36,000 Rakyat Tanpa Pekerjaan

Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Datuk Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia hari ini mendedahkan terdapat sekitar 36,000 rakyat Malaysia atau 3.6 peratus daripada populasi umur bekerja antara Oktober 2008 dan Disember tahun lepas tidak bekerja. Ini bermakna, seramai 36,000 rakyat ini jugalah yang hidup dalam kesempitan akibat tidak bekerja.

Bagaimana nasib rakyat yang seramai ini apabila menerima kenaikan harga barang keperluan, tarif eletrik dan air serta harga petrol tidak lama lagi? Suhah tentu mereka merasa terbeban. Dalam keadaan sumber pendapatan yang tiada, mereka terpaksa pula menanggung kenaikan harga barang dan kos sara hidup. Bagaimana pula segelintir yang hidup di  ibu Kota seperti Kuala Lumpur ini? Justeru wajarkah kerajaan sewenang-wenangnya menaikkan harga barang tanpa memperdulikan nasib rakyat yang tidak bekerja, serta tidak memberikan apa-apa mekanisme bagi memenuhi keperluan rakyat yang menganggur.

Bayangkan dengan keperluan sara hidup seperti tol, sewa rumah, petrol, telefon, kenderaan, rumah ditambah dengan yuran pendidikan anak-anak. Bagi yang berpendapatan kurang dari RM 3,000 hidup di ibu kota seperti Kuala Lumpur boleh dianggap berada di bawah paras kemiskinan. Kalau begitu bagaimana nasib mereka yang tidak bekerja? Sudah tentu hidup mereka lebih merana. Kerajaan perlu lakukan sesuatu, kerana rakyat yang terhimpit dengan kesusahan pasti akan mencari jalan melepaskan diri dari kesusahan mereka. Janganlah hendaknya jenayah dan gejala sosial yang menngkat ini disebabkan oleh ramainya rakyat yang tidak bekerja…

Kejamnya Manusia…

KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.

Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.
Continue reading

Apa Nak Jadi Manusia Akhir Zaman Ni…?

JOHOR BAHRU: Bimbang rahsia asmaranya bersama dua lelaki terbongkar, seorang wanita tergamak membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya dengan melemaskannya ke dalam pam tandas sebuah sekolah memandu di Segamat.
Malah, demi memastikan perbuatan terkutuknya itu terus menjadi rahsia, wanita berusia 21 tahun itu kemudiannya menyumbat mayat bayi malang itu ke dalam tangki sama sehingga menyebabkan kepala tubuh kecil itu remuk dan pecah.

Namun, rahsia yang cuba disembunyikan itu tidak bertahan lama apabila rungutan orang ramai berhubung bau busuk dari tandas membawa kepada penemuan mayat bayi yang mula membengkak dan reput sejak lima hari lalu itu.

Menurut sumber polis, ketika ditemui, kepala bayi yang baru dilahirkan itu hampir hancur akibat perbuatan tangan ibu sendiri yang menekannya dengan kuat bagi membolehkannya merahsiakan kelahiran hasil perbuatan terkutuknya ke dalam tangki pam tandas itu.

Continue reading

SYABAS KERAJAAN SELANGOR KERANA ENGGAN MENAIKKAN TARIF AIR DI SELANGOR

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana sanggup berhadapan dengan tindakan mahkamah hanya kerana enggan menaikkan tarif air di Selangor. Dalam kenyataan hari ini melaporkan kerajaan Selangor enggan menaikkan tarif air di Selangor dan Syabas menuntut pembayaran RM 339 juta dalam tempoh 14 hari sebagai pampasan.

Bagi DPPWP, Kerajaan Selangor bertindak secara ‘gentlemen’ dengan mengutamakan kepentingan rakyat melebihi kepentingan diri atau kepentingan beberapa kerat syarikat tertentu. Meskipun kerajaan Selangor baru berusia dua tahun, namun ketelusan dan kebajikan rakyat tetap diutamakan sepertimana yang dilaungkan sebelum memenangi pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.

DPPWP menganggap rakyat Selangor sangat bertuah kerana mendapat kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Sejak kemenangan Pakatan Rakyat di negeri Selangor, tarif air diberikan percuma sebanyak 20 gelen air sebulan kepada rakyat, sesuatu yang tidak pernah diberikan sebelum ini oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan Persekutuan. Dengan keadaan ini, sudah pasti rakyat di negeri lain terutamanya di Wilayah Persekutuan cemburu dengan keprihatinan kerajaan Selangor mempertahankan rakyat.

Sejak akhir-akhir ini pula kenaikan harga barang dan kos sara hidup hampir tidak boleh ditolak. Dengan ura-ura kenaikan tarif eletrik, harga petrol dan diesel, barang keperluan isi rumah dan lain-lain lagi, Selangor pula mengambil langkah melawan arus. Belum pernah terjadi sebuah kerajaan yang sanggup di saman hanya kerana enggan untuk melayan syarikat yang ingin menaikkan tarif air, dan kerajaan Selangor membuktikannya!

Continue reading