Malaysiakini : Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (menteri besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.
Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu, bila beliau mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.
Arkib Bulanan: Mei 2009
Dua mangsa H1N1 kini sihat
Malaysiakini : Dua pelajar yang diserang wabak influenza A (H1N1) sejak minggu lalu kini dalam keadaan baik, termasuk ahli keluarga mereka di Selangor dan Pulau Pinang yang dikuarantin.
Harun kembali terajui Ulama PAS
Oleh Muda Mohd Noor
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib mengetuai semula Dewan Ulama apabila menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut dalam satu pengumuman hari ini.
Pencalonan Dewan Ulama, Pemuda, Muslimat PAS
Malaysiakini : Berikut adalah senarai penuh pencalonan bagi pemilihan kepimpinan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS pusat yang diumumkan hari ini.
DEWAN ULAMA
Pengerusi Tetap
1. Hamdan Mohamad (menang tanpa bertanding)
Timbalan Pengerusi Tetap (4)
Abd Manaf Othman
Ismail Noh
Kassim Ahmad
Continue reading
Tabung Haji sudah untung 1.5 Billion, tapi masih mahu naikkan harga!
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mendesak agar Tabung Haji (TH) menimbangkan semula kadar kos bagi mengerjakan haji yang dinaikan sebanyak 11 peratus mulai tahun ini.
Sebelum kenaikan ini bakal haji hanya perlu membayar sebanyak RM8,973, tetapi jumlah itu meningkat kepada RM9,980 jika kadar kenaikkan 11 peratus dikekalkan.
Senarai penuh calon yang layak bertanding di Muktamar PAS
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) – Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.
PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassim Abdullah
2. Hussain Ismail
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah
PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang
TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa
Hadi kekal presiden, 5 calon timbalan, 16 calon naib
O
leh Abdul Rahim Sabri
Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala lima orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 16 lagi untuk jawatan naib presiden.
Manakala 86 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS.
Majlis Peguam tuntut Musa, Hisham letak jawatan…
Malaysiakini : Majlis Peguam menuntut peletakan jawatan ketua polis negara dan menteri dalam negeri, ekoran penahanan lima rakan peguam mereka pada 7 Mei lalu.
Kelima mereka ditahan kerana didakwa menyertai perhimpunan haram sewaktu mahu memberi khidmat guaman kepada sekumpulan individu yang ditahan kerana menyertai acara nyalaan lilin bagi menyokong aktivis Bersih, Woang Chin Huat, yang ditahan di bawah Akta Hasutan.
Zambry hanya MB ‘syok sendiri’
Oleh Mohd Khalil Abdullah
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) -PAS Wilayah Persekutuan menyifatkan tindakan Dato’ Seri Dr Zambry Abd. Kadir kembali bertugas sebagai ‘Menteri Besar’ adalah kemuncak kepada penderhakaan terhadap seluruh rakyat Perak.
Menurut Penasihat Undang-undang PAS Wilayah Persekutuan,Ahmad Zamri Khuzaimi,sungguhpun Zambry telah mendapatkan perintah penggantungan daripada Mahkamah Rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , tindakan Zambry kembali bertugas bersama barisan Exconya dilihat membelakangkan kehendak rakyat yang telah memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.
Malaysia rekod kes pertama H1N1
ETALING JAYA: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kes pertama wabak influenza H1N1 di negara ini melibatkan seorang pelajar yang baru pulang dari Amerika Syarikat.
DBKL Akan Laksanakan Enam Projek Untuk Atasi Kesesakan Trafik
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan satu skim penyuraian trafik yang membabitkan enam projek menaiktaraf jalan di sekitar kawasan KL Sentral bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.
Rakyat hakim terbaik selesai krisis Perak

Oleh Irwan Muhammad Zain | Foto Wan Zahari Wan Salleh
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Hrkh) - Hanya rakyat yang layak menjadi hakim untuk menyelesaikan krisis politik di Perak, tegas Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Hadi menegaskan PAS tetap dengan pendirian mahu Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka.
Karnival Sukan Rakyat Anjuran Pas Wilayah Persekutuan
16 Mei 2009 (Sabtu)-8.30 pagi
Dataran Darul Ummah, No.43 Jalan 2 Kampung Pandan, Kuala Lumpur. (peta disini)Aktiviti Menarik :
Pertandingan sepak raga bulatan secara berkumpulan, karom, dart, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan sukan rakyat seperti batu seremban, congkak dan banyak lagi.Penyertaan adalah percuma.
Sebarang pertanyaan dan penyertaan boleh hubungi Sdr Azim di 013-3006085 ataupun Cik Sharifah di 019-2114764.

Kekuatan PAS gagal digugat Umno/BN – Tuan Ibrahim
Oleh Basiron Abdul Wahab
TEMERLOH 14 Mei (Hrkh) ? Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan yakin kekuatan PAS gagal digugat melalui serangan media arus perdana, yang menjadi jentera propaganda Umno-BN.
Indian Settlement: Penduduk kesal tidak diajak berbincang
Oleh Abdul Rahim Sabri
Malaysiakini : Penduduk di kawasan Indian Settlement di Kampung Pandan kesal dengan sikap MIC yang tidak menjemput mereka bersama untuk berbicang dengan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan mengenai keputusan penangguhan operasi merobohkan rumah mereka hari ini.
Najib setuju pilihan raya semula Perak
Kenyataan Najib hari ini jelas menunjukkan bahawa beliau kini sudah mula memikirkan cadangan untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya semula bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.
Ketua Pemuda: Nasrudin sedia berkompromi
Oleh Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri
Walaupun menjadi calon pilihan, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan bersedia ‘berkompromi’ dalam persaingan merebut jawatan nombor satu dalam dewan tersebut.
ADUN-ADUN BN Bertindak Bodoh Sombong dan Pengecut Di Sarawak
Gerakan saran bubar DUN, Pemuda PAS saran bertenang
PULAU PINANG: Gerakan Pulau Pinang semalam mendesak Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya segara memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membuka jalan mengadakan pilihan raya negeri.
ISETAN bukan tempat kerja yang sesuai untuk wanita Islam
Isu tudung dan aurat adalah perkara yang paling sensitif bagi wanita Islam. Walaupun kita sedar ramai juga yang tidak kisah atau memandang ringan hal ini. Semalam saya terima satu aduan berhubung dengan isu pemakaian tudung bagi mereka yang bekerja di gedung beli belah ISETAN.
Yang jenama syarikat ISETAN begitu gah di Metropolitan ini. Ia merupakan rangkaian gedung pakaian moden yang berpangkalan di Jepun. Sebuah syarikat International.
Terkedu juga bila ada pengadu yang minta saya bantu untuk selesaikan isu diskriminasi pemakaian tudung di ISETAN terhadap pekerja yang rata-rata terdiri dari anak gadis Islam.

