Naib Presiden Puji Langkah Pemuda PAS bersemuka dengan Pemuda Umno

Langkah Pemuda PAS bersemuka dengan Pemuda Umno dipuji

Oleh Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 3 Jun (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan langkah Dewan Pemuda PAS Pusat untuk bersemuka dengan Umno dalam ‘Wacana Ilmiah Terbuka: Benarkah Perjuangan Umno Tidak bertentangan Dengan Islam’ harus dipuji kerana sikap itu dapat membongkar Umno sebenarnya.

Tambahan lagi usaha itu selari dengan kehendak Musyidul Am PAS, Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang mahu berdebat dengan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Jelasnya, perbahasan mengenai kebenaran tidak akan selesai selagi masing-masing berkeras tanpa adanya pertemuan berdasarkan kebenaran al-Quran.

“Apa-apa pertelingkahan pun jika mahu ukur siapa yang benar mesti kembali kepada al-Quran. Jika tidak semua akan berpanjangan,” tegasnya.

Pertemuan itu juga boleh meninggalkan impak besar kepada PAS sebagaimana pertemuan atas dasar kemanusiaan Palestin oleh dua tokoh tanah air antara Presiden PAS waktu itu, Dato’ Fazhil Noor dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun bukan mencari titik pertemuan perjuangan antara PAS dan Umno tetapi atas nama keadilan sejagat ekoran penindasan yang berterusan terhadap umat Islam di Palestin.

Yakin dan bersabar untuk melihat pertemuan itu sebab selalunya Umno akan mencari helah untuk membatalkanya demi tidak mahu menanggung malu jika panel yang mewakili Umno gagal mengemukakan hujah yang bernas, katanya.

“Apapun ahli kita harus bersatu dan bersabar serta terbuka hati untuk melihat penghujahan itu nanti. Rakyat pun akan menilai penghujahan kerana lazimnya hujah Umno pakai pemikiran bukannya ilmiah yang termaktub dalam al-Quran. Ataupun Umno sendiri akan mengumumkan pembatalan saat-saat akhir bila merasai diri mereka tertekan,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. – mns

Satu Respons

  1. Bismillahirahmanirrahim.
    ADAB BERORGANISASI DAN KUASA POLITIK.

    MANLA-ADIBA FALA ILMA LAHU WALAUKANA ILIMAN.
    Ertinya, siapa-siapa yang tiada adab maka tiada ilmu baginya jikalau ia be ilmu sekalipun.

    Siapa pemimpin atasan “mereka” yang dipertahankan dan yang berebutan dalam kepimpinan ?
    Rasullah menitik berat “akhlak”. Dalam kedudukan ilmiah tersurat dan tersirat dalam Al-Quran, Hadith dan penulisan alim [ulama] dan ‘moralists’ Islam dan umum.

    POLITIK keluaran Westminster telah membuka gelanggang rebutan kepimpinan atas dasar ‘demokrasi’. Rebutan berdasarkan kebendaan dan ia merupakan titik hitam dalam kepimpinan.

    Bacalah sejarah politik dan kemunculan berbagai bentuk organisasi lama dan baru di negara ini dan perihalnya masih segar untuk ditimbang terima.

    Sejauh mana ikhlasnya mereka untuk agama dan bangsa?. Apakah yang didahulukan ? KEPENTINGAN SIAPA ? Mahukah mereka menjadi lilin yang membakar dirinya dan menerangi yang lain ? jadi Ghandi ? dan sufi yang tinggi maqam tauhid dan khidmatnya ?

    Apakah dasar pegangan ini yang dibentangkan : “ALLAH YANG AKU MAKSUDKAN DAN KEREDHAANNYA YANG AKU TUNTUTI” ?

    Rebutlah KUASA POLITIK yang hanya bekudrat sebesar biji pasir dalam ALAM semesta ini Kuasa poltik itu hanya sezarah abuk sahaja !.

    Justeru itu sebaiknya melihat diri sendiri pada ketinggian serban (head-tie) dan ikat leher (neck-tie).
    Jangan terikat yang menjerut leher dan terpikat lantas terus kahwin walaupun tidak sekpupu. Sebab manusia ini otak dan perasaan masing-masing, bukanlah penuh siuman. Buktinya, lihatlah diri sendiri pada waktu sakit atau berada dalam tandas dan di bilik tidur dengan pasangan… Berapa kuatnya daya waspada dan “rasional” itu ?

    Berapa banyak harta wang dan pangkat yang mereka dapat ? UNTUK RAKYAT dan KEREDHAAN ALLAH ? Rumusan pendapat bahawa sekarang ini kebatilan dan haq cepat terlihat. Perihal itu timbul dihasilkan dari nafsu kebendaan individu yang berkuasa atau kumpulan yang dasarnya mahu hasil segera. Projek gayai” mi segara”.

    “BULU AYAM” DI KEPALA
    Apakah benar kesahihan di atas tentang rebutan KUASA itu. Bahawa yang haram akan mempunyai akibat haram. Begitu juga yang HAQ itu dari pada Allah dan ia akan timbul atau diganti dengan yang lebih baik. Bentuk dan caranya sukar dilihat tetapi jika diberi ilham oleh Allah kita akan faham dan beersyukur. Demikian yang bathil juga mucul tiba-tiba terlihat “bulu” ayam di di kepala…
    MAAF. Aq ~ Julai 02, 2009.

Tinggalkan jawapan