Pimpinan BN anggap harta negara macam hak sendiri

Oleh Izwan Abdul Halim
izwan@harakah.net.my

PENDANG, 11 Jun (Hrkh) – Kecenderungan pimpinan Barisan Nasional (BN) membuat penafian terhadap skandal berkaitan pengurusan kewangan negara seolah-olah mereka menganggap harta negara ini sebagai milik peribadi, demikian tempelak Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman.

Ujar beliau, isu-isu antaranya seperti pembelian kapal selam Scopene, projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), bumbung stadium runtuh di Terengganu dan lain-lain tentunya tidak dapat lari dari amalan rasuah.

Continue reading

Mustafa Ali Setiausaha PAS Yang Baru

  Siasah Daily  : Datuk Mustafa Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru, manakala Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan.Dr Hatta Ramli pula dikekalkan sebagai Bendahari manakala Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS yang baru.

Buat sementara sehingga perlantikan baru dibuat, Datuk Mustafa akan kekal sebagai Pengerusi Jamaah Pengarah Harakah manakala Datuk Kamarudin Jaffar kekal sebagai Pengarah Urusan Harakah.Datuk Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu yang kalah dalam pertandingan timbalan presiden dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Penjelasan Kerajaan Perpaduan Oleh Naib Presiden Pas

Kerajaan Perpaduan: Kenapa kita berpolemik?

Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan. Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat.

Continue reading

Bahasa Melayu di Malaysia, satu gambaran kabur – Pak Samad

Oleh Nyza Ayob

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) – Sungguhpun Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berucap sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu pada majlis penganugerahan ijazah doktor kehormat oleh Universiti Kajian Luar Beijing (BFSU) kepadanya semasa kunjungannya ke China baru-baru ini , ia belum dapat diterjemahkan bahawa terdapat bayangan beliau bersedia mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.

Continue reading

Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN – Timbalan Presiden PAS

Oleh Nyza Ayob | Foto Wan Zahari Wan Mohd Salleh

nasa1KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) – Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.

“Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.

Continue reading

Pemuda PAS: Tukar nama SIS jika mahu terus aktif

Sisters in Islam (SIS) disaran menukar namanya kepada “Sisters in Malaysia” jika ingin meneruskan kegiatannya sekarang, termasuk memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia.

Dalam gesaannya sebagai menyokong usul muktamar parti itu hujung minggu lalu, Dewan Pemuda PAS berkata label “Islam” pada NGO terkenal itu hanya boleh dikekalkan jika “mempunyai pandangan jelas tehadap akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak memainkan isu atas dasar hak asasi (manusia) yang terlalu subjektif.”

“Dewan Pemuda PAS tidak menghalang hak mereka (SIS) untuk bersuara, namun sikap mereka yang tidak memperlihatkan diri mereka sebagai pertubuhan Islam seharusnya dinilai,” kata ketuanya yang baru Nasrudin Hassan.

Continue reading

Mansuh ISA : Cerita kegigihan, kisah kecekalan Cikgu Laila

Image

Oleh Ahmad Lutfii Othman | Foto Wan Zahari Wan Salleh

KEZALIMAN ISA sebenarnya tidak perlu diceritakan lagi. Ia bukan sekadar kisah tahanan borong tanpa bicara, tidak hanya gumpalan hikayat lama tentang penyeksaan zahir batin.

Ia turut mampu memisahkan suami dengan isteri, ayah dan putera-puterinya, juga anak dari ibu bapa. Ada keluarga berantakan, cerai-berai dek racun berbisa penahanan tanpa bicara yang perlu terus dikutuk dan ditentang ini.

Continue reading

Jangan guna nama Islam jika mahu bertentangan dengan syarak

Oleh Adnan Ibrahim

Sisters in Islam (SIS) lebih baik menukarkan perkataan Islam pada pertubuhan itu kepada nama lain jika lebih banyak berperanan menentang syariat Islam, kerana ia boleh mengelirukan orang Islam.

Ulama Islam sudah letih dengan golongan bernama Islam dan berpersatuan menggunakan perkataan Islam sebaliknya lebih banyak mencari kesalahan dalam Islam daripada bertindak sebagai kumpulan yang menegakkan syariat Islam.

Tidak ada persatuan yang menggunakan nama agama mereka dan bertindak memburukkan serta mencari kesalahan kepada agama mereka sendiri sebalik kumpulan yang meletakkan Islam pada nama pertubahan itu boleh bertindak mencerca dan menghina peraturan Islam.

Continue reading

Lebih 3 minggu jerebu di Lembah Klang, tiada siapa peduli

Fail:Jerebukl.jpg

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) mengambil perhatian terhadap persekitaran Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang dalam tempoh tiga minggu kebelakangan ini dilanda jerebu.

Hingga ke hari ini tiada sebarang penjelasan dari pihak Kerajaan, khususnya pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap fenomena atmosfera ini. Pemudawilayah meminta agar JAS memberikan penjelasan kepada rakyat tentang fenomena yang boleh mengancam kesihatan rakyat dan menyatakan nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada masa ini. Adakah ianya dibawah paras 100 IPU atau sudah lebih kerana jika lebih, maka wajarlah langkah keselamatan dimaklumkan pada rakyat.

Continue reading

Wajarkah Membina Semula The Crooked Bridge.

The Crooked Bridge atau Jambatan Indah mahu dipertimbangkan semula oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib. Beliau menegaskan bahawa sebarang legasi atau perkara-perkara yang boleh menghalang usaha kerjasama antara Malaysia dan Singapura perlu diketepikan. Maka, tidak hairanlah apabila beliau menyebut samada jambatan bengkok atau lurus, tapi yang penting adalah mengeratkan hubungan Malaysia dan Republik Singapura. Continue reading

Pemuda bertekad pelihara ketulinan manhaj perjuangan

Oleh Nyza Ayob

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) – Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan menaruh kepercayaan dan harapan terhadap Ucapan Dasar Presiden PAS yang menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.

Beliau yang berucap dalam membahaskan penggulungan muktamar berkata 103 perkara penting yang disebut dalam Ucapan Dasar Presiden itu memerlukan buruh untuk berkerja.

Continue reading

Muktamar 2009: Ucapan Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat oleh Timbalan Presiden PAS

Oleh Ust. Nasharudin Mat Isa
Timbalan Presiden PAS

Para Muktamirin yang dikasihi sekalian,

Marilah sama-sama kita renungi Kalamu’Llah Subhanahu wa Ta’ala yang telah berfirman di dalam al-Qur’an ayat 102-103, Surah Ali Imran : Wahai Orang orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati selain dalam keadaan beragama Islam. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni?mat Allah kepada mu ketika kamu dahulu (sewaktu jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu menjadilah kamu kerana ni’mat Allah orang-orang yang bersaudara, dan kamu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.

Begitulah juga, Allah SWT telah berpesan kepada kita dalam ayat ke-55 dan 56, Surah al Maidah “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasulnya dan orang orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasulnya dan orang orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang.”

Continue reading

Muktamar 2009 : Mempersadakan perjuangan Pemuda PAS – Wawancara bersama Salahuddin Ayub

SETELAH terlibat selama 30 tahun bersama Pemuda PAS merentasi ranjau pahit manis perjuangan, Salahudin Ayub akan meninggalkan dunia pemuda lewat Muktamar Tahunan PAS, Jun ini. Penglibatan beliau dalam sayap kanan parti itu bermula sebagai Ketua Pemuda PAS Pontian pada 1983. Disusuli sebagai Exco Pemuda PAS Johor (1987-1989).

Beliau kemudiannya menjawat Ketua Pemuda PAS Johor selama 10 tahun. Daripada tahun 1991 sehinggalah 2003 diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.

Continue reading