Mahfuz minta Muhyiddin kaji semula keputusan had ambil subjek SPM

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) – Kerajaan diminta mengkaji semula keputusan mengehadkan setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar kepada Harakahdaily sebentar tadi mengulas isu tersebut.

Continue reading

Audit: Kos PKFZ boleh cecah RM12 bil

Oleh Jimadie Shah Othman & Andrew Ong

Laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menunjukkan bahawa  kos projek tersebut  boleh melonjak kepada RM12 bilion berbanding RM1.96 bilion ketika ia dilancarkan pada 2001.

Menurut laporan tersebut – yang disediakan oleh PriceWaterhouse Coopers (PwC) yang diumumkan hari ini – jumlah tersebut meliputi kos faedah pinjaman.

Continue reading

Mogok Lapar : Mufti dan bekas Mufti tidak dapat maklumat yang betul

Oleh Misbahul Munir Hj Masduki

Kenyataan kedua-dua mereka terhadap isu mogok lapar adalah kerana maklumat yang disampaikan mereka tidak betul dan tepat. Keputusan mogok lapar adalah cadangan DAP yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat, tetapi mogok lapar hanya kepada orang-orang bukan Islam yang ingin menyertainya. Manakala PAS dan PKR pula menganjurkan Puasa Sunat & Solat Hajat untuk orang-orang Islam, Pakatan Rakyat juga menyetujui cadangan tersebut.

Mogok Lapar yang dianjurkan tidaklah sampai ke peringkat membawa mudarat, mereka masih boleh minum setiap 5 – 6 jam, yang tidak mampu meneruskan lapar boleh diganti oleh orang lain pada hari berikutnya. Pasukan perubatan pula ditugaskan untuk bersedia memberi bantuan kecemasan.Tujuan Mogok Lapar adalah sebagai tanda protes terhadap pencabulan demokrasi dan isyarat rakyat memohon perkenan Tuanku supaya DUN dibubarkan. Mogok Lapar hanya diadakan tiga hari berturut, samada tuntutan dipenuhi atau tidak mogok lapar akan berakhir selepas tempoh yang dianjurkan.

Continue reading