Oxford ajar UiTM cara layan pelajar yang dibicarakan

Ketua Penerangan Pas Pusat
Tindakan Universiti Oxford yang memberikan ijazah Doktor Falsafah kepada Abdul Razak Baginda baru-baru ini wajar diambil pengajaran oleh Universiti Teknologi Mara serta Universiti lain di Malaysia.

Razak mengemukakan disertasi doktoratnya pada September 2006 tetapi universiti menangguhkannya kerana penangkapannya dua bulan kemudian berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Selepas dibebaskan pada 31 Oktober tahun lepas, beliau memohon untuk menyambung pengajiannya dan pihak Oxford menerimanya permohonan itu dan akhirnya memberikan anugerah ijazah Doktor Falsafah (DPhil) selepas beliau menyelesaikan disertasi beliau.

Continue reading

MODEL EKONOMI BARU PULA?

Ketua Penerangan Pas Pusat

Laporan akhbar 12HB Jun 2009 pada hari ini melaporkan bagaimana Dato’ Seri Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan hendak mencadangkan Model Ekonomi Baru.Kenyataan yang dikeluarkan sebagai keresahan pemimpin Malaysia yang yang menghadapi suasana gawat ekonomi pada hari ini. kerana keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahun pertama Malaysia bagi tahun ini menguncup 6.2 peratus berbanding dengan pertumbuhan 0.1 peratus pada suku tahun keempat tahun lepas berikutan kemerosotan ketara permintaan luaran ekoran kemelesetan serius ekonomi.

Continue reading

Pemuda Pakatan debat halatuju PAS

Malaysiakini : Ketua Pemuda dua parti komponen Pakatan Rakyat – PKR dan DAP – akan berkongsi pentas 16 Jun ini untuk membincangkan halatuju PAS ekoran isu-isu yang timbul selepas muktamar parti itu minggu lalu.

Mereka ialah Ketua Pemuda Sosialis DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin. Manakala Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menolak jemputan tersebut.

Continue reading