Usul teliti ADUN biar tidak paling tadah

Oleh Abdul Rahim Sabri & Jimadie Shah Othman

Dewan Pemuda PAS akan membahaskan usul memantapkan mekanisme pemilihan calon parti itu dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum nanti agar tidak berlaku lagi wakil rakyat yang berpaling tadah seperti di Perak.

“Kita tidak mahu kejadian di Perak berulang. Lompat parti, menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak,” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Continue reading

Mahfuz minta Muhyiddin kaji semula keputusan had ambil subjek SPM

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) – Kerajaan diminta mengkaji semula keputusan mengehadkan setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar kepada Harakahdaily sebentar tadi mengulas isu tersebut.

Continue reading

Audit: Kos PKFZ boleh cecah RM12 bil

Oleh Jimadie Shah Othman & Andrew Ong

Laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menunjukkan bahawa  kos projek tersebut  boleh melonjak kepada RM12 bilion berbanding RM1.96 bilion ketika ia dilancarkan pada 2001.

Menurut laporan tersebut – yang disediakan oleh PriceWaterhouse Coopers (PwC) yang diumumkan hari ini – jumlah tersebut meliputi kos faedah pinjaman.

Continue reading

Mogok Lapar : Mufti dan bekas Mufti tidak dapat maklumat yang betul

Oleh Misbahul Munir Hj Masduki

Kenyataan kedua-dua mereka terhadap isu mogok lapar adalah kerana maklumat yang disampaikan mereka tidak betul dan tepat. Keputusan mogok lapar adalah cadangan DAP yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat, tetapi mogok lapar hanya kepada orang-orang bukan Islam yang ingin menyertainya. Manakala PAS dan PKR pula menganjurkan Puasa Sunat & Solat Hajat untuk orang-orang Islam, Pakatan Rakyat juga menyetujui cadangan tersebut.

Mogok Lapar yang dianjurkan tidaklah sampai ke peringkat membawa mudarat, mereka masih boleh minum setiap 5 – 6 jam, yang tidak mampu meneruskan lapar boleh diganti oleh orang lain pada hari berikutnya. Pasukan perubatan pula ditugaskan untuk bersedia memberi bantuan kecemasan.Tujuan Mogok Lapar adalah sebagai tanda protes terhadap pencabulan demokrasi dan isyarat rakyat memohon perkenan Tuanku supaya DUN dibubarkan. Mogok Lapar hanya diadakan tiga hari berturut, samada tuntutan dipenuhi atau tidak mogok lapar akan berakhir selepas tempoh yang dianjurkan.

Continue reading

Ibu tahanan ISA meninggal dunia

Dimaklumkan bahawa ibu kepada salah seorang tahanan ISA, Mat Shah Mohd Satray telah meninggal dunia 8.30 pagi tadi. Isteri Mat Shah, Puan Norlaila Othman memaklumkan bahawa jenazah dikebumikan selepas solat zohor tadi. Untuk melawat & memberikan sumbangan keluarga ini bolehlah menemui mereka di alamat No. 8, Lorong Luas 2, Kg. Pandan atau masukkan sumbangan anda ke Akaun Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan-Bank Islam : 14023010000110 kemudian SMS kepada Bendahari Pemudawilayah-Khairil : 019-5732576 sebagai makluman.

Al-Fatihah untuk Allahyarham, moga Mat Shah sekeluarga redha dan tabah menghadapi berita ini. Hapuskan ISA, Bebaskan Tahanan!

KEM SURVIVOR REMAJA

TARIKH: 1 JUN 2009 - 3 JUN 2009
TEMPAT: KEM CEMERKAU CEKAS, ULU DONG, RAUB, PAHANG
ANJURAN: SEK. REN. AGAMA SRI AL-UMMAH, KG PANDAN
BAYARAN: RM120 (10 – 12 TAHUN)
RM130 (13 – 17 TAHUN)

Untuk penyertaan sila Hubungi Mohd Ehsan- 012-4646292

KEM SYAHSIAH CEMERLANG DAN ANAK SOLEH

Tempat :
Kem Ecutoria Sg Congkak, Batu 20 Sungai Congkak, 43200 hulu langat, Selangor

Tarikh:
31 Mei – 3 Jun 2009, (Ahad hingga Selasa)

Anjuran:
Kelas Pengajian Al-Quran, Miftahul Uloom Dengan kerjasama
Miftahul Uloom Resources

Dibantu oleh:
Motivator dan ketua jurulatih berpengalaman

Yuran penyertaan:
pendaftaran = RM 10.00
Program = RM 140.00
(Tempat terhad kepada 100 sahaja)

Hubungi :
Ust Rahim   : 017 3726063 – Pn Zainab   : 017 3919269
Nur Hasanah : 012 9142218

atau datang ke alamat:
Pusat Pengajian Al-Quran, Fardhu Ain Miftahul Uloom, 49 – 2, Jln 8/146 (Metro Centre), Bandar Tasek Selatan, 57000 Kuala Lumpur