“Perpaduan UMNO-PAS”" gimik awal Najib untuk PRK bagan Pinang

9 September - Isu Perpaduan PAS-UMNO dilihat sebagai gimik awal UMNO sebelum menghadapi pilihanraya Dun bagan Pinang. Najib dan beberapa pemimpin UMNO mula menimbulkan semula isu rundingan PAS-UMNO menjelang pilihanraya tersebut.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata di dalam kenyataan terbarunya semalam beliau bersedia untuk berunding dengan PAS, kononnya demi perpaduan orang melayu di Malaysia.

Sebelum pilihan raya kecil di Permatang Pasir pada bulan lepas, UMNO turut menimbulkan isu “Anwar Pengkhianat” sebagai gimik awal menghadapi pilihanraya.

Ketika pilihan raya kecil di Manek Urai pula, isu Perpaduan Melayu turut juga dimainkan oleh UMNO selepas Ketua Pemuda PAS Khairy Jamaluddin dikatakan bersedia untuk menyahut jemputan Ketua Pemuda PAS untuk berdebat dalam satu wacana ilmiah.

Walaubagaimanapun, selepas pilihanraya kecil di Manek Urai, Khairy tiba-tiba senyap mengenai perkara itu.

Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ketika menjawab soalan wartawan di Kota Bharu semalam menegaskan bahawa isu rundingan PAS dan UMNO sepatutnya sudah tidak timbul kerana ia telah di perjelaskan sebelum ini.

Beliau berkata, sekiranya Najib ikhlas hendak berunding dengan PAS dasar kebangsaan yang diperjuangkan oleh UMNO mestilah ditukar kepada dasar Islam yang syumul.

Najib juga sepatutnya berunding dengan PAS Kelantan untuk mengembalikan royalti minyak rakyat Kelantan bukannya cuba menimbulkan polemik rundingan PAS-UMNO.

Mengulas mengenai pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat untuk memutuskan siapa calon yang layak.

Beliau sangat yakin PAS akan meletakkan calonnya di DUN Bagan Pinang itu.

Pilihan raya kecil bakal diadakan selepas kematian Adun Bagan Pinang, Allahyarham Azman Md Noor.

Pada pilihan raya umum 2008, Azman yang mewakili BN mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2333 undi.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s