Himpunan ISA: ‘Dipujuk’ polis, GMI tidak berganjak

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh mengakui beliau didatangi anggota cawangan khas untuk ‘memujuk’ beliau supaya membatalkan hasrat mengadakan himpunan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu ini.
Beliau berkata, anggota cawangan khas berkenaan datang menemuinya selepas beliau gagal menghadiri pertemuan yang diaturkan oleh pihak polis.
“Ya, saya telah ditemui [...]

ISA: GMI tetap mahu adakan himpunan di KL

Dipetik dari mStar : Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzaman Mohamad berkata, mereka akan teruskan juga perancangan untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah penggunaan ISA.
Beliau berkata perhimpunan yang bakal diadakan tersebut merupakan kemuncak kepada bantahan mereka sebelum ini mengenai akta berkenaan.”Kita akan teruskan juga, perhimpunan ini telah kita rancang begitu lama.

26 Organisasi Mahasiswa sokong himpunan mansuhkan ISA 1 Ogos

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) – Sejumlah 26 organisasi Mahasiswa mengambil pendirian tegas menyokong perhimpunan Mansuhkan ISA, 1 Ogos (Sabtu ini).
Berikut adalah kenyataan bersama organisasi terbabit:-

Kami, gerakan mahasiswa dan mahasiswi yang bertunjangkan prinsip-prinsip keadilan, mengecam sekeras-kerasnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta undang-undang lain yang berisfat anti hak asasi manusia dan anti demokrasi. Kami, sebagai [...]