DPPWP Persoal Layanan Sekolah Terhadap ‘Wakil Rakyat Haram’

Kenyataan Media DPPWP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempersoalkan kewajaran tindakan Umno Bahagian Segambut dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut yang membuat kempen pendaftaran Puteri Umno kepada pelajar-pelajar sekolah.

Expo Pendidikan Jalinan Mesra 1 Malaysia yang dianjurkan sebenarnya hanyalah gimik pihak Sekolah dan Umno Bahagian untuk mengambil kesempatan ke atas pelajar-pelajar sekolah.

DPPWP kesal dengan kecurangan yang ditunjukan oleh pihak Sekolah yang bersekongkol dengan Umno untuk mempolitikan pelajar sekolah. DPPWP mengesa agar pengetua sekolah berkenaan diambil tindakan tatatertib di atas tindakan beliau membenarkan Umno mendaftarkan Pelajarnya sebagai anggota Puteri Umno.

Continue reading

Mansuh ISA, Bicarakan 10 Tahanan

Kenyataan Media DPPWP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengecam tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) terhadap 10 orang tahanan terbaru seperti yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein semalam.

DPPWP serta rakyat keseluruhannya tidak boleh menerima kaedah ISA diguna pakai bagi menghapuskan ancaman pengganas. DPPWP bersetuju tindakan diambil terhadap mana-mana suspek pengganas, tetapi bukan dengan cara menahan mereka tanpa bicara. Keganasan serta terrorisme tidak boleh diterima oleh mana-mana negara, bangsa atau agama sekalipun. Ia boleh memusnahkan negara di samping mengancam keselamatan awam.

Continue reading

DEDAHKAN IDENTITI PEMBAKAR GEREJA

Kenyataan Media DPPWP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Mohd Azmin Ali yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda UMNO.

DPPWP berharap kerajaan segera siasat dakwaan beliau kerana ia melibatkan isu besar negara. DPPWP percaya YB Sdr Azmin Ali tidak akan bercakap sekiranya tidak ada fakta serta bukti yang kukuh. Sekiranya kenyataan beliau benar maka tindakan keras termasuk menyiasat motif sebenar serta dalang-dalang sebalik tragedi membakar itu perlu dilakukan segera.

Continue reading

PAS Kutuk Insiden Kepala Babi

Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membaling kepala babi di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Perbuatan khianat ini jelas bertujuan untuk memprovokasi umat Islam untuk bertindakbalas. PAS berharap agar umat Islam dinegara ini dapat bertenang dan tidak terpengaruh dengan provokasi ini.

Sejak keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk ‘God’, jenayah membakar, menyerang dan cuba menimbulkan ketegangan kaum menjadi-jadi.

Continue reading

Hina Sultan: Polis Diminta Siasat Cybertrooper Umno dan beberapa Blogger lain

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengesa Polis membuat siasatan menyeluruh terhadap kes menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

DPPWP berharap bukan Aduka Taruna sahaja yang disiasat dan didakwa, sedangkan orang lain dilepaskan. Rakyat akan melihat Aduka Taruna sebagai kambing hitam dan Polis akan dianggap berat sebelah jika siasatan menyeluruh tidak dibuat.

Semalam, DPPWP juga menerima beberapa maklumat lain yang turut melibatkan beberapa blogger lain termasuk cybertrooper Umno yang turut menyebarkan berita palsu serta menghina Almarhum Sultan.

Continue reading

Minta Maaf Tidak Cukup, Aduka Taruna Perlu Disiasat Polis dan Jakim

Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) bersetuju dengan pandangan Pemuda PAS Johor agar Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Tulisan dalam blog adukantaruna.blogspot.com berkenaan Almarhum Sultan adalah biadap dan tidak menunjukan sikap sebagai orang yang berakhlak. Artikelnya yang bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la.“ jelas menyatakan;

“Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Padahal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesi stupid.”

Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina Ulama’-Ulama’ Mahzab dan juga Isteri Rasulullah saw, Aisyah. Dalam tulisan beliau bertajuk ”Wahabi Perlis”, beliau menulis;

“Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.”

Continue reading

RM1 Bilion untuk F1: Lebih baik guna bantu rakyat

http://mutaligat.blogspot.com/

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menegaskan kerajaan tidak mengeluarkan sebarang peruntukan dalam Bajet 2010 bagi membiayai projek Pasukan 1Malaysia F1 Team.

Menurutnya, perbelanjaan melaksanakan projek itu dibiayai syarikat swasta yang terlibat seperti Proton, Naza Group, Air Asia, Lotus Car dan lain-lain dalam pertimbangan komersial syarikat masing-masing.

Beliau mengulas kenyataan Pas yang membidas Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa membazirkan wang rakyat dengan memberi peruntukan ‘hangus’ RM1 bilion dalam Bajet 2010 untuk Formula 1.

Continue reading

PAS ucap takziah kepada Pondok Lubuk Tapah

KUALA LUMPUR, 22 Jan: PAS mengucapkan takziah kepada pengurusan Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas yang kehilangan tiga blok asrama pelajar lelakinya dalam kebakaran kira-kira jam 2 pagi, hari ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata pondok berkenaan merupakan pusat pengajian agama yang tertua di Kelantan yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahman Che Wan pada tahun 1931.

Continue reading

Presiden PAS nafi laporan ‘God bukan Allah’

Oleh Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.

Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita ‘God bukan Allah -Ikim’ seperti yang dilaporkan akhbar harian bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi ganti nama ‘God’ atau ‘Tuhan’ adalah tidak tepat.

Continue reading

SPR Cadang Undi Pos Tak Munasabah – Dr Hatta Ramli

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan mempertimbangkan untuk membenarkan para doktor, jururawat dan wartawan membuang undi secara pos dianggap tindakan tidak masuk akal dan tidak munasabah.

“Sepatutnya, kita mengurangkan undi pos bukan menambahkan lagi. Kerajaan yang ada sekarang, seolah-olah tidak rasional sebab buat perkara yang bukan-bukan kebelakangan ini,” kata Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli ketika dihubungi erapakatan.com.

Continue reading

Wakil rakyat BN ponteng lagi!

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Mungkinkah budaya ponteng dalam kalangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) adalah tabiat mereka atau pun wujudnya suatu bentuk protes berterusan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak secara halus?

Jika dalam tragedi 14 Disember tahun lalu menyaksikan sejumlah besar Ahli Parlimennya (MP) ponteng di Parlimen, situasi itu nampaknya gagal dijadikan iktibar oleh mereka. Sama ada kejadian itu disengajakan atau mereka buat-buat lupa, tidak pula diketahui.

Terbaru, tiga MP BN ponteng lagi dan kali ini melibatkan lawatan pemimpin luar negara yang gagal mereka sambut sehingga menyaksikan pemimpin dari Korea itu menyindir sikap berkenaan.

Continue reading

PAS anggap bakar surau kerja orang tak siuman

PAS menganggap mereka yang membakar Surau Silaturrahim dan Surau Kampung Parit Beting di Muar pagi semalam sebagai orang yang gila dan tidak siuman.

“Orang yang waras akan datang ke surau itu untuk beribadat. Jika bukan Islam, mereka tidak juga tidak akan bertindak sedemikian kecuali sudah hilang pertimbangan sebagai manusia yang normal,” kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.

Continue reading

Timbalan Pesuruhjaya PAS WP Parah Dilanggar Kereta

Gambar Kenangan : Ust. Ali (berbaju putih) bersama Yb Dr. Lo’lo menyambut Dato’ Seri Nizar ketika lawatan beliau ke Kg. Bharu tahun lepas.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Wilayah Persekutuan, Ust Mohd Ali Jamil kini berada di Wad 4G, Tingkat 4 Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Cheras pada hari Sabtu, 16 Januari lalu.

Dalam kejadian berkenaan beliau dilaporkan telah dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dari arah belakang dan menyebabkan beliau yang memandu motosikal berseorangan ketika itu terdorong kehadapan melanggar sebuah lagi kereta lain.

Continue reading

Jentera Pilihanraya PAS diminta bantu SPR Daftar 4.39 juta pengundi

Kenyataan Media

Islam Se-Malaysia (PAS) mengesa Jentera Pilihanraya PAS disemua peringkat Parlimen dan DUN untuk membantu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih. Jumlah yang dilaporkan oleh SPR semalam adalah baki 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum dapat mendaftar. Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi dinegara ini belum mendaftar.

Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh negara. Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau hampir dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihanraya 2008.

Continue reading

Jawi sasar Putrajaya sifar maksiat

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN
Gambar HAYAT SUEET

Sasaran sifar jenayah syariah bermatlamat memastkani dan merealisasikan Putrajaya sebagai Bandaraya Firdaus.

Utusan Malaysia : KATA orang mempertahankan apa yang dimiliki adalah lebih sukar berbanding memperolehinya. Namun, ia bukan menjadi halangan bagi Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) cawangan Putrajaya.

Jawi mahu merealisasikan hasrat mengekal dan memastikan Wilayah Persekutuan Putrajaya bukan sahaja indah dan cantik dari sudut fizikal tetapi juga molek daripada sudut akhlak para penghuni dan pengunjungnya.

Maklumlah, Putrajaya yang dikelilingi oleh flora dan fauna serta pelbagai infrastruktur untuk kemudahan para pengunjung turut tidak terlepas daripada perbuatan vandalisme dan juga perlanggaran Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Continue reading

JANGAN NAIKKAN BAYARAN BANTUAN MAKANAN ASRAMA

Kenyataan Media DPPWP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta kerajaan supaya tidak menaikkan bayaran Bantuan Makanan Asrama daripada RM1 kepada RM3 sehari bagi pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

DPPWP berpendapat, kadar yang sedia ada perlu dikekalkan bagi membantu rakyat Malaysia menikmati kemudahan pendidikan yang selesa. Ini kerana pendidikan adalah perkara penting yang perlu diberikan keutamaan. Ia adalah keperluan asas rakyat di setiap negara. Kerajaan seharusnya memberikan khidmat pendidikan secara percuma kepada setiap rakyat tanpa mengira batasan kaum dan latar belakang kehidupan.

Continue reading

Negara tak stabil, tapi PM, TPM sama-sama keluar negara

Oleh Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Ekoran politik Malaysia yang dilihat tidak stabil, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar petang tadi mempertikai tindakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar negara.

Bagi beliau, salah seorang pemimpin tersebut sewajarnya berada dalam negara kerana isu kalimah ‘Allah’ dan beberapa insiden pengeboman gereja masih gagal ditangani kerajaan.

Continue reading

”Blog Dengan Nama Islam Menghina Islam…”

Khabar dari Indonesia

Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu

Ada sebuah blog yang benar-benar tidak pantas untuk dibaca (berisi pelecehan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam).Bapak Ibu kaum muslimin wal muslimat yang di rahmati Alloh silahkan buka blog yang menghina ajaran Islam di :
Berita Muslim Sahih

atau:

http://beritamuslim.wordpress.com

Banyak artikel yang menghina ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW

Continue reading

PAS Wilayah mampu benamkan MIC di Kuala Lumpur!

Artikel bertajuk “Pas Dah Mula Masuk Jarum, MIC Tunggu Apa Lagi…” dibawah ini, ditujukan khas oleh penulisnya kepada MIC. Tetapi saya mahu ahli-ahli PAS melihatnya sebagai satu maklumat untuk persediaan mengekalkan kemenangan yang diraih pada PRU 2008. Pada saya, apa yang ditulis ini merupakan satu fakta yang memberikan tekanan kepada MIC, tetapi ia bukan advantage kepada kita kerana undi kaum india bersifat elastic dan bergantung pada variable dalam persekitaran.

Ianya tidak tetap dan bergantung sejauh mana kita merapati mereka serta isu-isu yang berkepentingan pada mereka. Usaha kita kena berterusan untuk membenamkan MIC di Wilayah Persekutuan khususnya. Ya! kita mahu MIC dibenamkan bersama ketuanya Samy Vellu dan juga orang kuatnya di Wilayah iaitu Saravanan. Orang inilah yang sering mengugut dan menghasut kaum India. Hakikatnya mereka hanya mengumpulkan harta kekayaan buat kroni mereka dan menindas kaum India lain yang tidak menyokong mereka. Tak percaya? sila turun ke Indian Settlement di Kg. Pandan untuk mendengar sendiri kezaliman MIC!

Ianya tidak tetap dan bergantung sejauh mana kita merapati mereka serta isu-isu yang berkepentingan pada mereka. Usaha kita kena bertrusan untuk membenamkan MIC di Wilayah Persekutuan khususnya. Ya! kita mahu MIC dibenamkan bersama ketuanya Samy Vellu dan juga orang kuatnya di Wilayah iaitu Saravanan. Orang inilah yangs ering mengugut dan menghasut kaum India. Hakikatnya mereka hanya mengumpulkan harta kekayaan buat kroni mereka dan menindas kaum India lain yang tidak menyokong mereka. Tak percaya? sila turut ke Indian Settlement di Kg. Pandan untuk mendengar sendiri kezaliman MIC! Continue reading