamaluddin interview 230209 13Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet pertamanya petang ini.

Kecuali ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dua lagi ketua sayap utama dalam parti itu dilantik menganggotai jemaah menteri.

Pencabar Khairy dalam pemilihan pergerakan itu bulan lalu, Datuk Mukhriz Mahathir bagaimanapun tersenarai sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim pula dilantik sebagai timbalan belia dan sukan.

Seperti dispekulasikan lebih awal, keputusan Najib hari ini mencipta sejarah tersendiri – dan berpotensi mencetuskan kontroversi – kerana selama ini ketua pergerakan Pemuda umumnya dilantik menganggotai kabinet, yang terakhir ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri pelajaran.

Continue reading

CERAMAH UMUM ’3 PRK’

CERAMAH UMUM SEMPENA 3 PILIHANRAYA KECIL

TARIKH         : 09 APRIL 2009

HARI               : KHAMIS

MASA             : 9.00 MALAM

TEMPAT         : MARKAZ TARBIYYAH PAS TAMAN MELEWAR

PENCERAMAH : TN. HJ MOHAMAD SABU (NAIB PRESIDEN PAS)

YB. AZMIN ALI (NAIB PRESIDEN PKR)

UST. NAZIR ZAKARIA (YDP PAS PUTRAJAYA)

ANJURAN       : PAS KAWASAN PUTRAJAYA

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Doa Umno Bukit Gantang Dimakbulkan, Nizar Menang

solat-720385

Imbasan : Maghrib 29 Mac 2009, di Masjid Simpang, Ir Mohamad Nizar telah mengimamkan solat, antara makmumnya ialah calon UMno-BN Ismail Saffian, Muhyiddin Yassin dan Zambry Khadir, ntah apa yang didoakan oleh Ir Mohamad Nizar, tapi mamat-mamat BN ni kemain mengaminkannya…hahaha..!!- dari blog Rona Rona Dunia!

Harakah : PAS menang di Bukit Gantang!
Oleh Intan Abdullah & Johari Jaafar

nizarKeputusan rasmi, calon PAS, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.

Keputusan tidak rasmi jam 9.20 malam, calon PAS, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan undi (21,860), mengalahkan BN (19,071) dan Bebas (62). Majoriti – 2,789 (majoriti dalam pilihan raya 2008 – 1,566).

Continue reading

Undi Majoriti bukti Najib tidak direstui, Rakyat semakin murka pada BN

Harakah: Kalah dua bukit, rakyat semenanjung tolak Najib
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

bukit-gantang(Analisis) : Sah! rakyat memilih untuk terus bersama Pakatan Rakyat bagi dua kerusi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau.

Dalam keputusan rasmi Parlimen Bukit Gantang, calon PAS, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.

Sementara calon KeADILan, S Manikumar menang dengan 12,632 undi, BN 10,229. Majoriti 2,403 undi.

Keputusan dua bukit yang sangat menggetirkan ini membawa satu lagi dimensi nbaru kepada politik tanahair tatkala kononnya Umno mahu melakukan ‘reform’ selepas metabalkan Dato’Seri Najib Tun Razak selaku Presiden baru mereka.

Walaupun pada awalnya ramai penganalisis politik menjangkakan Najib memberi suntikan baru kepada dunia politik Umno/Bn, malangnya keputusan dua bukit sama sekali menafikan perihal analisa awal itu.

PAS dan KeADILan menang dalam suasana Harakah dan Suara Keadilan digantung penerbitannya di awal kempen, ditambah lagi dengan larangan kempen membicarakan isu Altantuya Shaariibu dan kontroversi keputusan Sultan Perak.

Continue reading

Referendum Rakyat-2/3 Sokong Pakatan,Tolak BN

Malaysiakini : Rakyat belum maafkan BN

gantang by election 070409 pas nizar win result announce 04Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan pertambahan majoriti membuktikan rakyat terus-menerus menolak BN walaupun pilihanraya umum sudah setahun berlalu.

Kemenangan itu juga menunjukkan rakyat Malaysia masih belum memaafkan BN walaupun Umno – tulang belakang gabungan itu – dan negara sudah bertukar kepemimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak.

BN yang melontarkan slogan “mohon restu rakyat, pilih Barisan Nasional” dengan gambar besar Najib dan barisan pemimpinnya jelas gagal mendapatkan restu tersebut – sama ada terhadap beliau sendiri atau menteri besar BN yang baru, Datuk Zambry Abd Kadir.

Seperti dihasratkan oleh Pakatan, ia akhirnya menjadi “pungutan suara” terhadap perdana menteri baru itu yang belum lagi sempat membariskan kabinetnya sejak mengangkat sumpah, Jumaat lepas.

Continue reading

Pakatan Kalahkan BN 2-1

Malaysiakini : Pakatan kuasai 2 Bukit, BN di Btg Ai

10.50pm Maklumat rasmi. Calon PKR S Manikumar meraih 12,632 undi, meninggalkan calon BN Datuk S Ganesan dengan 10,229 undi.

keputusan pilihanraya kecil dun bukit selambau 070409Ahli perniagaan muda itu, yang bakal dilantik exco kerajaan Kedah, mendapat majoriti 2,403 undi, lebih 40 undi daripada majoriti V Arumugam yang melepaskan jawatan dan kerusi tersebut dengan alasan nyawanya diancam.

Kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit – mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia.

Senarai lengkap calon bebas dan jumlah undi masing-masing (tiga terbanyak huruf tebal):

  1. R Loganathan – 31
    Tan Hock Huat – 78
    Mohd Radhi Mat Lazim – 25
    Mohd Fadzil Wahab – 83
    Abdul Rahim Abu – 60
    L Sarala – 49
    A Jayagopal – 35
    S Moganakumar – 46
    Khamis Awang – 29
    Husaini Yaacob – 257
    Venason Michael – 32
    Mejar (B) Anuar Abdul Hamid – 528
    T Chandrarajan – 73

9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.

Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang dekat dewan penjumlahan undi.

keputusan kerusi parlimen bukit gantang 070409Tidak rasmi. Di DUN Bukit Selambau, calon PKR S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi.

Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.

Manikumar menambah beberapa puluh undi sahaja berbanding majoriti 2,362 undi V Arumugam pada 2008.

Kesemua 13 calon bebas hilang wang pertaruhan.

8.52pm Tidak rasmi. PKR menang di Bukit Selambau, majoriti lebih kurang sama dengan yang dicapai oleh V Arumugam.

8.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022.

PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi.

Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi. PKR juga mendahului di Bukit Selambau.

8.17pm Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi.

Continue reading

Guru Tadika Kemas Kecewa, Umno Longgok Sampah di Bukit Gantang

dsc_0528

Seorang Guru Tadika Kemas yang enggan dikenali di Kg. Larut Tin, Bukit Gantang pagi ini terkejut bila kawasan tadika berkenaan dipenuhi oleh longgokkan sampah yang ditinggalkan oleh Umno. Semalam Menteria Belia dan Sukan, Ismail Sabri telah mengarahkan beberapa pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) berkampung disitu bagi meraikan undi untuk calon BN.

Program Perantis telah diadakan dan malam semalam anak Menteri Belia berkenaan, Gadaffi (Dafi) telah turut dijemput untuk menghiburkan penduduk  kampung. Namun, apa yang ditinggalkan oleh penganjur program amat mengejut kerana sampah bersepah diseluruh kawasan padang dan Tadika berkenaan.

Continue reading

Menteri Belia gunakan pelajar IKBN dan agensi Kerajaan kempen diBukit Gantang

dsc_0073

Menteri Belia dan Sukan, Ismail Sabri telah mempergunakan sepenuh kuasanya bagi berkempen di Bukit Gantang. Beberapa Pelajar Institut Kemahiran belia Negara berserta Jentera Rakan Muda dikerah ke Kg. Larut Tin, Bukit Gantang bagi mengadakan mini karnival sempena Majlis Pelancaran Program Perantis Peringkat Kebangsaan 2009.

Antara pelajar IKBN yang turut serta adalah dari kawasan Jitra, Kuala Perlis, Alor Gajah dan Peretak.

Continue reading

Cabutan bertuah Umno-154 rumah percuma untuk pengundi Bukit Gantang

Satu lagi projek memenangi hati rakyat Bukit Gantang bila mana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga ketua penerangan Umno, Muhammad Muhd Taib mempergunakan peruntukan Kementerian itu bagi mempromosi pakej kahas pemberian rumah percuma sebanyah 154 unit kepada pengundi bertuah.

Rumah berharga RM33,000 sebuah siap dibina pada tahun ini dan dikatakan akan diserahkan kepada golongan Miskin. Siapa golongan miskin itu. Mana senarainya. Sebelum pembinaan itu dijalankan sepatutnya senarai bakal pemilik sudah ada jadi tidaklah duit itu dibazirkan kerana Kerajaan tahu jumlah yang memerlukan.

Continue reading

Pakatan Rakyat mohon YDP Agong tangguh pelantikan Najib

Oleh Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) – Pakatan Rakyat memohon limpah restu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin agar menangguhkan pelantikan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, yang dijadualkan jam 10 pagi esok.

Dalam surat yang dihantar ke Istana Negara, Pakatan Rakyat memohon YDP Agong membuat penangguhan itu supaya beliau disiasat dan dibersihkan terlebih dahulu daripada pelbagai tuduhan yang dihadapkan kepada Timbalan Perdana Menteri.

Continue reading

Muhkriz jadi menteri, syarat Mahathir sertai Umno!

Kemenangan percuma Najib sebagai Presiden Umno tidak diraih dengan mudah. Jika bukan dengan pertolongan licik Mahathir dan orang-orangnya yang menekan Pak Lah hingga letak Jawatan, Najib hanya sekadar bermimpin untuk jawatan itu. Maka, dengan terlantiknya Najib sebagai Presiden Umno dan esok bakal menjadi Perdana Menteri, penyokong Mahathir sudah mendesak Najib untuk menyenaraikan Muhkriz sebagai calon Menteri.

Hari ini, dalam kenyataannya Mukhriz tidak menolak jika Najib melantiknya. Beliau menyatakan kesediaan untuk menerima apa jua kedudukan sekiranya ditawarkan oleh Kabinet baru Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Continue reading

Scandals Cloud Succession in Newly Unsure Malaysia

 

The party of Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi begins its annual convention on Tuesday. -Zainal Abd Halim/Reuters

By THOMAS FULLER
Published: March 23, 2009
New York Times

KUALA LUMPUR, Malaysia — A slew of political scandals gripping Malaysia and a transfer of power fraught with uncertainty have shaken the elite here, with exquisitely poor timing.

As a major trading nation, Malaysia has been slammed by the global downturn. Its exports have collapsed by nearly one-third, and current projections show that its economy will shrink by as much as 5 percent this year.

Yet the main preoccupation of the government and opposition parties appears to be what analysts say is an increasingly dysfunctional political system. The man in line to become prime minister has been linked to the murder of a Mongolian woman whose body was obliterated with military-grade explosives.

Continue reading

Najib scandal is bringing shame to the nation-Tengku Razaleigh

We should all come clean

By Tengku Razaleigh Hamzah

Yesterday I gave an interview to Sarah Stewart, the Bureau Chief of AFP in Malaysia. Among the questions she asked me was the unavoidable question about the international scandal linking Dato’ Seri Najib Razak with the murder of Altantuya Sharibuu and with the purchase of the Scorpene submarines.

Continue reading

Hishammuddin needs a history lesson

APRIL 2 — Umno’s newly-minted vice-president and Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein was unhappy with the contents of history books and wanted “better” history lessons.

Hishammuddin kicked up the fuss during his winding-up speech at the Umno general assembly when he said the party and the Malay Rulers were the only parties who fought for Malaysia’s independence.

Continue reading

Najib can’t pick losers

Malaymail : SHOULD crowd favourites who lost at the Umno polls be appointed to the Supreme Council line-up?

While some might be hopeful that their names would be among the 10 party president Datuk Seri
Najib Razak can nominate to the line-up, opinions are divided.

With one group adamant that there should be no place for the losers.

Continue reading

Teori RAHMAN selesai, Najib PM terakhir BN!

Komentar Iskandar Jebat di mStar begitu menarik perhatian “Teori RAHMAN sudah sampai penghujungnya? “. Beliau menyatakan bahawa,

“dari satu sudut, Teori RAHMAN yang di sebut oleh seorang penulis politik tersohor Syed Hussien Al Attas yang meramalkan tentang PM-PM Malaysia.

Jika esok Najib dilantik menjadi PM Malaysia yang ke-6, maka lengkaplah teori RAHMAN. R : Rahman (Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj)A : Abdul Razak (Tun Abdul Razak)H : Hussein (Tun Hussein Onn)M : Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad)A : Abdullah ( ramai yang pernah meramalkan A adalah untuk Anuar Ibrahim)N : Kemungkinan besar adalah Najib (atau mungkin ada N lain?) Persoalannya, Siapa selepas Najib? Mungkin kah Najib merasa kerusi PM? Mungkinkah benar teori Najib PM terakhir kerajaan BN?”

Continue reading