Hadi: PAS belum bincang semasak-masaknya

Oleh Muda Mohd Noor

hadi awang 010807Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan perpaduan belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat dan juga belum lagi dibincangkan semasak-masaknya dalam PAS.

Katanya, mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat hari ini juga tidak membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Abdul Hadi memberita demikian dalam sidang media selepas mesyuarat pertama jawatankuasa pusat (AJK) PAS di ibunegara hari ini.

Menurutnya, beliau tidak tahu mengenai laporan bahawa setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mahukan penjelasannya mengenai cadangan kerajaan perpaduan itu.

“Saya akan memberi penjelasan kepada pemimpin Pakatan dan bukannya kepada pihak media kerana mereka tidak melaporkan dengan penuh,” katanya.

Abdul Hadi berkata, isu kerajaan perpaduan itu akan diselesaikan di peringkat parti (PAS) dan dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, PAS sedia berbincang dengan Umno mengenai demokrasi, bidang kehakiman, kebebasan pilihanraya dan media, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bidang keutamaan PAS

“Saya mahu kerajaan membuat perubahan dahulu, dan saya utamakan perbincangan mengenai demokrasi, bidang kehakiman dan kebebasan media.

“Kalau nak bincang perkara itu, kita sedia jumpa,” katanya.

Katanya, ucapan beliau di muktamar PAS, telah menyentuh perubahan badan kehakiman dan suruhanjaya pilihanraya (SPR), tetapi tidak dilaporkan sepenuhnya oleh media.

Abdul Hadi juga berkata, kerajaan perpaduan belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat.dan juga belum lagi dibincangkan semasak-masaknya dalam PAS.

Katanya, mesyuarat AJK pusat hari ini juga, tambahnya, tidak membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Menurutnya, beliau tidak tahu laporan bahawa setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mahukan penjelasannya mengenai cadangan kerajaan perpaduan itu.

“Saya akan memberi penjelasan kepada pemimpin Pakatan dan bukannya kepada pihak media kerana mereka tidak melaporkan dengan penuh,” katanya.

Abdul Hadi berkata, isu kerajaan perpaduan itu akan diselesaikan di peringkat parti (PAS) dan dalam Pakatan Rakyat.

One comment on “Hadi: PAS belum bincang semasak-masaknya

  1. KESAH YANG DIKESAHKAN…

    ***ALKISAH : ITEK YANG DIRAM OLEH IBU AYAM BERSAMA TELURNYA SEWAKTU MENETAS TELUR ITEK MELAHIRKAN ANAK ITEK. BEGITU JUGA TELUR AYAM BILA MENETAS JADI ANAK AYAM.

    SEJARAH PAS ADALAH adalah seperti telur itek. Ia adalah HASIL daripada PERJUANGAN PEMIMPIN ISLAM. Mereka itu PENDAKWAH dan GURU DI KEPULAUAN MELAYU, INDONESIA , SELATAN THAI dan MAL;AYSIA .

    SEJARAH UMNO adalah SEJARAH NASIONAL YANG BERCAMPUR dengan unsur agama AGAMA dan SOSIO BUAYA MELAYU, pengaruh PENJAJAHAN di TENGGARA ASIA telah membentuk SISTEM politik yang berfalsafah “ekonomi” liberal dalam umpan pembangunan rakyat miskin. Itulah yang diisitilahkan sebagai DEMOKRASI BERPARLIMEN ala WESMINSTER.

    PAS terpaksa menurut bentuk aliran tersebut . membentuk parti politik oleh mereka ialah guru agama dan Melayu yang bedrjuangan bersasma UMNO dan Parti Krebangsaan Melayu dan berbagai pertubuhan kebajikan..

    ITEK MERASA kepanasan lantas mencari rumah dingin yang mewah yang serba ada. Ready made…

    Untuk melakukan ayam goreng dan telur asin maka juru jual meminta supaya pasaran diadakan tarian cabut bulu ayam dan itek. Ramai lah penonton dan pendapatan nanti lumayan.

    Maaf. Ini satu daripada beberap kesah atau “anecdotes” yang insyaAllah akan saya tulis. ~Aq
    130609~

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s