MCA pecat Dr Chua

Malaysiakini : Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

Keputusan itu dicapai setelah ia bermesyuarat selama beberapa jam sejak 9 malam ini susulan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin yang menyiasat kes itu awal bulan ini.

Continue reading

Mahkamah putus Dr Hatta tidak bersalah, polis diarah bayar gantirugi

Oleh Nazri Abdullah

ImageKUANTAN, 26 Ogos (Hrkh): Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengesahkan tangkapan terhadap Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli bersama dua lagi ahli PAS sewaktu berceramah di premis persendirian pada tahun 2000 adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan.

Pesuruhjaya kehakiman Datuk Mariana Haji Yahya dalam keputusannya pagi tadi meminta gantirugi ditaksirkan kepada ketiga tiga mereka dihadapan pendaftar mahkamah dalam masa terdekat.

Continue reading

Jangan gopoh laksana hukuman sebat – Presiden PAS

Oleh Zulkifli Sulong

hadi awang pasKUALA LUMPUR, 26 Ogos (Hrkh): Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

“Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

Continue reading

PAS kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir, majoriti 4,551

Oleh G. MANIMARAN, mStar

Penyokong-penyokong BN dan PAS kelihatan ‘penat’ dan hanya duduk di bahu jalan berhampiran pusat pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lay Keow, Permatang Pasir. Suasana sekitar 12.40 tengah hari. Suara sorakan tidak kedengaran dan kehadiran pengundi juga kurang.
NASIHAT… Pengarah Pilihan Raya Negeri Kelantan, Abd. Rahim Mohd. Salleh menasihatkan penyokong PAS menanggalkan lambang parti itu pada topeng perlindungan pernafasan di kawasan Samagagah. Penyokong PAS ini pula berhujah ia cuma topeng perlindungan pernafasan bagi mengelak dijangkiti wabak influenza A(H1N1). SPR menguatkuasakan larangan mempamerkan lambang, logo dan bendera parti di kawasan sekitar pusat pengundian pada hari mengundi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.
PETI-peti undi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang telah dibawa ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.
CALON PAS, Mohd Salleh Man dijulang oleh penyokong-penyokongnya selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institit Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, sebentar tadi.–fotoBERNAMA

BUKIT MERTAJAM: PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi di sebalik penurunan jumlah pemilih yang keluar mengundi.

Pada pilihan raya kecil ini, PAS diwakili Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man manakala Barisan Nasional (BN) pula Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Continue reading

Jangan ulangi pilihan raya tempat buli rakyat – Presiden PAS

PERMATANG PAUH, 15 Ogos: Barisan Nasional telah menjadikan pilihan raya sebelum ini sebagai alat untuk membuli rakyat dengan pelbagai penipuan, rasuah, sogokan dan propaganda dengan menggunakan media serta agensi kerajaan dan wang untuk mengugut dan menipu rakyat.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan pilihan raya kecil kali ini berjalan dengan penuh berdisiplin tanpa melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya. Continue reading

BENARKAH UMNO JIJIK PADA ARAK ?

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Hampir 200 ahli UMNO berhimpun di hadapan pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu merampas minuman keras di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini pada 29 Julai lalu.

Dalam perhimpunan yang bermula pukul 3 petang itu, kesemua mereka turut mengutuk tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan MBSA memulangkan semula 70 tin dan botol minuman keras kepada kedai serbaneka terbabit serta membenarkan penjualan minuman tersebut kepada penduduk di situ yang majoritinya adalah penganut Islam. Continue reading

Ali Rustam dicabar kuatkuasa pengharaman arak

MELAKA, 11 Ogos - Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam digesa menguatkuasakan dengan segera undang-undang pengharaman arak di Melaka bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar merupakan seorang pemimpin yang prihatin terhadap agama Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.

“Jika dia juga seorang pemimpin yang menghormati budaya Melayu dan agama Islam, kenapa dia sendiri tidak melaksanakan undang-undang pengharaman penjualan arak di negeri ini terlebih dahulu. Continue reading

Haramkan jualan arak di kawasan penduduk Islam – Hasan Ali

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - PAS Selangor mahu segala jenis minuman arak yang diharamkan penjualan dan pembeliannya melalui Enakmen Jenayah Syariah tidak lagi dijual di kawasan majoriti penduduk Islam di negeri Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Dr Hasan Mohd Ali dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily memaklumkan bahawa isu jualan arak ini diharapkan tidak lagi dijadikan kontroversi dan diputar-belitkan oleh mana-mana pihak samada individu atau mereka yang mewakili pertubuhan termasuklah pihak Umno dan Barisan Nasional (BN). Continue reading

Kerajaan masih salahgunakan ISA

MARANG, 11 Ogos  - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Himpunan Memansuhkan ISA yang berlaku di ibu negara pada 1 Ogos lalu sebagai suatu kejayaan yang boleh dibanggakan.

Beliau berkata, himpunan tersebut berjaya menarik rakyat dari pelbagai peringkat hidup bagi menyampaikan suara hati sebenar. Continue reading

Siapa pengkhianat sebenar bangsa, negara?

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Siapa sebenarnya pengkhianat bangsa dan negara? Benarkah pengkhianat sedemikian wujud atau sekadar dongengan Umno-BN untuk meraih simpati murahan daripada rakyat?

Persoalan pengkhianat bangsa dan negara bukan kali pertama diutarakan. Malah jika dilihat,ungkapan sedemikian seringkali menjelma terutama dalam menghadapi detik-detik pilihan raya atau negara sedang dilanda pelbagai isu yang hangat. Continue reading

Institusi seperti Ekuinas mesti dibebaskan dari PM

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Dakwaan pemimpin Umno kononnya hendak membela nasib orang Melayu sekali lagi akan menyebabkan rakyat merasa ditipu jika tidak dilakukan reformasi akauntabiliti ke atas badan-badan berkaitan, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mendakwa bahawa komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memperjuangkan nasib orang Melayu tetap tidak berubah. Continue reading

Khairy jerut leher sendiri!

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Hujah yang menjerut leher sendiri! Umno terdesak! Demikian antara kenyataan yang boleh ditujukan kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin.

Kenyataan Khairy bahawa PAS wajar keluar daripada Pakatan Rakyat ternyata satu usaha terdesak dan Umno kini semakin kehilangan modal dalam menarik kembali sokongan rakyat. Continue reading

Sinar Kemenangan di Permatang Pasir

Oleh Ust Nasrudin Hj HasaN At-Tantawi

Pilihanraya Kecil Permatang Pasir di Bulan Ramadhan Tanda Awal Kemenangan

1. Bulan Ramadhan adalan bulan suci dan mulia bagi Ummat Islam justeru ia adalah bulan ibadah sekaligus meletakkan hamba – hamba Allah yang beriman semakin dekat kepadaNya justeru Taqwa adalah ramuan utama untuk sajian sepanjang Ramadhan Continue reading