Demo bantah kabinet isu agama anak

1

Mei 3, 2009 oleh HermanSamsudeen


Malaysiakini : Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan ringkas membantah keputusan kabinet berhubung pengekalan agama asal anak walaupun ibu atau bapanya telah memeluk Islam.

Dengan plakad putih bertulisan “tarik balik”, lebih kurang 100 penyokong parti itu berkumpul kira-kira 15 minit selepas solat Jumaat di perkarangan masjid Kampung Baru.

Dalam ucapan ringkasnya, ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad menyifatkan keputusan kabinet itu tidak dibuat mengikut saluran yang betul.

“(Oleh itu) kita berikan tekanan kepada kabinet supaya tarik balik keputusan ini,” katanya.

Selain dihalang polis, mereka juga memberhentikan dengan segera demonstrasi kecil itu selepas pentadbiran masjid menegur penganjur yang dianggap “tidak menghormati” satu majlis di pusat ibadat itu.

Selain Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, perhimpunan itu turut dianjurkan oleh Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS pusat. Klik video di sini.

Dalam satu kenyataan awalnya, Kamaruzaman menganggap keputusan kabinet pada 23 April sebagai “paling biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong, mufti, Parlimen dan juga sistem kehakiman negara.”

“Sesungguhnya kabinet sedar bahawa mereka hanyalah berkuasa dalam sudut eksekutif bukannya legistatif dan kehakiman.

“Maka tidak selayaknya mereka mengeluarkan keputusan dan arahan melangkaui bidang kuasa mereka terutamanya dalam isu yang membabitkan soal agama,” katanya.

Keputusan jemaah menteri itu pernah dibantah oleh beberapa NGO Islam, termasuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Selain keputusan membesarkan anak di bawah umur mengikut agama asal ibu bapanya, kabinet juga memutuskan pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil.

Langkah itu selaras dengan pendirian jemaah menteri bahawa enakmen syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

Keputusan terbaru kabinet itu berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes K Pathmanaban, atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah, dengan bekas isterinya M Indira Ghandi.

Lelaki itu menukar agama tiga anak mereka sejak penghujung tahun lepas.

About these ads

One thought on “Demo bantah kabinet isu agama anak

  1. max berkata:

    Saya juga hairan kenapa kabinet yang memutuskan semuanya dalam hal ini. Kuasa eksekutif mengatasi segala galanya di Malaysia. Baik di Perak atau untuk SPR semuanya berlaku atas telunjuk PM.

    Dan Malaysia belum lagi mencapai tolenrasi agama yang boleh dibanggakan.

    Kesalahannya ada di dua pihak.

    1) Kurangnya didikan agama pasangan ini. Kegagalan instusi agama asal pasangan ini. Badan -badan seperti Hindu Sangam perlu meneliti hal ini secara lebih dekat, daripada cuma mahu menangani kes secara reaktif dan secara surface. Apa tindakan proaktif mereka, tanpa melibatkan mana mana institusi kerajaan, mengambil kira sensitiviti majoriti.

    2) Dengan memeluk Islam untuk sesetengah orang, dijadikan scape-goat untuk menggunakan “special privilige” ini sewenang-wenangnya untuk mengambil tindakan yang tidak adil dan wajar untuk pihak yang lain. Bukankah imej agama Islam sendiri terjejas kerana tindak tanduk segelintir dan lebih lebih lagi mereka tahu senang mendapat sokongan umum kerana semata-mata kerana emosi agama.

    Saya bukan mahu ” condemn” sesiapa tetapi isu ini telah dijadikan bahan politik di kedua-dua belah pihak.

    Ini lebih berupa kes penceraian rumah tangga dan hak penjagaan anak, kenapa perlu dicampur aduk dengan agama?

    Herman-Pemudawilayah setuju dengan pandangan anda. Kes ini asasnya adalah isu perceraian dan hak penjagaan anak, tapi kabinet dan segelintir pihak tidak bertanggungjawab mempergunakan isu ini untuk menonjolkan diri mereka sebagai ‘penyelamat keadaan’ malangnya keadaan menjadi semakin buruk.Oleh itu kabinet tak perlu campurtangan, biar mahkamah jalankan tugas mereka

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 78 other followers

Mei 2009
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 78 other followers

%d bloggers like this: