KENYATAAN MEDIA DPPWP
28HB OKTOBER 2009 / RABU
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak kerajaan untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan menolak cadangan untuk meminda akta berkenaan. DPPWP berpendapat sudah tiba masanya akta itu dihapuskan memandangkan peranannya sudah tidak releven lagi berbanding ketika negara menghadapi ancaman komunis suatu ketika dahulu.
DPPWP menganggap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sangat zalim kerana ia tidak memberi peluang langsung kepada tahanan untuk membela diri. Seseorang tahanan juga tiada hak untuk mendapatkan peguam dan mendapatkan keadilan melalui proses mahkamah.
Meskipun kerajaan mengunakan alasan bahawa ancaman pengganas atau militan sebagai tujuan mengapa akta ini dikekalkan, DPPWP melihat bahawa kerajaan mempunyai pilihan yang lebih baik bagi mengatasi masalah tersebut. Sewajarnya pengganas atau militan tersebut dibawa ke mahkamah dan diberikan hukuman yang setimpal termasuk penjara atau hukuman gantung sampai mati kalau benar mereka bersalah?
Rakyat tertanya-tanya, mengapa sehingga kini Ustaz Nik Mohd Adli dan rakan-rakannya yang dituduh sebagai kumpulan militan masih tidak diadili di mahkamah kalau benar mereka terlibat dengan aktiviti keganasan? Apakah ada bukti mereka terlibat dengan sebarang aktiviti pengganas? Pembebasan mereka tanpa bicara menjelaskan lagi bahawa mereka sebenarnya tidak bersalah dan hanya menjadi mangsa kezaliman ISA lantaran ingin membodek Kerajaan Amerika Syarikat yang giat melancarkan kempen anti penganas setelah tragedi 911.
DPPWP juga melihat bahawa akta ISA menjadi alat politik Kerajaan BN yang mempergunakannya bagi menghadapi musuh-musuh politik mereka dan parti pembangkang. Meskipun jaminan kerajaan ianya akan dipinda bagi mengatasi masalah penyalahgunaan kuasa diperingkat Menteri. Tetapi rakyat tidak akan percaya, kerana sudah banyak tragedi yang disaksikan rakyat dimana kerajaan BN mengunakan akta tersebut terhadap tokoh-tokoh politik seperti yang pernah berlaku dalam Operasi Lalang 1988 serta tahanan Aktivis Reformasi 1998. Tidak mustahil kerajaan BN bakal menggunakan Akta yang sama sekiranya kedudukan mereka tergugat suatu ketika nanti.
DPPWP turut mempersoalkan kaedah penahanan, penyiksaan, deraan mental dan fizikal yang dilakukan sepanjang tempoh tahanan. Memendekkan tempoh tahanan ISA, bukan bermakna tahanan tidak akan didera lagi. Selama ini Kerajaan menafikan bahawa tahanan disiksa dan didera, tetapi dengan adanya cadangan pindaan ini bermakna kerajaan juga mengakui bahawa tahanan ISA selama ini amat terdedah dengan siksaan yang teruk.
DPPWP menyarankan agar pada masa akan datang, pihak Polis turut diberikan ruang pameran dalam INTERNATIONAL TORTURE EXHIBITION seperti yang diadakan di PWTC dari 28 – 31 Oktober 2009 ini bagi mempamerkan bentuk siksaan yang digunakan. DPPWP yakin, majoriti rakyat pasti akan menolak akta ISA sekiranya mereka melihat bukti kezaliman itu.
Justeru, DPPWP bertegas untuk menolak cadangan meminda akta ISA dan mahu ianya dihapuskan serta merta.
Mansuhkan ISA!!! Mansuhkan ISA!!! Mansuhkan ISA!!!
MOHAMAD SUHAIMI ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Difailkan dalam: Akta Drakonian, Hak Asasi, Isu Politik, Jenayah, K.Media DPPWP, Parlimen, Undang-Undang




















Pinda tak pinda sama aje..dulu Akta Badan Pencegah Rasuah dipinda jadi Akta SPRM…apa ada beza…yang kena tangkap ikan bilis kurus..yang JERONG GEMOK kes TUTUP..oleh aku tutup aku tutup…LABU LABI…siapa dia PEGUAM NEGARA…
ISA ni pun sama jugak..kalau dipinda…mungkin jadi Akta ISA BELLA…membela PERASUAH…tangkap siapa yang menentang kerajaan perasuah2…siapa yang TAK RASUAH disamakan dengan KOMUNIS…jadi boleh tangkap IKUT SUKA AKU..