Oleh Abdul Rahim Sabri & Jimadie Shah Othman
Dewan Pemuda PAS akan membahaskan usul memantapkan mekanisme pemilihan calon parti itu dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum nanti agar tidak berlaku lagi wakil rakyat yang berpaling tadah seperti di Perak.
“Kita tidak mahu kejadian di Perak berulang. Lompat parti, menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak,” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.