Dipetik dari Blog Ust. Nasaruddin Tantawi
http://episodeperjuangan.blogspot.com/
Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyerahkan memorandum mengutuk sekeras – kerasnya pembunuhan Marwa el Sharbini seorang wanita Muslimah warga Mesir yang mati ditikam oleh seorang pemuda disebuah mahkamah di Jerman .
Memorandum DPPP telah diterima sendiri oleh Duta Besar German di Malaysia Dr. Guenter Gruber di Kedutaan German sekitar jam 11 pagi tadi .
DPPP mendesak supaya kerajaan Jerman memohon maaf kepada ummat Islam amnya dan warga Mesir khasnya diatas tragedi malang yang berlaku dihadapan mahkamah tersebut sedang itu adalah kawasan di mana keadilan ditegakkan .
Marwa al Sherbini telah ditikam bertubi – tubi dengan 18 tikaman dan suaminya yang cuba menyelamatkan beliau pula ditembak oleh pengawal keselamatan . Sebelumnya Marwa membawa kes penghinaan ke atas dirinya oleh seorang pemuda [ pembunuh ] yang mengatakan beliau adalah pengganas kerana memakai tudung .
DPPP bimbang ini adalah episod islamofobia yang tercetus dinegara – negara barat dan akhirnya ketegangan ini akan terus berlanjutan . Kerajaan Jerman mesti segera memohon maaf kepada ummat Islam dan segera pula mengambil tindakan wajar dan adil ke atas pembunuhnya yang kejam itu .
Difailkan dalam: Isu Antarabangsa, Jenayah, Undang-Undang




















Sesungguhnya apa yang telah berlaku pada Marwa adalah satu perkara yang sungguh menyedihkan.Walau bagaimanapun setiap kejadian ada hikmahnya . Hanya ALLAH SWT sajalah yang maha megetahui terhadap hamba2 Nya.Apa penting, kita hendaklah bersatu dalam menghadapi segala kemungkinan.Semoga Arwah Marwa ditempatkan oleh ALLAH SWT dimakam yang terpuji.Begitu juga dengan orang2 ISLAM yang mati kerana menegakkan hukam ALLAH SWT.Moga2 kita dimasukan dalam golongan ini.
cianye..
dnia dh nk kiamat