‘Ziarah Kasih’ Pemuda PAS di ambang tahun baru

Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan serta Nisa Wilayah Persekutuan akan berganding bahu menjalankan operasi ‘Ziarah Kasih’ pada malam Ambang Tahun Baru
2010.

Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad berkata operasi itu akan tertumpu di beberapa lokasi strategik di sekitar ibu negara seperti Dataran Merdeka, KLCC, Taman Tasik Titiwangsa, Bangsar dan Taman Tasik Permaisuri mulai pukul 9 malam hingga 1 pagi.

Continue reading

Pemuda PAS Wilayah mahu Kerajaan tarik balik RM 12 Juta untuk Pak Lah

Kenyataan Media
 
Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) mahu kerajaan menarik balik peruntukan RM 12 juta bagi projek pembinaan rumah Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk diberikan kepada rakyat yang lebih memerlukan.

DPPWP mahu Kerajaan mengunakan peruntukan itu bagi membina rumah Kos rendah bagi keperluan rakyat. Dengan wang sebanyak itu, kerajaan boleh membina sekurang-kurangnya 120 unit rumah untuk diberikan kepada 120 keluarga miskin berbanding untuk mantan Perdana Menteri dan Isterinya yang sudah diketahui umum mempunyai beberapa rumah termasuk di Australia.

Continue reading

MP PAS pertikai peruntukan rumah bekas PM RM12 juta

Oleh Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa projek pembinaan rumah Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bernilai hampir RM12 juta sebagai satu penyelewengan kewangan negara.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mendakwa, projek itu merupakan satu projek yang disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana ianya tidak terdapat dan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan bajet 2010.

Continue reading

Nik Aziz desak Umno keluar BN

Oleh Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu.

Continue reading

Pemuda PAS terus desak MAIWP dedah info

Oleh Salhan K Ahmad

mosque project seri hartamas 03Malaysiakini : Pemuda PAS Wilayah Persekutuan memberi tempoh seminggu lagi kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk memberi penjelasan mengenai status tapak masjid di Desa Sri Hartamas sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua dewan itu Kamaruzaman Mohamad berkata isu tersebut sedang diteliti oleh peguam mereka untuk mengenal pasti sekiranya terdapat unsur-unsur meragukan dalam proses pertukaran tapak masjid itu kepada kawasan komersil.

Continue reading

Aduan polis terhadap ‘penyokong, pengundi PAS’

Oleh Salhan K Ahmad

protest demanding pas leaves pakatan 02Malaysiakini : Pemuda PAS Selangor hari ini membuat aduan polis berhubung dakwaan percubaan mensabotaj hubungan parti itu dengan dua lagi rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat melalui demonstrasi semalam.

Aduan oleh timbalan ketua dewan tersebut Ahmad Zaidi Abdul Mutalib dibuat di Shah Alam tengah hari ini, berhubung demonstrasi kumpulan yang digelar Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor di hadapan ibu pejabat parti itu semalam.

Continue reading

Tinggalkan Fesyen Bohemian, Tutuplah Aurat!

Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyeru kepada artis-artis Islam di Malaysia supaya meninggalkan fesyen Bohemian dan pelbagai lagi fesyen yang pelik-pelik yang tidak mengambarkan jati diri mereka yang sebenar.

DPPWP merasa sedih kerana ketidakfahaman yang dilalui oleh ramai artis Malaysia menjadikan mereka begitu mudah terjebak dengan industri fesyen yang makin mengarut hari ini. Sebagai umat Islam dan public figure, mereka sewajarnya menunjukan contoh dan pemakaian yang baik agar tidak mengundang fitnah kepada diri serta masyarakat Islam umumnya.

Dunia fesyen hari semakin jauh menyimpang dan kebanyakkannya mengekspolitasi artis Malaysia yang dilihat berpakaian tetapi sebenarnya telanjang (tidak menutup aurat) seperti yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w;

Continue reading

ALANGKAH KEJAMNYA MANUSIA!

Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Rasa terkedu seketika apabila membaca berita seorang gadis sunti yang ditemui mati di dalam kolam di Sentul, dipercayai dibunuh dan dicampak ke dalam kolam.

Tidak dapat digambarkan betapa luluh dan hancurnya perasaan sang ayah dan ibu apabila melihat sekujur tubuh anaknya yang kaku telah menjadi mayat. Lebih menyayat hati apabila mendapati kematiannya dalam keadaan tragis akibat perbuatan zalim insan lain.

Apakah dosa yang dilakukan oleh mangsa? Mengapa tidak ada nilai kemanusiaan serta belas kasihan dari lubuk hati manusia? Dalam keadaan negara serba maju, serba berpengetahuan dan bermaklumat, kadang-kadang rasa hairan akhlak manusia yang semakin primitif dan tidak bertamadun.

Salah siapakah ini? Penjenayah, kerajaan, ibu bapa, guru, rakan sebaya, pihak polis, teman istimewa, jiran dan masyarakat, media, hiburan atau siapa saja.

Pastinya sesuatu perlu dilakukan. Menghukum dengan seadilnya kepada pelaku, itu sudah tentu. Tetapi yang lebih penting, sesuatu itu pastilah yang berbentuk mendidik, agar jenayah ini tidak berulang di masa akan datang. Mampukah anda menyumbang saranan kepada kami di blog ini…?

 

KENYATAAN MEDIA

KENYATAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

“MENTERI PERTAHANAN PERLU BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KES KECURIAN ENJIN JET PEJUANG TUDM”

(21 Disember 2009)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius keatas kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Bagi DPPWP, kehilangan ini sukar diterima kerana kehilangan aset tentera ke tangan syarikat asing boleh dianggap sebagai kebocoran serius keselamatan negara.

DPPWP mempersoalkan bagaimana sistem keselamatan negara dengan mudah dicerobohi memandangkan aspek keselamatan di bawah kawalan tentera adalah sangat ketat dan sukar ditembusi. Bagaimana sekiranya nanti berlaku tawaran atau pujukan dari negara luar terhadap pegawai-pegawai tentera bagi mendapatkan dokumen sulit ketenteraan negara dan pegawai tersebut menyanggupinya, sudah pasti negara akan tergadai.

Continue reading

PENCURIAN PINTAR

Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berada di bawah kawalan tentera pun hilang! Pelik berita ini tetapi benar. Bagaimana alpa dan lekanya pegawai-pegawai TUDM apabila menyedari enjin jet itu hilang pada tahun 2007 dan kini baru didedahkan.

Soalnya, mudahnya integiriti dan maruah pegawai TUDM diceroboh dan dijual beli. Bayangkan kalau dokumen sulit yang ditawarkan berjuta-juta ringgit oleh kerajaan AS kepada mana-mana pegawai tentera dan mereka menyanggupinya, pasti tergadai negara.

Dan lagi, mengapa sekarang baru didedahkan kejadian tersebut? mengapa tiada tindakan cepat diambil seawal tahun 2007 ketika baru menyedari ianya telah hilang?

Kalau yang hilang itu enjin di rumah awam yang terletak jauh dari pemantauan, itu boleh dikira munasabah. Tetapi yang hilang itu adalah enjin jet (sudah pasti ia besar), dan berada di bawah kawalan ketat 24 jam masih hilang, sudah pasti sesuatu yang tidak masuk akal.

Kementerian Pertahanan perlu dipertanggungjawabkan, begitu juga dengan Menterinya, Pegawai-pegawai tinggi tentera (TUDM), serta Setiausaha Kementerian berhubung insiden ini. Tindakan tegas perlu diambil agar ianya tidak akan berulang.

TAHNIAH PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA

Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Akhirnya setelah penantian selama 20 tahun, Malaysia memenangi pingat emas bolasepak kejohanan Sukan SEA. Walaupun sekadar juara bagi Asia Tenggara, tetapi ia pasti manis buat pemain, penonton dan peminat sukan nombor satu negara.

Suasana ketikan meraikan kemenangan ini sangat bermakna. Bagaikan Brazil yang memenangi Piala Dunia buat sekian kalinya, atau pasukan Manchester United yang menenangi Liga Juara-Juara Eropah!

Diharapkan ia adalah suatu permulaan kepada persembahan yang lebih meyakinkan pada masa akan datang. Usah dirisaukan kehadiran penonton ke stadium yang merosot. Jaminannya, sekiranya mutu dan persembahan pemain bolasepak Malaysia sebaik apa yang mereka pamerkan ketika memenangi Pingat Emas Sukan SEA kali ini, pasti peminat akan kembali berduyun-duyun menenuhi stadium.

Wujud undang-undang sihir elak amalan menular

SHAH ALAM – Kerajaan diminta mewujudkan undang-undang sihir bagi mencegah amalan negatif itu terus menular dalam kalangan masyarakat seperti pasangan suami isteri dan penjenayah.

Perkara itu dinyatakan tokoh-tokoh agama dan pengamal undang-undang dalam satu majlis perbincangan ilmiah bertajuk ‘Bentuk-bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis’ anjuran Jabatan Mufti Selangor, semalam.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, kertas perbincangan termasuk cadangan mengenakan hukuman terhadap pengamal sihir itu akan dirujuk ke Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa dan seterusnya kepada Mesyuarat Muzakarah Faktwa Kebangsaan.

Continue reading

DPPWP serah memorandum tuntut penjelasan status tanah

KUALA LUMPUR, Sinar Harian – Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (DPPWP) semalam menyerahkan memorandum menuntut penjelasan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berhubung status tanah masjid di Sri Hartamas.

Memorandum itu diserahkan ketuanya, Kamaruzaman Mohamad bersama Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad dalam satu pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Anan C Mohd di pejabatnya di Bangunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Jalan Ipoh.

Continue reading

Tanah Masjid: Pemuda PAS serah memo, tunggu penjelasan MAIWP

KUALA LUMPUR, Harakahdaily 16 Dis: Dewan pemuda PAS (DPP) Wilayah hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menuntut penjelasan berhubung status tanah Masjid Sri Hartamas.

Ianya dibuat ekoran MAIWP masih lagi berdiam diri biarpun isu tersebut dilontar awal minggu lalu dan memohon penjelasan segera dari majlis agama tersebut yang bertanggungjawab secara langsung berhubung penukaran status tanah itu kepada kawasan komersil.

Continue reading

Ke SPRM pula jika MAIWP gagal jelas

mosque project seri hartamasOleh Salhan K Ahmad

Malaysiakini : Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan akan melaporkan isu pertukaran tapak masjid di Desa Sri Hartamas kepada kawasan komersil kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) gagal memberi penjelasan yang memuaskan.

Pagi ini DPP menyerahkan memorandum kepada MAIWP, menuntut penjelasan terhadap 12 perkara yang dibangkitkan berhubung isu tersebut.

Continue reading

Indian Settlement : Pemuda PAS Wilayah mahu Saravanan Letak jawatan!

Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan meletakan jawatan segera berikutan tindakannya mengugut penduduk di Kg. Indian Settlement, Pandan di Titiwangsa kerana mengambil tindakan mahkamah terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DPPWP mengutuk tindakan samseng beliau yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin bertaraf menteri. Malah tindakan beliau yang biadap itu mengecewakan penduduk Kampung berkenaan yang majoritinya sebangsa dengan beliau. Sewajarnya beliau membela nasib Kaum India dan lain-laian bangsa yang menghuni Kampung itu sejak sekian lama.

Continue reading