KONTROVERSI ISU ARAK DI NEGERI SELANGOR

4

Ogos 5, 2009 oleh pemudawilayah


Oleh YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali

PENDAHULUAN

MEMINUM arak ataupun minuman berakohol yang memabukkan merupakan salah satu dosa besar dalam agama Islam. Ia haram diminum samada dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit, samada sipeminum tadi mabuk ataupun tidak akibatnya.
Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “
(al Maidah: 90).

Nabi Muhammad s.a.w pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak ini iaitu sebanyak 10 golongan melalui sabdanya:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.”
(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

Oleh itu kerajaan bertanggungjawab memastikan yang rakyat jelata khasnya yang beragama Islam tidak terlibat dalam aktiviti yang membabitkan arak ini tambahan pula di Negeri Selangor, umat Islam di negeri ini adalah tertakluk dan terikat pada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang berkuatkuasa sejak 22 November 1996 yang telah mengkategorikan meminum dan menjual arak sebagai suatu kesalahan jenayah syariah.

Melalui Enakmen ini di bawah kategori kesalahan minuman yang memabukkan dinyatakan di bawah Seksyen 18 (1) dan (2) iaitu:

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

INISIATIF MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI ARAK DI SELANGOR

Diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) contohnya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berdasarkan sentimen dan tuntutan masyarakat, usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal penjualan arak ini iaitu di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam. Inisiatif ini turut diambil oleh ahli-ahli majlis di PBT-PBT yang lain di Selangor.

Walaubagaimanapun harus diberi perhatian bahawa segala usaha di atas TIDAK sama-sekali melibat atau membabitkan hak masyarakat bukan Islam di Negeri Selangor. PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak ini diharamkan dijual atau diminum dikalangan masyarakat bukan Islam.

Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya disisi Islam dan bukan untuk menganggu-gugat hak masyarakat yang bukan Islam.

Oleh itu PAS Selangor kesal apabila inisiatif dari tindakan untuk mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak ini dikalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak yang tertentu. Campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu dengan mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran yang sepatutnya.
Malah PAS Selangor mendapat laporan bahawa campurtangan itu (dan beberapa tindakan serupa sebelum ini) telah menganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan amnya.

TUNTUTAN-TUNTUTAN DAN TINDAKAN PAS SELANGOR

PERTAMA: Dengan perkembangan ini PAS Selangor mendesak agar kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim agar serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, untuk digunapakai seluruh negeri Selangor, supaya kontroversi seumpama ini tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam di sini.

KEDUA: PAS Selangor turut menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

KETIGA: PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan bersesuaian dengan kedudukan dan jawatan masing-masing agar usaha untuk membebaskan umat Islam dari arak ini dilakukan secara serius dan berterusan, menurut adab, peraturan dan undang-undang yang sedia ada, demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat dan umat Islam di negeri ini.

KEEMPAT: PAS Selangor akan segera mengemukakan deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak dikalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat PBT-PBT.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, PAS Selangor mengesan bahawa keseluruhan rentetan kes-kes ini sesungguhnya berpunca dari kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu.

Pimpinan Umno Selangor semasa berkuasa dahulu terbukti tidak sama-sekali serius dan jujur dalam menyelesaikan masalah orang-orang Islam termasuklah berhubung penjualan dan peminuman arak ini. Oleh itu PAS kini melalui mandat yang diberikan rakyat kepadanya, bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini demi kepentingan masyarakat Islam dan seluruh rakyat amnya.

YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI
PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR
4 OGOS 2009

About these ads

4 thoughts on “KONTROVERSI ISU ARAK DI NEGERI SELANGOR

  1. Latipah Nomokario berkata:

    Salam,

    Saya mengundi calon Pas (parlimen Shah Alam) dan YB Sapari pada 2008 kerana mereka mendakwa nak bangunkan Islam dan lain-lain lagi. Tapi kalau DAP pun tak dapat nak kawal, lupakanlah yang lain. Sedih betul.

    Untuk pengetahuan semua, Shah Alam ni bandar terancang tapi pengangkutan awam tidaklah baik sangat. Oleh itu kebanyakan orang ada kenderaan sendiri walapun sebuah motosikal. Mereka ni boleh beli arak dengan harga murah di Tesco dan Tesco Extra dengan harga murah sehingga pukul 12 tangah malam. Mereka juga boleh beli arak di Giant di Sek 18, 19, 13 dan lain-lain pasaraya seperti Bintand di sek 7. Mereka yang minum arak secara tetap tahu berapa jumlah dan bajet untuk beli arak.

    Kalau naik minum di hidang ada beberapa hotel boleh sediakan atau bayar tol RM1 di Sungai Rasah boleh masuk kelab kalau bayar tol RM1.10 boleh berpesta di Subang Jaya.

    Saya fikir apa yang Datuk Hassan Ali cakap ialah mengenai peminum arak runcit atau baru nak ‘kenal-kenal.’ Kita ni agama Islam yang kena cegah mungkar dan bekalan akhirat kita tidak boleh main bakar-bakar kerta kertas, wang kertas dan semua itu ‘sampai’ kepada si mati.

    Habis macamana ni. Sokong membawa rebah?

    Wasalam.
    Latipah Nomokario

  2. max berkata:

    sdr herman

    PAS for all apa jadi? Datuk Hasan dah lupa ke?

    Saya dah agak, orang politik ini tak boleh percaya lagi la.

    Arak : semua tahu haram di sisi agama, tetapi kenapa nak buat isu sekarang?

    Oleh itu PAS kini melalui mandat yang diberikan rakyat kepadanya, bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini demi kepentingan masyarakat Islam dan seluruh rakyat amnya

    Datuk Dr Hasan; isu jerubu teruk dan h1n1 tak penting ke Datuk? udara ini ada kenal bangsa ke?

  3. JIKA ARAK DIARAK2KAN...DIMULIAKAN.. berkata:

    ARAK ITU BAPA SEGALA KEJAHATAN….tetapi peliknya di NEGARA ISLAM MALAYSIA INI ( seperti yang diwarwarkan )… ORANG MELAYU BOLEH MECEKIK ARAK suka2 hati dia aje….sebabnya mudah aje…itukan HARTA PUSAKA cara hidup yang ditinggalkan oleh penjajah…tetapi dah 50 tahun merdeka pun kita tak KUASA nak hapuskan… terutama oleh kerajaan persekutuan YANG MAHA KUASA dan MAHA KAYA…kalau kerajaan negeri nak buat….cepat2 dikatakan TAK hormati perlembagaan persekutuan….kenapa…federal gov. tak cukup korum ke nak pinda perlembagaan? …HAI tahun 1990an dulu PM boleh pinda perlembagaan mengenai kuasa raja2 Melayu…nak kuatkuasa undang2 arak seluruh Malaysia pun tak boleh…pulak

    JAWAPNYA …ARAK adalah warisan penjajah yang sangat dipandang tinggi oleh pewaris2 penjajah…

    Bila perkara yang HARAM dihalalkan dari segi perbuatan….maka orang ISLAM yang cetek imannya akan kata : HAI ramai orang MELAYU cekik arak…takkan HARAM KOT…samalah jika kita kata BABI tak haram …ini BABI dah sembelih…punya..

    INILAH najis2 yang ditinggalkan ditengah jalan.. oleh..
    kerajaan pewaris penjajah…dah 50 tahun pun tak selesai2…yang menjahanamkan MELAYU dengan dadah, perceraian, buta Quran, buta Jawi, suka buat fitnah, suka bersumpah, suka rasuah, suka mengampu perkara tak betul,…

    KALAU PERKARA YANG JELAS HARAM ada dalam QURAN…tetapi kita cuba halalkan, cuba putarbelit nak tunjuk lebih pandai dari ALLAH….. TERIMA lah 1000 BALA yang menimpa ORANG MELAYU ( Islam ) semuanya…sekarang…

  4. ahmad 080809 berkata:

    Bismillah***Assalamualaikum !
    TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG JANGAN DISENTAK.

    PERANG ARAK ini sudah berzaman lamanya. Macam-macam “orang agama” mengeluarkan “fatwa lawan”. Macam-macam serangan penulisan dan dan tidak kurang diketawakan sama sendiri. Pemberi lesen beri berbagai alasan dengan senyum…

    Orang Islam hilang matlamat dan caranya. Pemimpin mahu tunjuk gagah. Yahudi tidak banyak cakap tetapi Amerika boleh diarahkan ; pemimpin Islam teperangkap dalam urus-niaga barangan dan kewangan. .

    [Fasal arak : Nota : Jika ada minuman (atau arak) yang meningkatkan IQ atau darjah kecerdasam seseorang maka saya pun suka mendapatkannya. Mereka yang jadi penulis "marah-marah" saja itu pun boleh diberi percuma satu dua tong ! Justeru itu Melayu yang dikatakan lemah dalam matematik sains dan bahasa Inggeris pun diberi RM10,000,000,000.00 (belanjawan) untuk beli minuman berkenaan. Dan semua Hadiah Nobel dibolot oleh MALAYSIA. kalah Bengladesh dan Jepun ].

    Mengapa Dato Hasan Ali, seorang daripada bekas-pengasas UG, hanya nampak dikedai berapa kedai dekat rumahnya sahaja ? tetapi beliau tidak pula nampak kilang arak dan lesen penjualan dan nama “orang Islam” yang pegang urusan Guinees Stout dan kilang arak yang lain.

    Saya sudah lupa nama bolg yang menyiarkan gambar Tan Sri S… (?) dan dua pengapit kanan berpangkat tinggi pemegang saham arak. Hasan tidak periksa :

    Siapa dan syarikat mana di luar negeri yang melicinkan pengaliran arak ke dalam perut orang Melaysia termasuk Islam.
    Kebun anggor dan apel mana yang terbesar sebagai pembekal. Lawatilah muzeum arak di Ireland dan baca sejarahnya jika hendak bercaka-p fasal jaringan arak.

    Perjuangan Islam selalu tidak pergi kepada akar umbi, cambah dan tumbuhnya segala dedalu ; dan tanah yang menyburkan segala semak-samun di negara ini dan negara orang Islam lainnya.
    Ingatlah “ Banyak kejayaan Yahudi dilakukan oleh orang lain. Kita hendak tambah saham politik biarlah saham politik yang mengegarkan .
    Pejuang Islam mati bunuh diri atau ditembak oleh tuduhan komunis dan penjahat. Dahulu “anti Islam” mendirikan kumpulan komuis di dalam wilayah yang ada perjuangan Islam. Lantas atas tuduhan komunis atau “extremist” maka tembakan menjadi halal..

    .[Itu yang saya baca dan faham Musuh Islam mendirikan “aktiviti komunis” di wilayah Islam untuk bunuh pejuang Islam. ]

    JIKA TERDAYA BACA MAKA LAGI PANJANG CERITANYA…. MINTA HASAN BERSIHKAN SEGALA “CENDAWAN” DAHULU. PAKAI AIR MUTLAQ. ~ Aq Maaf. 080809

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 95 other followers

Ogos 2009
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

Media AlTernatiF

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 95 other followers

%d bloggers like this: