9 September - Isu Perpaduan PAS-UMNO dilihat sebagai gimik awal UMNO sebelum menghadapi pilihanraya Dun bagan Pinang. Najib dan beberapa pemimpin UMNO mula menimbulkan semula isu rundingan PAS-UMNO menjelang pilihanraya tersebut.
Perdana Menteri Malaysia itu berkata di dalam kenyataan terbarunya semalam beliau bersedia untuk berunding dengan PAS, kononnya demi perpaduan orang melayu di Malaysia. Continue reading


KUALA LUMPUR- Ketika penyokongnya mendakwa mereka telah memperolehi lebih dari 1,200 tanda tangan untuk menuntut diadakan mesyuarat agung khas (EGM) MCA, timbalan presiden parti itu yang dipecat, Datuk Seri Chua Soi Lek pula meningkatkan tekanan ke atas Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat.
8 September – Aktiviti melobi calon sudah mula berlaku menjelang pilihanraya di Bagan Pinang. Terbaru, Ketua Pemuda bahagian Teluk Kemang Mohd Faizal Ramli menyatakan keinginan beliau melihat Tan Sri Isa Samad bertanding.
Mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam akan didakwa menghasut, kata peguam negara hari ini.
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Polis dan kerajaan Malaysia mengaku bersalah kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (ketika itu Pengarah Pilihanraya PAS) di bangunan Parlimen hampir dua tahun lalu.
Kerajaan Selangor mengenal pasti satu lagi tapak baru kuil, juga di Seksyen 23 Shah Alam, setelah tapak sebelumnya menerima bantahan keras sekumpulan penduduk.
7 september – Dr Chua mendakwa bahawa Ong telah memanggilnya “anjing” dan akan menggunkan lembaga disiplin MCA untukmemusnakan karier politiknya.
SHAH ALAM, 6 Sept: Kerajaan Negeri Selangor telah memfailkan afidavit jawapan kepada permohonan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail untuk membatalkan satu pekeliling yang mengarahkan pegawai dan kakitangan kerajaan membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada waktu pejabat dengan kehadiran peguam.