Nasharudin sahkan turun Manek Urai Sabtu ini

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

pic%20nasa
KEADAAN Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang ditemui pagi tadi selepas menjalani pembedahan kecil pada bahagian usus di Hopital Serdang.

SERDANG, mStar: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mengesahkan beliau akan turun Sabtu ini bagi membantu kempen parti itu menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Nasharudin yang sebelum ini dilaporkan dihalang daripada hadir di Manek Urai berkata, masalah kesihatan yang dialaminya sejak seminggu lalu menghalang beliau hadir lebih awal di bahagian itu.

Continue reading

Pemuda PAS Desak Hentikan Pergaduhan dan Rusuhan yang membunuh Ummat islam di XinJiang

Dipetik dari Blog Ust. Nasaruddin Tantawi
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Dewan Pemuda PAS Pusat merasa bimbang malah memandang berat akan perkembangan mutakhir yang berlaku di Xinjiang China di mana berlaku pergaduhan etnik antara kumpulan Han dan Uigur yang menyebabkan lebih 156 orang maut dan 1000 orang tercedera.

DPP Pusat menegur Kerajaan China dan sangat tidak bersetuju dengan tindakan keras yang diambil sehingga berlaku tragedi pembunuhan terhadap etnik Islam di Wilayah Xinjiang . Media melaporkan Xinjiang ialah tempat bagi kaum Uighur yang mendakwa bahawa mereka di diskriminasi oleh kaum majoriti Han .

Continue reading

Pemuda PAS Mengutuk Pembunuhan Wanita Muslimah Berhijab di Jerman

Dipetik dari Blog Ust. Nasaruddin Tantawi
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

n97015249439_635Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyerahkan memorandum mengutuk sekeras – kerasnya pembunuhan Marwa el Sharbini seorang wanita Muslimah warga Mesir yang mati ditikam oleh seorang pemuda disebuah mahkamah di Jerman .

Memorandum DPPP telah diterima sendiri oleh Duta Besar German di Malaysia Dr. Guenter Gruber di Kedutaan German sekitar jam 11 pagi tadi .

Continue reading

Pemansuhan PPSMI, hasil perjuangan rakyat

Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

ImageParti Islam SeMalaysia (PAS) mengalu-alukan tindakan pihak kerajaan memansuhkan dasar PPSMI yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran sejak dari tahun 2003.

Tindakan pemansuhan ini adalah juga hasil dari kempen berterusan dan perjuangan yang dilakukan oleh pihak pejuang bahasa, pakar pendidikan, pengkaji, ibubapa pelajar, badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti politik seperti PAS dan pelbagai lapisan masyarakat.

Keputusan pemansuhan ini dilaksanakan setelah ratusan juta wang rakyat dihabiskan untuk melaksanakan satu dasar yang tidak mengalami proses kajian dan perbahasan yang teliti, disampingianya adalah merupakan satu ujikaji yang akhirnya mendatangkan kesan yang buruk kepada generasi anak-anak.

Continue reading

Umno Selangor tak sedar diri, gaduh sesama sendiri rebut jawatan, lupa mereka sudah jadi pembangkang!

Malaysian Insider : Umno Selangor masih tidak sedarkan diri
Oleh Samsuri Roslan

SHAH ALAM, Julai 7 — Perlantikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor bukan sahaja memberi berita gembira kepada kepemimpinan Umno bahagian tetapi juga memberi tekanan baru kepada mereka.

Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian mula mendapat tekanan berikutan tindakan kumpulan tertentu yang mahu menyerahkan memorendum kepada Najib dengan beberapa alasan yang mempertikai kewibawaan pemimpin Umno bahagian ini.

Continue reading

Manik Urai:Petugas BN tertekan, akui sukar untuk menang

Malaysian Insider : Petugas BN akui sukar tawan Manek Urai
Oleh Samsuri Roslan

KUALA KRAI, Julai 7 — Para petugas Barisan Nasional (BN) yang berasal dari luar Kelantan akui calonnya menghadapi kesukaran untuk menewaskan calon PAS dalam pilihan raya kecil Dun Manik Urai yang diadakan pada 14 Julai ini.

Ketika dihubungi, beberapa petugas Umno dari Terengganu, Kedah dan Wilayah Persekutuan yang bertugas sepenuh masa di beberapa kawasan peti undi di sana mengakui kecenderungan pengundi masih lagi berpihak kepada PAS yang mempertahankan kerusi Dun terbabit.

Continue reading

Kes samun, ragut dan curi kenderaan meningkat selepas Umno rampas Kerajaan Rakyat Perak

Kalau kerajaan pun boleh dirampas, dirompak, inikan pula kenderaan dan harta benda rakyat…mungkinkah tindakan Umno menjadi inspirasi para penyamun ini….

Kes samun, ragut dan curi kenderaan di Perak meningkat

IPOH: Kes jenayah membabitkan samun, curi kenderaan dan ragut di negeri ini meningkat sepanjang Januari hingga Jun tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah.

Beliau berkata jenayah membabitkan samun meningkat sebanyak 36.35 peratus tahun ini iaitu kepada 739 kes berbanding 542 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Continue reading

PM tidak jawab surat, rakyat keliru perjuangan Umno – Nik Aziz

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 7 Julai (Hrkh) – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mahu bersangka baik terhadap Dato’ Seri Najib Razak yang belum menjawab surat pelawaannya untuk berdebat secara terbuka berkaitan perjuangan parti itu.

Menteri Besar berkata, walaupun surat yang dihantar pada 2 Julai lalu belum dijawab Perdana Menteri, namun beliau masih bersangka baik.

Continue reading

Liberalisasi ekonomi negara: Relevankah lagi Umno-BN?

Satu ulasan yang penjelasan menarik tentang dasar Liberalisasi. Wajib baca oleh semua ahli PAS untuk memahami isu ini.

Oleh Suhaizan Kayat

DALAM menghadapi persaingan ekonomi global, kerajaan tidak dapat lari daripada mengubah beberapa polisinya. Jika perubahan tidak dibuat maka pelaburan asing tidak akan masuk ke negara kita. Contohnya, kerajaan Singapura yang mempunyai polisi ekonomi yang jauh lebih liberal daripada kita telah banyak mendahului negara dalam pelbagai sektor ekonomi.

Singapura telah menurunkan kadar cukai korporat sebanyak 9 peratus sejak tahun 2000. Sedangkan cukai korporat Malaysia pada tahun 1998 adalah 28 peratus, tahun 2008 sebanyak 26 peratus dan tahun 2009 dikurangkan hanya kepada 25 peratus.

Continue reading

Liberalisasi : Bermulanya perang Mahathir-Najib

mStar : Dr Mahathir tidak gembira dengan dasar liberasasi

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau tidak begitu gembira dengan dasar liberalisasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan ia menghakis kepentingan bumiputera negara ini.

Mantan perdana menteri itu berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sedia diamalkan sama sekali tidak menghalang Malaysia dari terus maju berbanding negara membangun lain tetapi proses liberalisasi akan membantutkan perkembangan bumiputera.

Continue reading

Kehadiran Thaksin di Malaysia jejas imej Keselamatan Negara

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) memandang serius kehadiran bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Sinawatra di Malaysia yang lewat di kesan oleh pihak berkuasa keselamatan negara.

Thaksin dilaporkan mendarat dengan sebuah pesawat peribadinya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dekat sini pukul 5 pagi Sabtu lalu untuk berehat dan mengisi minyak. Beliau dan empat orang pengawal peribadinya dilaporkan turut menginap di Hotel Shangri-La di Jalan Sultan Ismail selama 24 jam.

Kehadiran beliau hanya disedari oleh Polis Malaysia setelah wakil kedutaan Thailand membuat laporan pada hari Ahad, namun gagal menahannya kerana Thaksin dilaporkan telah terbang ke Fiji.

Continue reading

Mari kita Solat Untuk Jenazah Allahyarham Mohan Singh Petang Ini

InsyaAllah mayat saudara seagama kita Allahyarham Mohan Singh akan dikebumikan hari ini (6 Julai 2009) selepas solat Asar. Oleh itu Pemudawilayah menjemput umat Islam yang berkelapangan untuk hadir di Masjid Amaniah, Batu Caves, Gombak bagi menyempurnakan solat jenazah beliau pada waktu Asar nanti.

Mohan telah memeluk Islam sejak 1992, dan meninggal dunia pada 25 Mei 2009. Walaubagaimana pun status agama beliau menjadi pertikaian antara Majlis Agama Islam Selangor dan keluarga beliau. Dan akhirnya Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bahawa beliau adalah seorang Islam dan wajar dikebumikan ditanah perkuburan Islam.  Innalillah wa-inna ilaihi raji’un.

AllahuAkhbar….AllahuAkhbar….AllahuAkhbar

Himpunan mansuh ISA , 1 Ogos, sasar 200,000 orang

gmi leaflet demonstration anti isa 040709 syed ibrahim (in blue)Oleh Nyza Ayob
Foto Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) – Walaupun diberi masa hanya sepuluh minit oleh pihak polis bagi mengadakan sidang media, ia tidak menghalang Sekretariat Himpunan MANSUH untuk menyeru seluruh rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat agar menyertai himpunan raksasa menuntut dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijadualkan 1 Ogos akan datang.

Continue reading

Umno dana Kementeria Pelajaran untuk ‘rasuah’ pengundi Manik Urai

6,000 Pelajar Sekolah Di Manik Urai Dapat Uniform Dan Beg Sekolah

KUALA KRAI, 5 Julai (Bernama) — Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manik Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerian berkenaan.

Continue reading

Kenyataan Media : CAMPURTANGAN POLITIK DALAM KES PERHIMPUNAN BERSIH DI PARLIMEN

Oleh AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI

PAS Wilayah Persekutuan melahirkan rasa kecewa dan terkejut dengan campurtangan politik yang sangat jelas ke atas badan kehakiman berhubung pengendalian kes perhimpunan Bersih di Parlimen yang melibatkan sepuluh orang penyokong dan pimpinan tertinggi PAS. Kes tersebut yang ditetapkan untuk bicara pada 7 hingga 9 Julai 2009 ini pada asalnya telah ditangguhkan kerana Hakim perlu menghadiri kursus di Melaka. Mahkamah telahpun menyerahkan surat kepada peguambela tertuduh dua minggu yang lepas bagi memaklumkan penangguhan tersebut.

Continue reading

Naib Presiden Puji Langkah Pemuda PAS bersemuka dengan Pemuda Umno

Langkah Pemuda PAS bersemuka dengan Pemuda Umno dipuji

Oleh Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 3 Jun (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan langkah Dewan Pemuda PAS Pusat untuk bersemuka dengan Umno dalam ‘Wacana Ilmiah Terbuka: Benarkah Perjuangan Umno Tidak bertentangan Dengan Islam’ harus dipuji kerana sikap itu dapat membongkar Umno sebenarnya.

Continue reading

PAS saran Solat Hajat Agar Wabak Influenza H1N1 Tidak Terus Merebak

Solat Hajat Agar Wabak Influenza H1N1 Tidak Terus Merebak

PAS Pusat amat prihatin terhadap penularan wabak Influenza H1N1 yang pada hari meningkat kepada 291 kes dengan 47 kes baru dilaporkan hingga pagi tadi.

PAS melihat wabak ini satu ancaman baru kepada rakyat Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya. Justeru itu, pelbagai usaha harus dilakukan bagi membasmi penularan wabak ini.

PAS Pusat meminta agar semua ahli, penyokong dan rakyat yang beragama Islam beramai-ramai melakukan Solat Hajat di Masjid, Surau, Padang atau dirumah masing-masing dengan doa, semoga Allah membantu kita menghentikan wabak ini dari terus merebak.

Kepada yang bukan Islam, PAS Pusat menyeru agar mereka berdoa kepada tuhan masing-masing mengikut ritual agama mereka.

Semoga dengan kesatuan doa ini, wabak ini dapat disekat dari terus merebak. Sesungguhnya setiap yang terjadi itu datangnya dari Allah, dan hikmahnya Allah mahu kita bersatu dan terus mengingatinya. Jadikan wabak Influenza H1N1 sebagai satu peringatan dari Allah. Sesungguhnya amat beruntung bagi mereka yang tidak pernah lupa menyembah tuhannya.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Azim dropped as BSN chairman after Bank Negara objection

By Lee Wei Lian

KUALA LUMPUR, July 3 — Bank Simpanan Nasional (BSN) chairman Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi’s contract was terminated prematurely due to conflicts with his political career in Umno.

The Malaysian Insider understands that Bank Negara does not favour politicians serving on the board of directors of banks and that the prime minister, who is also finance minister, agrees with this view.

BSN is wholly owned by the Ministry of Finance and is regulated by Bank Negara.

Continue reading

Wacana ilmiah: Lagi penjelasan Pemuda PAS

Dewan Pemuda PAS pusat mengeluarkan satu lagi kenyataan petang semalam yang menurutnya untuk memperbetulkan salah lapor beberapa media yang menggambarkan wujud tawaran dialog kerjasama antara Pemuda PAS pusat dan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Naib Ketuanya, Ahmad Sabri Yusof selepas mengadakan sidang akhbar mengenainya petang semalam.

Sehari sebelum itu, Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad mengeluarkan satu kenyataan mengenai perkara yang sama.

Continue reading