36,000 Rakyat Tanpa Pekerjaan

Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Datuk Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia hari ini mendedahkan terdapat sekitar 36,000 rakyat Malaysia atau 3.6 peratus daripada populasi umur bekerja antara Oktober 2008 dan Disember tahun lepas tidak bekerja. Ini bermakna, seramai 36,000 rakyat ini jugalah yang hidup dalam kesempitan akibat tidak bekerja.

Bagaimana nasib rakyat yang seramai ini apabila menerima kenaikan harga barang keperluan, tarif eletrik dan air serta harga petrol tidak lama lagi? Suhah tentu mereka merasa terbeban. Dalam keadaan sumber pendapatan yang tiada, mereka terpaksa pula menanggung kenaikan harga barang dan kos sara hidup. Bagaimana pula segelintir yang hidup di  ibu Kota seperti Kuala Lumpur ini? Justeru wajarkah kerajaan sewenang-wenangnya menaikkan harga barang tanpa memperdulikan nasib rakyat yang tidak bekerja, serta tidak memberikan apa-apa mekanisme bagi memenuhi keperluan rakyat yang menganggur.

Bayangkan dengan keperluan sara hidup seperti tol, sewa rumah, petrol, telefon, kenderaan, rumah ditambah dengan yuran pendidikan anak-anak. Bagi yang berpendapatan kurang dari RM 3,000 hidup di ibu kota seperti Kuala Lumpur boleh dianggap berada di bawah paras kemiskinan. Kalau begitu bagaimana nasib mereka yang tidak bekerja? Sudah tentu hidup mereka lebih merana. Kerajaan perlu lakukan sesuatu, kerana rakyat yang terhimpit dengan kesusahan pasti akan mencari jalan melepaskan diri dari kesusahan mereka. Janganlah hendaknya jenayah dan gejala sosial yang menngkat ini disebabkan oleh ramainya rakyat yang tidak bekerja…

Kejamnya Manusia…

KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.

Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.
Continue reading

Apa Nak Jadi Manusia Akhir Zaman Ni…?

JOHOR BAHRU: Bimbang rahsia asmaranya bersama dua lelaki terbongkar, seorang wanita tergamak membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya dengan melemaskannya ke dalam pam tandas sebuah sekolah memandu di Segamat.
Malah, demi memastikan perbuatan terkutuknya itu terus menjadi rahsia, wanita berusia 21 tahun itu kemudiannya menyumbat mayat bayi malang itu ke dalam tangki sama sehingga menyebabkan kepala tubuh kecil itu remuk dan pecah.

Namun, rahsia yang cuba disembunyikan itu tidak bertahan lama apabila rungutan orang ramai berhubung bau busuk dari tandas membawa kepada penemuan mayat bayi yang mula membengkak dan reput sejak lima hari lalu itu.

Menurut sumber polis, ketika ditemui, kepala bayi yang baru dilahirkan itu hampir hancur akibat perbuatan tangan ibu sendiri yang menekannya dengan kuat bagi membolehkannya merahsiakan kelahiran hasil perbuatan terkutuknya ke dalam tangki pam tandas itu.

Continue reading

SYABAS KERAJAAN SELANGOR KERANA ENGGAN MENAIKKAN TARIF AIR DI SELANGOR

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana sanggup berhadapan dengan tindakan mahkamah hanya kerana enggan menaikkan tarif air di Selangor. Dalam kenyataan hari ini melaporkan kerajaan Selangor enggan menaikkan tarif air di Selangor dan Syabas menuntut pembayaran RM 339 juta dalam tempoh 14 hari sebagai pampasan.

Bagi DPPWP, Kerajaan Selangor bertindak secara ‘gentlemen’ dengan mengutamakan kepentingan rakyat melebihi kepentingan diri atau kepentingan beberapa kerat syarikat tertentu. Meskipun kerajaan Selangor baru berusia dua tahun, namun ketelusan dan kebajikan rakyat tetap diutamakan sepertimana yang dilaungkan sebelum memenangi pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.

DPPWP menganggap rakyat Selangor sangat bertuah kerana mendapat kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Sejak kemenangan Pakatan Rakyat di negeri Selangor, tarif air diberikan percuma sebanyak 20 gelen air sebulan kepada rakyat, sesuatu yang tidak pernah diberikan sebelum ini oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan Persekutuan. Dengan keadaan ini, sudah pasti rakyat di negeri lain terutamanya di Wilayah Persekutuan cemburu dengan keprihatinan kerajaan Selangor mempertahankan rakyat.

Sejak akhir-akhir ini pula kenaikan harga barang dan kos sara hidup hampir tidak boleh ditolak. Dengan ura-ura kenaikan tarif eletrik, harga petrol dan diesel, barang keperluan isi rumah dan lain-lain lagi, Selangor pula mengambil langkah melawan arus. Belum pernah terjadi sebuah kerajaan yang sanggup di saman hanya kerana enggan untuk melayan syarikat yang ingin menaikkan tarif air, dan kerajaan Selangor membuktikannya!

Continue reading

PERUTUSAN SEMPENA HARI MAULIDUR RASUL SAW TAHUN 1431

“AMALKAN SUNNAH SEPANJANG HIDUP”

Alhamdulillah, kita menyambut perayaan sambutan Maulidur Rasul SAW pada hari ini dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Telah 1431 Nabi Muhammad SAW, utusan Allah SWT serta Nabi yang terakhir pergi meninggalkan kita namun nostalgia kehidupan baginda tidak mungkin dapat kita lupakan untuk kita abadikan dan kenang sepanjang zaman.

Nabi Muhammad SAW adalah insan agung yang paling dimuliakan oleh Allah SWT. Pada diri baginda dalam keseluruhan segi mempunyai suatu contoh yang boleh menjadi contoh dan ikutan manusia seluruhnya. Nabi Muhammad SAW wajar menjadi idola umat Islam khususnya golongan muda. Tindakan, pemikiran, pertuturan, sifat dan keperibadian baginda wajar diceritakan sebagai contoh kepada generasi muda pada hari ini.

Namun demikian, sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita tidak seharusnya sekadar berarak dan berselawat sebagai suatu amalan dan adat tahunan semata-mata. Perlu diingat, Abu Lahab bapa saudara Nabi Muhammad SAW turut meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Akibatnya, siksaannya diringankan, tetapi beliau tetap menentang Islam. Kita tidak mahu menjadi umat Islam yang sibuk mengadakan sambutan hari Maulid, tetapi dalam masa yang sama sunnah dan syariat yang diajar baginda kita tentang habis-habisan. Sambutan maulid adalah suatu syiar yang elok, tetapi jauh lebih besar dari itu adalah syariat Islam yang perlu kita amalkan.

Continue reading

Perutusan sempena Maulidur Rasul SAW oleh Presiden PAS..

Tegak sunah Rasulullah s.a.w. sepanjang hayat – Presiden PAS

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Continue reading

Bersedialah dengan kenaikan lagi..

Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz
Harga ikan dijangka melambung mulai 1 Mac ini! Betapapun alasannya, lihatlah kesannya nanti kepada rakyat biasa yang menjadi rutin hidup harian, mingguan atau bulanannya untuk memakan ikan. Peniaga tidak akan ada pilihan melainkan untuk menaikkan harga ikan bagi menampung kos perniagaan mereka.
Sudah pasti yang bakal menjadi mangsa adalah rakyat biasa, yang jumlahnya berjuta ini. Tepatlah slogan 1Malaysia : Rakyat Di dahulukan itu. Rakyat akan didahulukan dengan kesengsaraan dan merana dengan pelbagai bebanan kos hidup.
Teringat pula saya akan beberapa kerat individu terkaya di Malaysia yang jumlah sekitar 40 orang. Aset mereka merupakan 60% daripada hasil kekayaan negara. Sudah pasti, berapa banyak pun  harga barang yang naik, tidak akan menjejaskan hidup mereka. Sebaliknya rakyat marhein lah yang akan menderita.Kalaulah kekayaan mereka mampu dicurahkan buat menyekat kenaikan harga ikan, sudah pasti rakyat sedikit sebanyak tidak terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat ini.
Malangnya siapa yang peduli. Apa nak buat, sudah menjadi rakyat marhein di Malaysia…

Bahtera BN hampir benar karam..

Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Bahtera BN sudah sampai ke penghujung jalan, dan sudah tidak keruan. Layarnya sudah putus di terbangkan angin, manakala lantainya sudah banyak yang pecah-pecah. Erti kata lain, ia sudah hampir benar tenggelam.

Kelmarin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah berkata beliau akan meninggalkan Parti Progresif Penduduk (PPP) jika Mahkamah Tinggi mengesahkan beliau bukan presiden parti itu yang sah.

Mahkamah dijangka mendengar pada 1 Mac ini permohonan Murugiah supaya pengisytiharan Tribunal Timbang Tara Malaysia (Mate) bahawa beliau adalah presiden PPP yang sah dikuatkuasakan.

Continue reading

Cabaran buat lelaki, khususnya anak muda..

Oleh : Mohamad Suhaimi Abdul Aziz

Isu kesamaan gender dalam perkhidmatan awam menjadi perhatian umum. Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs),  Ahmad Shah Mohd. Zin mendedahkan demikian baru-baru ini.

Akibatnya ia menjadi suatu polemik besar negara. Contohnya kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita. Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, nisbah antara guru lelaki dan wanita adalah 30:70.

CEUPACS telah mendedahkan fakta dan angka yang boleh diyakini. Soalnya, mengapakah kaum hawa kini mendominasi sektor perkhidmatan awam? Dimanakah kedudukan kaum Adam kala ini? Adakah benar sudah sampai pada sabdaan Nabi SAW bahawa umat akhir zaman ramainya wanita dan sedikitnya lelaki sehinggakan dinisbahkan 1: 50?

Continue reading

Politik Nasional

Husam: Royalti berhak diterima Kelantan RM2 bilion, bukan RM20 juta

KOTA BARU, Feb 23 — Kelantan membetulkan kenyataan penjelasan dibuat kerajaan pusat kelmarin bahawa tunggakan royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri itu adalah sebanyak RM2 bilion, bukannya RM20 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri, Datuk Husam Musa berkata, bayaran semasa yang sepatutnya diterima kerajaan negeri itu adalah RM600 juta iaitu mengikut hasil pengeluaran 2008.

“Royalti sebanyak RM20 juta hanya diperoleh dari telaga Bumi Selatan yang dikeluarkan sejak 2008.

“Yang kita tuntut tunggakan sahaja tidak kurang daripada RM2 bilion dan bayaran semasa tidak kurang RM600 juta.

“Kita berharap kerajaan Malaysia (kerajaan pusat) dapat memperbetulkan semula pendirian mereka secepat mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Continue reading

Pemuda Umno biadap koyak surat jemputan debat

Oleh Rusli Islam

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

“Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?” soal beliau ketika dihubungi tadi.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.

“Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.

“Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau ‘figure’ sekiranya mereka benar,” ujarnya.

Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.

“Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.

Ku Li: Iklan isu royalti kelirukan, cetus implikasi baru

Oleh : Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan pusat menerusi akhbar-akhbar Bahasa Malaysia semalam menimbulkan lebih banyak implikasi negatif dan kekeliruan berbanding penjelasan, kata Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) hari ini.

Justeru tegas beliau, iklan satu halaman itu sekali gus menunjukkan tiada negeri yang mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran tunai ataupun royalti termasuk Sabah dan Sarawak.

Kata beliau, iklan muka penuh yang diambil oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhujah Kelantan juga tiada hak kepada bayaran minyak di bawah Akta Kemajuan Petroleum kerana sumber minyak yang menjadi persoalan terletak di kawasan tiga batu nautika, yang menafikan hak kesemua negeri.

Continue reading

Golongan muda tidak minat BN: Dr Hasan

GOMBAK – Barisan Nasional (BN) dilihat kurang menambat hati golongan muda berbanding Pakatan Rakyat (PR) lebih-lebih lagi beberapa isu yang timbul.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, setelah lebih 50 tahun BN memerintah, namun golongan muda belum sedia menyokongnya sehingga parti itu hendak menarik golongan terbabit dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak-pihak yang mewakili kerajaan mahupun swasta dalam mendapatkan sokongan.

Menurut Dr Hasan, isu yang dimainkan sehingga sekarang menjadi salah satu penyebab BN kurang mendapat sokongan dalam kalangan golongan muda terutama pelajar IPT sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga sukar untuk menangani isu yang dibangkitkan.

“Golongan muda hari ini lebih berminat dengan laman sosial Facebook, namun kita dapati artis lebih mendapat pendaftar tertinggi di laman berkenaan berbanding Najib sebelum ini.

Continue reading

PAS Wilayah sedia dedah tembelang Umno

Oleh Rusli Islam

KUALA LUMPUR, 21 Feb: PAS Wilayah Persekutuan bersedia mendedahkan tembelang sebenar Umno di sebalik lakonan mereka sebagai Juara Rakyat .

Pesuruhjayanya, Mohamad Nor Mohamad berkata, ahli mestilah bekerja keras bergerak di dalam masyarakat bagi mendedahkan tembelang Umno itu.

“Isu akan menjadi perkara keburukan sekiranya perkara sebenar tidak sampai kepada masyarakat.

Continue reading

PAS sokong Mustapa adalah penderhaka

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Feb: PAS menyokong dakwaan rakyat Kelantan bahawa Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah pendehaka kerana enggan menyokong perjuangan rakyat menuntut royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan yang bernilai RM1 bilion.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Mustapa sepatutnya malu kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang begitu nekad menyokong perjuangan rakyat Kelantan walaupun tahu akibat perbuatan itu boleh menyebabkannya dipecat dari Umno.

“Tengku Razaleigh tahu untuk membezakan yang mana satu hak rakyat dan yang mana satu hak Kerajaan Persekutuan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Continue reading

Agenda pembangunan Kampung Baru masih kabur

Oleh Rusli Islam

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Walaupun telah dijanjikan oleh beberapa Perdana Menteri dan Menteri Wilayah Persekutuan yang silih berganti semenjak tahun 1990, agenda pembangunan Kampung Baru masih dilihat kabur.

“Semacam tidak ada satu kesungguhan dari pihak kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru ini. Semenjak dari zaman Dr Mahathir (1990) hinggalah sekarang diperkatakan tentang pembangunan Kampung Baru tapi tidak ada satu tindakan kerajaan yang menunjukkan usaha tersebut.

“Masalahnya apabila Perdana Menteri bertukar, pergi lawat Kampung Baru dan berjanji. Apabila menteri (Wilayah) tukar pergi lawat Kampung Baru (dan berjanji),” kata Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad.

Beliau berkata, ketika Umno menjadi wakil rakyat di Titiwangsa, pelbagai program termasuk perbincangan berkaitan pembangunan Kampung Baru selalu melibatkan Ahli Parlimen Umno tersebut.

“Anehnya ketika Pakatan Rakyat menang, tidak ada peranan yang diberikan kepada ahli parlimen kita (Dr. Lo’ Lo’’),” ujar beliau.

Continue reading

Kg. Baru : Pemuda PAS Tuntut Nong Chik Minta Maaf, Tolak Akta Pengambilan Digunakan

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan ugutan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mahu mengunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi memaksa penduduk Kampung Baru dan beberapa kampung lain sekitar Kuala Lumpur menyerahkan tanah mereka.

Seluruh negara mengetahui bahawa tanah Kampung Baru adalah Tanah Rizab Melayu dan Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya memaksa penduduk untuk menjual tanah mereka apalagi mengambilnya secara paksa mengunakan peruntukkan undang-undang.

Kenyataan Nong Chik dalam rancangan Bual Bicara di TV3 baru-baru ini memperjelaskan lagi sikap tidak demokratik dan zalimnya pemimpin Umno terhadap rakyat dan orang Melayu khususnya. Sebelum itu, Najib telah turun di Kampung Baru dan menjanjikan pembangunan di Kampung itu, sama seperti janji-janji manis yang ditabur oleh Mahathir dan Pak Lah Badawi. Continue reading

Nong Chik ‘tekan’ penduduk Kg Baru melalui perundangan?

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin seolah-olah mengguna tekanan berbentuk undang-undang ke atas penduduk Kampung Baru agar berpindah segera demi pembangunan di kawasan tersebut.

“Semua penduduk Kampung Baru perlu bersetuju dengan pembangunan semula kawasan itu bagi membolehkan kerajaan melaksanakan cadangan itu secepat mungkin,” kata beliau dalam rancangan bualbicara Soal Jawab di TV3 baru-baru ini.

Tambah Raja Nong Chik, berdasarkan peruntukan undang-undang, bagi melaksanakan sesuatu projek pembangunan secara komprehensif di sesuatu tempat, kerajaan perlu mendapatkan persetujuan semua penduduk kawasan berkenaan.

“Tapi kalau ada yang masih menahan, kita terpaksa cari kaedah undang-undang dan sebagainya,” katanya lagi. Continue reading

Kg. Baru : Pelihara aset orang Melayu – Dr Lo’Lo’

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo’ Mohamad Ghazali berkata, beliau menyokong sepenuhnya sekiranya pembangunan Kampung Baru yang tergantung sekian lama disegerakan.

Menurutnya, sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang sudah bertukar ganti turut membuat janji sama kepada penduduk.

“Apa yang dibimbangkan, sekiranya pembangunan dilaksanakan, hak orang Melayu di kawasan Kampung Baru akan terpinggir kerana tiada mekanisme jelas untuk memastikan pemilik aset di kawasan ini iaitu orang Melayu akan mendapat hak mereka.

“Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya mewujudkan satu dana berciri pinjaman mudah dan sebuah konsortium atau perbadanan bagi memastikan pemilik asal tanah di kawasan Kampung Baru kekal memiliki aset mereka sedia ada,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dr Lo’ Lo’ berkata, penduduk Kampung Baru enggan kehilangan hak mereka dan tidak menyokong pembangunan yang tidak memberikan manfaat secara terus kepada mereka. Continue reading

Pemuda PAS bantah sambutan hari kekasih menara KL

Oleh Rusly Yasmin

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru umat Islam supaya tidak terlibat di dalam mana-mana sambutan sempena hari kekasih atau Valentine’s Day pada 14 Februari ini.

Ketuanya, Kamaruzzaman Mohamad berkata, remaja negara ini perlu akur dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan meraikan sambutan Valentine bukan dari ajaran Islam.

Continue reading

TUAN IBRAHIM TUAN MAN: Bilamana Umno tidak menyerang PAS

“kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.”-Tuan Ibrahim

Oleh Dato’ Tuan Ibrahim b. Tuan Man
Naib Presiden dan Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS

Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.

Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bilamana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.

Continue reading

PERUTUSAN KHAS PESURUJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN SEMPENA HARI WILAYAH PERSEKUTUAN

Bagi pihak PAS Wilayah Persekutuan dan Labuan (PAS Wilayah Persekutuan), saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari 2010 kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan dan Labuan. Sesungguhnya, di bumi Wilayah Persekutuan inilah kita bersama-sama menuai jasa bakti bagi membangunkan sebuah negeri yang menjadi mercu tanda kemegahan rakyat Malaysia.

Umum mengetahui bahawa Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah ibu negara Malaysia. Sebagai ibu negara di sebuah negara maju, ia menjadi tumpuan baik rakyat Malaysia sendiri mahupun pelancong dari luar. Wilayah Persekutuan adalah model kepesatan kemajuan negara lambang kemodenan Malaysia.

Continue reading