Mari kita Solat Untuk Jenazah Allahyarham Mohan Singh Petang Ini

InsyaAllah mayat saudara seagama kita Allahyarham Mohan Singh akan dikebumikan hari ini (6 Julai 2009) selepas solat Asar. Oleh itu Pemudawilayah menjemput umat Islam yang berkelapangan untuk hadir di Masjid Amaniah, Batu Caves, Gombak bagi menyempurnakan solat jenazah beliau pada waktu Asar nanti.
Mohan telah memeluk Islam sejak 1992, dan meninggal dunia pada 25 Mei 2009. [...]

PAS-Umno berentap di Manek Urai

Malaysiakini : Pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat dengan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.
Calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, adalah yang pertama menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Himpunan mansuh ISA , 1 Ogos, sasar 200,000 orang

Oleh Nyza Ayob
Foto Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) – Walaupun diberi masa hanya sepuluh minit oleh pihak polis bagi mengadakan sidang media, ia tidak menghalang Sekretariat Himpunan MANSUH untuk menyeru seluruh rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat agar menyertai himpunan raksasa menuntut dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijadualkan 1 Ogos akan datang.

Umno dana Kementeria Pelajaran untuk ‘rasuah’ pengundi Manik Urai

6,000 Pelajar Sekolah Di Manik Urai Dapat Uniform Dan Beg Sekolah
KUALA KRAI, 5 Julai (Bernama) — Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manik Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan [...]

Kenyataan Media : CAMPURTANGAN POLITIK DALAM KES PERHIMPUNAN BERSIH DI PARLIMEN

Oleh AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI
PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa kecewa dan terkejut dengan campurtangan politik yang sangat jelas ke atas badan kehakiman berhubung pengendalian kes perhimpunan Bersih di Parlimen yang melibatkan sepuluh orang penyokong dan pimpinan tertinggi PAS. Kes tersebut yang ditetapkan untuk bicara pada 7 hingga 9 Julai 2009 ini pada asalnya telah [...]