ADUN PAS Meninggal dunia

DUN Permatang Pasir terletak dalam Parlimen Permatang Pauh yang telah melalui pilih kecil tahun lalu, dan satu lagi DUN didalamnya adalah DUN Penanti yang juga melalui Pilihanraya kecil baru-baru ini. Maknanya 3 Pilihanraya akan dilalui oleh rakyat Permatang Pauh selepas PRU 2008 setakat ini.

Al-Fatihah-Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham YB. Dato’ Mohd Hamdan Abd Rahman, ADUN N.11 PAS Permatang Pasir yang meninggal dunia malam tadi. Difahamkan, beliau disahkan meninggal oleh pihak IJN kerana sakit jantung.

Beliau telah menjadi ADUN sejak Pilihanraya ke-10, iaitu 1999-2009. Hampir 10 tahun beliau menabur bakti kepada rakyat Permatang Pasir khususnya, dan Pulau Pinang amnya. Beliau juga sebelumnya adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang hingga tahun 2003.

Continue reading

Himpunan ISA: ‘Dipujuk’ polis, GMI tidak berganjak

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh mengakui beliau didatangi anggota cawangan khas untuk ‘memujuk’ beliau supaya membatalkan hasrat mengadakan himpunan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu ini.

Beliau berkata, anggota cawangan khas berkenaan datang menemuinya selepas beliau gagal menghadiri pertemuan yang diaturkan oleh pihak polis.

“Ya, saya telah ditemui oleh anggota cawangan khas, modus operandinya sama… mereka lihat ini adalah satu perhimpunan yang boleh menyebabkan berlakunya huru-hara.

Continue reading

ISA: GMI tetap mahu adakan himpunan di KL

Dipetik dari mStar : Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzaman Mohamad berkata, mereka akan teruskan juga perancangan untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah penggunaan ISA.

Beliau berkata perhimpunan yang bakal diadakan tersebut merupakan kemuncak kepada bantahan mereka sebelum ini mengenai akta berkenaan.”Kita akan teruskan juga, perhimpunan ini telah kita rancang begitu lama.

Continue reading

26 Organisasi Mahasiswa sokong himpunan mansuhkan ISA 1 Ogos

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) – Sejumlah 26 organisasi Mahasiswa mengambil pendirian tegas menyokong perhimpunan Mansuhkan ISA, 1 Ogos (Sabtu ini).

Berikut adalah kenyataan bersama organisasi terbabit:-

Kami, gerakan mahasiswa dan mahasiswi yang bertunjangkan prinsip-prinsip keadilan, mengecam sekeras-kerasnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta undang-undang lain yang berisfat anti hak asasi manusia dan anti demokrasi. Kami, sebagai gerakan mahasiswa dan mahasiswi yang bertunjangkan keadilan, atas dasar tanggungjawab kami kepada negara dan masyarakat dalam memperjuangkan prinsip-prinsip keadilan menyokong sepenuhnya matlamat serta perjuangan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

Continue reading

Dr Asri: Majlis Fatwa Kebangsaan perlu keluarkan fatwa mengenai ISA

Oleh ZIEMAN

PETALING JAYA: Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai ISA.

Ini adalah kerana, menurut beliau, isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama.

“Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan,” kata Dr Asri mellaui sebuah kiriman emel dari Lampeter, United Kingdom.

Continue reading

GMI teruskan demo, Pewaris ikut

Oleh Jimadie Shah Othman

Malaysiakini : Majlis Permuafakan Ummah (Pewaris) akan meneruskan hasratnya untuk mengadakan demonstrasi menyokong ISA sekirannya kumpulan penentang ISA – Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) – meneruskan perhimpunan mereka Sabtu ini, walaupun polis memberi amaran supaya mereka membatalkannya.

Manakala GMI pula, ketika dihubungi Malaysiakini, berkata perhimpunan yang dirancangkan itu akan tetap diteruskan Sabtu ini.

Continue reading

Catatan di Balik Tabir ISA Oleh CN Al-Afghani

“Menarik untuk dibaca. Inilah realiti kehidupan mangsa ISA.”

MENJELANG HIMPUNAN 1 OGOS: 1,893 hari di bawah kezaliman ISA

Oleh CN Al-Afghani

MENGHARUNGI kehidupan di bawah kongkongan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang begitu lama, bukanlah sesuatu yang diimpikan sebelum ini. Namun, inilah yang dikatakan ISA.

Siapa pun boleh menjadi mangsanya dengan hanya disyaki mengancam keselamatan negara. Jantung anda akan terhenti seketika apabila secara tiba-tiba rumah anda diserbu dan digeledah oleh orang-orang yang bersenjata.

Lebih tragis lagi apabila anda dibawa keluar dengan tangan bergari secara kasar di hadapan anak isteri. Tentu anda dapat bayangkan betapa hancurnya hati ahli keluarga mangsa ISA itu. Ataupun pada suatu ketika, sewaktu anda dalam perjalanan ke tempat kerja atau mahu pulang ke rumah, tiba-tiba kenderaan anda dipintas. Kunci kenderaan anda dirampas dan secara kasar anda diseret ke sebuah kereta lain.

Continue reading

Himpunan ISA: Akhirnya Polis Bersuara…

Himpunan ISA: Polis beri amaran batalkan rancangan
Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran agar Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) tidak mengadakan sebarang perhimpunan di ibu negara Sabtu ini.

Malah polis juga mengambil langkah awal bagi mencegah sebarang perhimpunan dengan mengadakan sekatan jalan raya bermula Khamis ini.

Pemudawilayah-Himpunan tetap akan diteruskan, para peserta akan hadir dari seluruh negara.

 

Money being splurged to boost image of Najib administration

KUALA LUMPUR, Malaysian Insider, July 28 — The Malaysian government is continuing a Barisan Nasional (BN) tradition of spending big bucks to get positive publicity for the administration overseas.

The Malaysian Insider understands, however, that some senior government officials are not pleased that the Najib administration is considering spending large amounts to buy good publicity.

Continue reading

Himpunan mansuh ISA: GMI tidak berganjak

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak akan berganjak dengan keputusan mereka untuk mengadakan perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1 Ogos ini walaupun mendapat gesaan agar mereka membatalkan hasrat tersebut.

Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzaman Mohamad berkata, GMI akan tetap meneruskan rancangan mereka untuk berhimpun di ibu negara pada Sabtu ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Continue reading

Himpunan sebelum dan selepas Zohor, 1 Ogos ini: Siapa berniat jahat?

Oleh Ahmad Tajdid

Harakah : PELIK juga memikirkan tindak-tanduk sebuah pertubuhan NGO pro-ISA, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) untuk mengadakan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara pada Sabtu, 1 Ogos ini.

Bukan menjadi satu kesalahan untuk berdemonstrasi dan berarak secara aman bagi menyokong ISA. Sokonglah, kalau itu difikirkan wajar. Tetapi sengaja mengadakan perhimpunan pro-ISA di hari yang sama perhimpunan anti-ISA diadakan sebenarnya boleh menimbulkan kejadian dan insiden tidak perlu.

Continue reading

ISA: Naib Presiden PAS Tegur Majlis Fatwa

ISA: Mengapa Majlis Fatwa tidak berani?
Oleh Salmiyah Harun

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) – Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berani mengeluarkan fatwa isu-isu berkaitan kezaliman yang sah bercanggah dengan nas al-Quran dan hadis seperti mana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Naib Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Majlis Fatwa harus ada keberanian mengeluarkan fatwa dalam isu yang berkaitan kezaliman disamping memastikan fatwa itu dipatuhi.

Continue reading

1 Ogos Hari Demo Se Malaysia

Selepas GMI dan Kumpulan Pro-ISA kini Magaran pun nak buat demo pada hari yang sama, 1 Ogos sabtu ini….nampaknya 1 Ogos adalah Hari Demo Se Malaysia…Jom turun ramai-ramai..

mStar : Magaran beri GMI amaran batal perhimpunan 1 Ogos
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) memberi kata dua kepada Gerakan Mansuh ISA (GMI) agar membatalkan himpunan anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara 1 Ogos ini.

Continue reading

BN may be superior but Pakatan holds the future

Some 16 months after the landmark political tsunami of the 12th general election, Malaysians are beginning to consider who to choose at the next polls.

Even though Barisan Nasional (BN) has a track record of 50-odd years in managing the country, it is a bit of mismatch if we are to compare it to the fledgling Pakatan Rakyat that managed to take control of five (now four) states after the 2008 polls.

Continue reading