Mansuhkan terus ISA – PBRS

stiker ISA

KOTA KINABALU 30 Jun — Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu dikaji atau dipinda tetapi sepatutnya dimansuhkan terus, kata seorang pemimpin kanan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Naib Presiden I PBRS, Baharuddin Nayan berkata kerajaan juga tidak perlu mewujudkan Akta baru menggantikan ISA, jika sekiranya ISA dimansuhkan, kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi.

Continue reading

‘Tradisi Umno gemar tabur 1,000 janji’ – Tuan Ibrahim

Oleh Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) – Pengundi-pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai perlu memilih seorang wakil rakyat yang boleh bersama mereka semasa susah dan senang ujar, Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dengan itu katanya, calon yang dikemukakan PAS, Fauzi Abdullah amat serasi dengan jiwa penduduk Manek Urai sebagai seorang yang banyak membantu penduduk sebelum dipilih sebagai calon lagi.

Continue reading

JANGAN HARAP NAJIB HENDAK DEBAT

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Kalau hendak bertanding di Penanti pun takut, tambahan pula hendak ajak berdebat. Tok Guru Nik Aziz tegas terus hendak berdebat, kerana ini salah satu penyelesaian yang selama ini terbuku dalam dada kedua-dua parti. Biarlah debat menjadi satu jawapannya. Jawapan Datuk Seri Najib dan pemimpin Umno yang sewaktu dengannya, dengan mengatakan bahawa debat tidak boleh selesai masalah. Sepatutnya Datuk Seri Najib kena beranilah debat isu yang dibangkitkan oleh Tok Guru Nik Aziz. Continue reading

Pembantu rumah Islam untuk majikan Islam sahaja

Oleh Samsuri Roslan

KUALA LUMPUR, 25 Jun, Malaysian Insider — PAS Wilayah Persekutuan mencadangkan pihak Kerajaan Pusat supaya mengujud peraturan baru membenarkan pembantu rumah yang beragama Islam untuk bekerja kepada majikan yang beragama Islam sahaja.

Pesuruhjaya PAS negeri, Muhamad Nohd Nor mencadangkan pihak yang berkuasa perlu mengadakan peraturan ini bagi mengelakkan kemungkinan berlaku perkara yang tidak diingni terhadap pembantu rumah yang beragama Islam.

Continue reading

Pemudawilayah bantah kempen politik Najib di Universiti, terima cabaran debat Nik Aziz kalau yakin BN hebat

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) membantah kempen politik Barisan Nasional di dalam Universiti sempena hari pendaftaran pelajar baru semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat Kolej Perindu di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam semalam dalam ucapannya memberikan amaran agar para mahasiswa tidak menggadaikan masa depan mereka dan terpedaya dengan dakyah-dakyah pembangkang (Pakatan Rakyat).

Continue reading

Nik Aziz cabar Najib berdebat

‘Kenapa Umno tolak Islam’ – Nik Aziz ajak Najib berdebat

Oleh Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 27 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak dalam masa terdekat menerusi ‘mujadalah’ (debat).

Beliau berkata, untuk tujuan itu draf surat rasmi telah pun disiapkan dan akan dikirimkan dengan kadar segera kepada Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia itu.

“Hari ini saya nak beritahu bahawa saya sudah siapkan draf surat khusus untuk Presiden Umno.

Continue reading

Peniaga diisytiharkan calon PAS di Manek Urai

ImageKUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) – Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.

Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia

Hadir sama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.

Continue reading

Petronas untung RM89b

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
ainul.ahsan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Jun – Keuntungan sebelum cukai syarikat minyak negara, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menyusut sebanyak 6.7 peratus kepada RM89.1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009 berbanding RM95.5 bilion tempoh yang sama tahun lalu.

Keuntungan bersihnya juga jatuh sebanyak 13.9 peratus kepada RM52.5 bilion berbanding RM61 bilion meskipun jumlah pendapatan yang direkodkan pada tempoh itu adalah yang tertinggi iaitu RM264.2 bilion iaitu kenaikan sebanyak 18.4 peratus.

Continue reading

Forum Mansuhkan PPSMI malam ini, orang ramai dijemput hadir

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) – Forum bertajuk ‘ Dasar PPSMI (pembelajaran dan pendidikan sains dan matematik dalam bahasa inggeris) dari segi falsafah pendidikan’ akan berlangsung malam ini di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur.

Forum yang akan bermula jam 8.30 malam ini, akan menampilkan tokoh bahasa terkenal iaitu Pengerusi Gerakan Pemansuhan PPSMI (GMP) dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dato’ Dr. Hassan Ahmad sebagai ahli panel.

Continue reading

Carik-carik bulu ayam dalam PAS

Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Jun 24 – Tentulah episod kemelut kerajaan perpaduan adalah tempoh yang amat meresahkan, bukan sahaja kepada penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tetapi juga kepada rakyat Malaysia amnya. Persoalan berpadu atau tidak, bersatu atau tidak tinggal tidak berjawab.

Yang nampak jelas PAS hampir berpecah, Pakatan Rakyat hampir terbelah.

Continue reading

PAS tidak tahu Khalid akan kosongkan kerusi Bandar Tun Razak

Oleh Samsuri Roslan

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Yang Dipertua PAS kawasan Bandar Tun Razak, Mohd Shukor Abdul Azz berkata beliau dan barisan kepemimpinan PAS kawasan tidak tahu dan tidak mempunyai maklumat kononnya Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi Anggota Parlimen Bandar Tun Razak.

Mohd Shukor yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat daripada mana-mana seumber untuk mengesahkan spekulasi kononnya akan berlaku kekosongan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

Continue reading

MALAYSIA: NO MORE WORDS: WE WANT ACTION!

Kuala Lumpur – Geneva, 26 June 2009. On the occasion of the International Day in Support of Victims of Torture, the World Organisation Against Torture (OMCT) and its member organisation in Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), jointly call on the Government of Malaysia to show its commitment to abolish torture and other forms of ill-treatment by signing, ratifying and implementing effectively the United Nations Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (UNCAT) as well as the Optional Protocol to this Convention (OPCAT).

Continue reading

AlFatihah-Ayah YB Salahuddin meninggal dunia semalam

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) mengucapkan takziah kepada, Naib Presiden Pas YB Salahuddin Ayub atas pemergian Ayah beliau ke rahmatullah malam semalam di Pontian, Johor.

Innalillahi wainna ilaihi rajiuun dan al fatihah buat Allahyarham. Moga rohnya dicucuri rahmat atas sumbang besar beliau melahirkan seorang pejuang agama Allah yang amat disegani oleh kawan dan lawan.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan – Presiden PAS

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh

ImageKUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) – Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Continue reading

Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS

Oleh Abdul Rahim Sabri

nik aziz and nasharuddinMursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.

Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

“Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

Continue reading

Indonesia mungkin henti hantar amah ke Malaysia

JAKARTA: Indonesia kemungkinan menghentikan seketika penghantaran pembantu rumah ke Malaysia selepas seorang pembantu rumah Indonesia dilaporkan didera baru-baru ini, menurut agensi berita Indonesia, Antara.

“Kami kemungkinan menghentikannya (penghantaran pembantu rumah) sementara waktu. Namun sebelum itu, kami akan menjemput menteri-menteri dan pihak-pihak berkenaan bermesyuarat pada 23 Jun bagi membuat penilaian awal,” lapor Antara yang memetik kenyataan Menteri Tenaga Manusia dan Transmigrasi, Erman Suparno semalam.

Continue reading

Dua berita, dua cerita, bukti Kerajaan BN Pahang menipu

Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Jun 16 – Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang menyambut kedatangan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, yang dalam rangka lawatannya ke seluruh Malaysia, dengan mempromosikan Pahang sebagai sebuah negeri yang makmur dan stabil politiknya di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

Continue reading

Nasharudin denies distancing himself from Nizar

By Adib Zalkapli

Nasharudin (left) said today the PAS leadership was not informed of Nizar’s plan after his swearing-in ceremony in Parliament yesterday.

KUALA LUMPUR, June 16 Malaysian Insider : – PAS deputy president Nasharudin Mat Isa today denied that he had distanced himself from Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin’s action in Parliament yesterday, but refused to say whether he supports the Bukit Gantang MP.

Continue reading