PAS tolak kerjasama politik dengan Umno

Irwan Mohd Zain

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Tidak akan ada sebarang kerjasama antara parti melibatkan PAS dan Umno tetapi tidak menolak kerjasama antara kerajaan dan kerajaan atau kerjasama untuk kepentingan ummah.

Demikian tegas Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam menyatakan kesanggupun Umno berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini. Continue reading

Peguam Negara perlu jaga keselamatan rakyat – MB Selangor

SHAH ALAM, 9 Sept: Kerajaan Negeri Selangor meminta Peguam Negara bukan hanya perlu menjaga kepentingan SPRM sahaja tetapi juga kepentingan dan keselamatan 18,312 pegawai dan kakitangan Negeri Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya berkata, Kerajaan Negeri Selangor komited dalam melindungi kepentingan dan keselamatan semua pegawai dan kakitangannya. Continue reading

Penduduk Seksyen 23 terima cadangan tapak baru kuil

Malaysiakini.com

Jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah pemindahan kuil Hindu – menerima tapak baru yang dicadangkan oleh kerajaan Selangor, kata seorang ahli jawatankuasa tersebut, Ramzi Ramli

Bagaimanapun, katanya, jawatankuasa bertindak itu hanya akan dibubarkan selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat pengumum rasmi mengenainya. Continue reading

Laporan k’jaan akui gadis Penan alami deraan seks

Malaysiakini.com

Kerajaan akhirnya mengakui secara terbuka bahawa memang wujud penderaan seks terhadap gadis dan wanita Penan di tangan pekerja kem pembalakan di Baram, Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil menerima tekanan kumpulan NGO untuk menyiasat dakwaan tersebut sejak ia pertama kali dibangkitkan, hampir setahun lalu. Continue reading

Sesi ‘dialog’ yang memalukan

Khalid Samad

ImageSemua melihat apa yang berlaku dalam sesi dialog tersebut. Saya merasakan ianya peristiwa yang amat memalukan ummat Islam. Tengah-tengah bulan puasa pula. Sedih. Itulah apa yang berlaku bila tidak menghayati ajaran agama dan tidak juga menerima asuhan yang baik dari pemimpin.

Hishamuddin memberi sokongan dan dorongan secara terbuka dan selepas itu menyedari tidak boleh secara terbuka, mesti secara tertutup. Seterusnya mengutuk tetapi semua tahu, reaksi awal adalah apa yang sebenar tersemat di hati. Continue reading

Six charged over cow-head protests not residents of the Section 23

The Malaysian Insider : Six charged with sedition over cow-head protests

By Neville Spykerman

SHAH ALAM, Sept 9 – Six men were charged under the Sedition Act this morning for being part of the cow head protest against the construction of a Hindu temple, in a case that has taken on wider political ramifications and provoked debate about the state of race relations in Malaysia.

They were also charged with another six men for taking part in an illegal assembly.

Continue reading

Pemuda PAS Persoal RM 16 juta untuk 19 atlet mengejar 1 pingat emas Olimpik

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mempersoalkan keperluan Kerajaan Malaysia yang membelanjakan RM 16 Juta bagi tempoh 2009 hingga 2012 untuk menjayakan program “Road to London 2012″ yang bertujuan mencari pingat emas pertama Malaysia daripada Sukan Olimpik di London pada 2012.

Dalam tempoh berkenaan, secara puratanya Kerajaan akan membelanjakan RM 5.3 juta setahun bagi 19 atlet yang dipilih dari empat acara sukan iaitu badminton, memanah, berbasikal dan terjun. Continue reading

Hantar Atlit guna dadah terlarang ke Pusat Pemulihan, yang rasuah ke penjara

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) kesal dengan tindakan segelintir atlit negara yang masih lagi bergantung harap dengan dadah khususnya jenis steroid bagi meningkatkan kecergasan mereka.

Tindakan mengantung pelumba basikal negara Mohd Fauzan Ahmad Lutfi yang didakwa positif mengambil dadah terlarang selama 2 tahun sebenarnya masih belum memadai kerana ianya masih belum menjadi tauladan yang berkesan pada atlit yang lain. Continue reading

“Perpaduan UMNO-PAS”" gimik awal Najib untuk PRK bagan Pinang

9 September - Isu Perpaduan PAS-UMNO dilihat sebagai gimik awal UMNO sebelum menghadapi pilihanraya Dun bagan Pinang. Najib dan beberapa pemimpin UMNO mula menimbulkan semula isu rundingan PAS-UMNO menjelang pilihanraya tersebut.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata di dalam kenyataan terbarunya semalam beliau bersedia untuk berunding dengan PAS, kononnya demi perpaduan orang melayu di Malaysia. Continue reading