Aduan Tentang Aktiviti Ajaran Sesat

5

September 15, 2009 oleh pemudawilayah


Oleh aznani
lourve@streamyx.com

Satu laporan telah dipaparkan oleh sebuah akhbar tempatan Harian Metro bertarikh 18.7.2008 dengan tajuk ( MINUM AIR MANDI KETUA ) Dalam berita tersebut telah dipaparkan beberapa kisah yang telah memberikan gambaran betapa ajaran sesat berkenaan telah betul-betul terpesong! Dalam perkara ini telah banyak laporan yang dibuat kepada pehak berkuasa JAWI, JAKIM dan laporan dan aduan yang dibuat seolah-olah mencurah air kedaun keladi.

2. Saya sangat-sangat terkilan dan berasa amat sedih kerana walau pun laporan serta berita akhbar telah dibuat namun pehak berkuasa berkenaan lansung tidak mengambil apa-apa tindakan dan perkara itu senyap begitu sahaja.

3. Beberapa tahun dahulu pengasas ajaran tersebut pernah didakwa di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur atas tuduhan mengaku sebagai Nabi dan mengutip zakat dan dikenakan ikat jamin sebanyak RM 15,000 sehingga ketarikh perbicaraan, namun kes tersebut senyap begitu sahaja. (May be something fishy is going on atau pehak berkuasa tersebut tidak ada ” jantan “nya!) WallaHu Alam!

4. Oleh kerana menyangkakan kes guru tersebut telah selesai pengikut ajaran tersebut menganggap guru mereka adalah kebal dari undang-undang dan mempunyai kuasa luar biasa atau mukjizat seorang nabi! Maka pengikut ajaran tersebut bertambah-tambahlah taksub mereka dan apabila cerita mereka tersiar dalam ahkbar mereka tidak mengendahkan kerana mereka didapati terus menjalankan ektiviti mereka tanpa ada perasaan gusar kerana yakin mereka kebal dari undang-undang. Malah mereka telah buat “renovation” keatas bangunan markas mereka dengan lebeh terlindung lagi dari orang luar.

5. Saya merasa amat kuatir pengikut ajaran sesat ini akan menjadi lebih besar jumlahnya dan akan ramailah lagi warga kita yang akan terpesong
akidahnya. Berkemungkinan satu lagi ” Kerajaan Langit ” akan ujud! Pada ketika ini selain dari balu Abdul Rahim ada 4 orang kanan pengikutnya yang amat setia bersama-sama menjalankan aktiviti ajaran sesat ini dan mereka dikenali sebagai:

  • Normadiah. 
  • Rathieah
  • Asmaiah
  • Komek

Setelah kematian pengasasnya Abdul Rahim murid kanannya iaitu Normadiah dan Rathieah serta Asmaiah meneruskan aktiviti ajaran sesat ini di No.8, Jalan 8/26 Taman Seri Rampai 53000 Setapak, Kuala Lumpur dan Komek telah membuka cawangan baru di No.36B, Jalan Medan Idaman off Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur dan berselindung disebalik Pusat Tuisyen Hijrah.

6. Dalam pengamatan saya segelintir dari mereka lebih kurang 20 lelaki dan 20 perempuan yang bukan muhrim tinggal didalam rumah tersebut termasuklah janda, duda dan beberapa isteri orang yang lari meninggalkan suami mereka dan kita boleh bayangkan apa yang boleh berlaku jika beada dalam keadaan demikian! Mungkin mereka boleh bertukar-tukar pasangan siapa tahu? Mereka ini membawa anak-anak kecil mungkin untuk melindungi atau mengaburi kegiatan mereka yang nampak seperti menga-dakan kenduri dan pada jam 3 pagi kanak-kanak tersebut akan tertidur diserambi rumah dan apa pun boleh mereka lakukan!

7. AJARAN DAN AKTIVITI YANG PERLU DIPATUHI OLEH PENGIKUT

  • Sentiasa berzikir dalam hati sehingga mencapai satu tahap/makam yang membolehkan ahli tersebut tidak lagi perlu solat fardu 5 waktu.
  • Setiap hari menyucikan diri dengan mandi air yassin.
  • Memperakukan jemaahnya adalah pilihan Allah.
  • Memperakukan guru adalah sebagai Nabi dan Rasul Allah.
  • Kalam guru adalah kalam Allah.
  • Untuk mengingati Allah haruslah membayangkan wajah guru.
  • Memerintahkan pengikut memberi zakat tahunan kepada guru dan mesti juga memberi zakat pendapatan setiap bulan.
  • Meminta pengikut membayar dam RM 117 untuk menyuci dosa.
  • Membayar RM 1.50 kepada guru sebagai fidyah untuk satu waktu sembahyang fardu yang ditinggalkan.
  • Pengikut tidak dibenarkan bercampor gaul dengan orang yang bukan ahli kerana mereka yang tidak menjadi ahli adalah kafir.
  • Pengikut tidak dibenarkan ke masjid atau surau untuk bersembahyang jemaah kerana solat pengikut lebeh tinggi darjatnya dari solat ahli jemaah dimasjid dan dimasjid tempat banyak berkumpul syaitan!
  • Pengikut tidak perlu pergi Umrah sebaliknya diarah pergi kekolam ikan di Melaka selama 2-3 hari dah cukup sebagai Umrah.
  • Pengikut tidak perlu pergi menunaikan haji ke Makkah kerana berada dimarkas mereka di Seri Rampai, Setapak beberapa kali sudah disahkan sebagai telah menunaikan haji.
  • Pengikut mestilah menyambut Hari Raya Aidil Fitri atau Aidil Adha di markas bersama guru mereka kerana pada hari tersebut semua Nabi dan Rasul serta malaikat Jibrail akan turun kemarkas mereka untuk berhari raya dengan mereka.
  • Pengikut wanita yang setia akan dilantik sebagai ” Ibu Mukmin” dan mereka yang telah mendapat darjat ini dijanjikan akan menjadi dayang-dayang di surga.

8. CARA-CARA MEMPERDAYAKAN WANITA UNTUK MENJADI IBU MUKMIN

  • Wanita yang kebanyakannya cetek dalam ilmu ugama akan di- ” Serang ” dengan kata-kata dari tafsiran Al Quran yang telah diselewengkan dari makna yang sebenar dan dengan itu wanita tersebut akan menjadi ketakutan.
  • Apabila mendapati wanita itu terlah terkedu maka jarum pun dijalankan dan dengan tipu helah maka wanita itu akan tersungkur dan menurut apa saja yang diarahkan.
  • Wanita-wanita ini akan disuruh berzikir setiap waktu.
  • Dipaksa dalam rela mengurung diri mereka dalam markas tersebut.
  • Ditenggah menghubungi mereka yang bukan ahli samada kawan, saudara, adik beradik, ibu bapa waimmah suami atau isteri kerana mengganggap mereka semua adalah kafir.
  • Wanita-wanita ini jika bersuami akan disuruh meminta cerai dari suami mereka jika suami enggan menceraikan mereka, mereka boleh meninggalkan suami mereka kerana pernikahan mereka yang lalu tidak lagi sah kerana suami yang bukan ahli adalah kafir.
  • Mereka dikehendaki menyumbang wang ringgit atau harta benda kepada guru mereka sehingga habis semua duit simpanan dan ada yang menghabiskan wang simpanan Tabung Haji yang suatu mas dulu diniatkan untuk digunakan sebagai belanja menunaikan haji.
  • Ada wanita yang telah terperangkap dan tidak keluar dari markas mereka bertahun-tahun dan telah putus hubungan dengan saudaramara.
  • Setelah wanita ini betul-betul taksub maka mereka akan dilantik menjadi ” Ibu Mukmin ” yang dijanjikan sebagai dayang-dayang di syurga dan tugas mereka adalah mencari ahli-ahli baru yang akan dijadikan mangsa baru pula.
  • Pernah berlaku seorang dari wanita ini bernama Dr.Zahidah telah meninggal dunia dan jenazahnya telah dikuburkan tanpa memaklum kepada kaum keluarganya.
  • Ahli-ahli akan belajar tafsir Al Quran hanya pada ayat-ayat yang dapat menyenangkan pergerakan mereka. Ayat-ayat yang ada bersangkut paut dengan rukun islam yang lima diketepikan!
  • Kedua-dua pintu pagar rumah tersebut sentiasa berkunci dengan rantai dan akan dibuka oleh seorang pengawal jika ada ahli yang ingin keluar atau masuk. Kemuskilan: Jika kegiatan mereka ini berlandaskan agama mengapa mereka mesti takut? Perompak? Pencuri? Jumlah mereka melebehi 50 orang! Kita boleh agak mengapa mereka takut!
  • Kebiasaannya kegiatan begini memang sukar untuk dibuktikan kerana ketiadaan saksi dan bukti yang releven! Kerana mereka yang telah keluar dari ajaran tersebut tidak mahu menampilkan diri kerana akan dianggap penghianat! Maka tindakan yang paling berkesan adalah seperti berikut:
    • Apabila serbuan dibuat tahan kesemua mereka dan dibawa kepejabat yang berkuasa untuk disoal siasat.
    • Sebelum soal siasat mereka ini harus diasing antara satu dengan yang lain supaya mereka tidak dapat berpakat atau berbincang cara untuk menjawap soalan terutama mereka yang masih remaja.
    • Tahan ketua mereka dan dakwa dia atas tuduhan mengajar agama tanpa tauliah atau dibawah akta menghasut.
    • Dakwa mereka atas tuduhan bersekedudukan atau berkhalwat.
    • Tutup dan sita rumah tersebut sehingga selesai perbicaraan.

12. Saya ingin mempersoalkan kewibawaan JAKIM dan JAWI dalam isu menangani ajaran sesat ini, kemanakah kebijaksanaan mereka? Mengapa mereka selalu melewat-lewatkan sesuatu tindakan? Laporan akhbar telah disiarkan pada 18.7.2008 tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan yang diambil! Adakah mereka mahu ajaran sesat ini berkembang besar baru mahu mengambil tindakan? Apakah punca kelembapannya? Mungkin mereka yang menerajui JAKIM/JAWI sememangnya tidak layak menerajuinya! Ini kerana perkara yang begini senang diselesaikan pun sukar untuk diuruskan! (Mungkin kalau anak atau isteri mereka yang terbabit barulah mereka nak bertindak) Sekiranya mereka tidak mampu melaksanakan tanggung jawab mereka maka, adalah lebih baik mereka meletakkan jawatan dan biar mereka yang benar-benar layak menerajuinya! Saya rasa JAIS lebeh “Jantan” dari JAWI.

13. Dari segi undang-undang kita mempunyai banyak cara untuk membendung ajaran sesat ini tetapi mengapa pehak berkuasa tidak dapat menggunakan budi bicara mereka yang dikatakan arif itu? Sama ada berhimpun secara haram atau menghasut orang islam supaya mengikut fahaman mereka yang anti hadis ini. Dengan menyoal siasat mereka satu persatu barulah kita mendapat bukti-bukti penyelewengan mereka yang benar-benar anti hadis! Oleh itu pehak yamg berkuasa haruslah ada komitmen yang tinggi, ketegasan dan keberanian bagi melaksanakan tugas dan tanggung jawab mereka bukan sekadar mengistiharkan sesuatu ajaran sesat itu haram tetapi mengambil tindakan yang tegas kepada sesuatu ajaran sesat secara segera, pengikut ajaran sesat ini jika sabit kesalahannya maka mereka haruslah dihukum penjara mandtori satu tahun dan menjalani kaunseling dari masa kesemasa dan bagi guru yang mengajar ajaran sesat pula dikenakan hukuman penjara mandatori 3 tahun dan dikenakan buang daerah selama 3 tahun, dan satu akta baru haruslah diujudkan seperti:

  • Mereka yang mengajar agama atau mengaji/mentafsir Al-Quran mestilah mendapat tauliah dari Pejabat Ugama.
  • Semua tempat atau kelas agama mestilah didaftarkan. sekiranya tidak didaftarkan maka bangunan/rumah yang digunakan sebagai kelas agama itu disita dan dirampas.

jika hukuman begini dilaksanakan sudah tentu mereka yang ingin dan mahu memulakan satu ajaran sesat yang baru akan merasa takut! Dan dengan itu dapatlah kita membendung kemunculan ajaran sesat yang lain, dengan itu juga mereka tidak akan memperlekeh-lekehkan pehak berkuasa jabatan agama yang berkenaan.

14. Dengan apa yang diterterakan diatas, saya berharap mereka yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang ini dapat menggunakan kebijaksanaan mengambil tindakan menggesa dan mendesak pehak JAKIM/JAWI menjalankan operasi bagi membenteras kegiatan ajaran sesat ini dengan seberapa segera! Saya yakin sekiranya anda melihat sendiri keadaan markas tersebut sudah tentu akan merasa sedihdan sayu kerana terdapat ramai kaum wanita yang terjerumus dan tertipu dengan memberikan harta dan wang ringgit mereka kepada ketua atau guru mereka. Mereka yang arif dalam ilmu ugama seharusnya sedar yang mereka akan dipertanggongjawabkan diakhirat kelak kerana telah tidak melaksanakan tugas-tugas mereka yang telah diamanahkan dengan mendiam atau membiar sahaja perkara penyelewengan ugama ini dilakukan dihadapan mata mereka sendiri. Na’uzubillah.

15. Negara mempunyai undang-undang dan kita sebagai rakyat harus patuh kepada rukun negara tetapi sayang mereka yang memegang undang- undang dan penguasanya tidak melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan, mestikah mereka menanti sehingga kumpulan ajaran sesat ini berkembang menjadi “Al Arqam Kedua ” tidakah mereka berasa bersalah atau berdosa kerana membiarkan ajaran sesat ini berterusan sehingga telah menjangkau puluhan tahun lamanya dan kini sedang mengembangkan pengaruh serta sedang membina satu lagi “Kerajaan Langit ” dan bilakah mereka mahu membuka mata dan minda mereka? Dan bilakah agaknya mereka akan bertindak untuk menghapuskan ajaran sesat yang meruntuhkan akidah orang islam Perpatah ada menyatakan api itu lebeh senang dipadamkan jika ia masih kecil tetapi apabila ia telah marak dan menyala-nyala bukan sekadar sukar memadamnya tetapi akan mengorbankan jiwa!

16. Kalau dikaji kita sudah cukup mempunyai undang-undang atau akta bagi melaksanakan penguatkuasaan undang-undang tetapi sayang orang yang berkuasa melaksanakannya seolah-olah tidak tahu atau sengaja tidak mahu melaksanakannya dan nyatalah bahawa mereka itu sememangnya tidak layak memegang jawatan berkenaan. ( Barangkali mereka cuma minat kepada kes-kes khawat atau beli empat nombor ekor sahaja kot?)

17. Mereka-mereka yang terlibat dengan dengan ajaran sesat ini boleh didakwa mengikut:-

  • Akta 559
  • Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan ) 1997 Bahagian II – Kesalahan Yang Berhubung Dengan ‘Aqidah
    Seksyen 4. Doktrin Palsu.
    Seksyen 5. Mengembangkan Doktrin Ugama, Dsb.
    Seksyen 6. Dakwaan Palsu.
    Seksyen 8. Mempersendakan, Dll. Ayat Al-Quran Atau Hadith.
    Seksyen 11. Mengajar Agama Tanpa Tauliah.
    Seksyen 12. Pendapat Yang Bertentangan Dengan Fatwa.
    Seksyen 14. Tidak Menunaikan Sembahyang Jumaat.
    Seksyen 16. Tidak Membayar Zakat Atau Fitrah.
    Seksyen 17. Menghasut Supaya Mengabaikan Kewajipan Agama.
    Seksyen 18. Memungut Zakat Atau Fitrah Tanpa Kuasa.
    Seksyen 19. Pembayaran Tak Sah Akan Zakat Atau Fitrah.
    Seksyen 36. Memujuk Lari Perempuan Bersuami.
    Seksyen 37. Menghalang Pasangan Yang Sudah Bernikah Daripada Hidup Sebagai Suami Isteri.
    Seksyen 38. Menghasut Suami Atau Isteri Supaya Bercerai Atau Mengabaikan Kewajipan.

17. Mereka-mereka yang terbabit dengan ajaran sesat dan jika disabitkan kesalahan disemua seksyen berkenaan boleh didenda sehingga RM45,000.00 atau penjara sehingga 29 tahun! Atau disebat! Tetapi akta yang ada ini tidak pernah digunapakai mengapa? Kerana mereka yang ada dan boleh menggunakan kuasa ini tidak melakasanakan nya.Saya yakin jika akta ini dilaksanakan dengan sepenuhnya oleh merek yang diberi kuasa sudah tentu mereka yang ingin menubuhkan atau mewujudkan satu ajaran sesat yang baru akan berfikir banyak kali!

18. Oleh itu saya memohon kepada Allah agar mereka yang diberi tugas dan tanggung jawab dapat menyelamatkan wanita-wanita tersebut dari terus ditipu dan diperdaya secara rela dalam terpaksa oleh mereka yang sentiasa berselindung disebalik ugama islam dan menjerumuskan mereka kedalam pengaruh syaitan!

Sekian, terima kasih,

” ALLAHU AKBAR “

Pemudawilayah – Kami akan perpanjangkan aduan ini kepada pihak berkuasan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. Harap tuan dapat emailkan no. perhubungan kepada email ini-hermansamsudeen@gmail.com untuk maklumat lanjut.

About these ads

5 thoughts on “Aduan Tentang Aktiviti Ajaran Sesat

  1. arnab berkata:

    kepada pihak jakim&pihak yg berkuasa,banteras la segala ajaran sesat yg berlaku dimalaysia khususnya.jgn dok wat dek je…kesian kat masyarakat kita yg lain…

  2. adam berkata:

    Untuk makluman juga 2 org wanita itu telah bertindak kejam dengan memijak-mijak jemaah termasuk kanak-kanak d bahagian badan dan kemaluan setiap kali solat.Perempuan laknat yg bernama Zaiton itu juga telah mengaku dirinya tuhan.Al quran juga telah d bakar,anak2 diajar bahawa ibu bapa adalah syaitan,semua org dlm dunia adalah syaitan dan penzina.mereka d pukul dng rotan dan d pijak utk tujuan buang syaitan dlm badan.termasuk kanak2 yg ketika itu berumur 3 tahun.jika ingkar mereka akan d siksa.perkara ini x boleh didiamkan kerana bukan saja zalim ttp merosakkan akidah dan jiwa org yg x berdosa.utk pengetahuan semua terdapat seorang jemaah yg berjawatan polis yg tlh bersara awal duduk d dalm tu.apa yg dituliskan diatas benar dan byk lagi kedurjannan dan kekejaman yg dlakukan. semoga pihak berwajib dpt mmbuka mata bg mngatasi masalah ini, dan saya merayu kepada saudara islam diluar sana supaya terus bersama2 berdoa semoga Allah memberi petunjuk agar mereka yg teraniaya dpt segera bertaubat nasuha. wasalam

    • Raziman berkata:

      Sangat lah menghairankan Cerita tersebut telah disiarkan pada 18.7.2008 oleh Harian Metro tapi kelihatan pehak berkuasa ugama berkenaan buat tak tahu saja. Telah empat tahun berita itu disiarkan sehingga kini tiada sebarang tindakan yang diambil! Jangan-jangan mereka pun tergulung dalam gulungan tersebut!

      Kepada Pemuda Pas Wilayah buatlah desakan kepada Pak Menteri berkenaan supaya pehak berkuasa ugama berkenaan mengambil tidakan segera. Tak kan mereka tak tahu dosa penguasa yang membiarkan perkara mungkar berlaku sedangkan mereka mempunya kuasa untuk membenterasnya.

      Saya sarankan agar Ahli Parlimen Pas membuat desakan didalam Dewan Rakyat kalau boleh penguasa yang gagal menjalankan kuasanya itu diganti dengan mereka yang boleh melaksanakan tugas dan kuasanya dengan bijak.

      Wasalam

      • adam berkata:

        Sepupu saya merupakan bekas pengikut ajaran ini yg berjaya melarikan diri dr sana.Pengikut dsana sangat taksub pd ketua..skrng ini d pinpin oleh Cik Ton/Normadiah/dan Azril anak Cik Ton.Mereka sungguh licik.Menggunakan sihir ,anak2 disiksa dan dipisahkan dari ibu bapa/suami isteri dpisahkan..jemaah disiksa dipijak pada kemaluan termasuk kanak2..mmg kejam laslty dia suruh sume sujud dan sembah kaki dia dan mengaku dia tuhan..alhamdulillah atas petunujuk dr Allah sepupu sya tersedar pesongan akidah dan berjaya melarikan diri.

  3. adam berkata:

    diharap kegiatan ini dapat dibentras dan sama-samalah kita berdoa semoga jemaah d sana diberi hidayah untuk kembali ke jalan yang benar.ini adalah kenyataan yabg benar dr pengalaman yg pernah ditempuhi..smoga yg diluar sana lebih berhati-hati..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 95 other followers

September 2009
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

Media AlTernatiF

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 95 other followers

%d bloggers like this: