MALAYSIA NEGARA ISLAM TETAPI ANTARA RAKYATNYA ANTARA 10 TERTINGGI MENGAMBIL ARAK DI DUNIA

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

MALAYSIA NEGARA ISLAM TETAPI ANTARA RAKYATNYA ANTARA 10 TERTINGGI MENGAMBIL ARAK DI DUNIA


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud yang mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi di dunia dalam pengambilan arak di dunia. Dalam kenyataannya di Parlimen semalam, Dr Mariah juga mendedahkan bahawa rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras. Penjualan arak berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun. DPPWP juga merasa terkejut dengan pendedahan beliau bahawa terdapat peningkatan kadar pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Di Malaysia, arak boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain. Di pasaraya, restoran, hotel, kedai runcit mahupun di kedai serbaneka seperti di 7 Eleven arak dijual tanpa kawalan ketat. DPPWP juga merasa kesal kerana arak dengan mudah mendapat tempat untuk tajaan dan iklan di mana-mana akhbar media arus perdana mahupun di televisyen. Kerajaan pula dengan sengaja memberikan lesen kepada pengusaha kelab-kelab malam dan pusat hiburan untuk beroperasi tanpa kawalan yang sewajarnya. Kelab-kelab malam inilah juga penyumbang kepada berleluasanya minuman arak sehingga menyumbang kepada gejala sosial yang lebih parah.

Continue reading

PAS Mengekalkan TG Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am, Dato’ Dr Haron Din sebagai Timbalan Mursyidul Am

Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Alhamdulillah, Majlis Syura PAS Pusat telah mengadakan mesyuarat pada hari ini (Isnin, 29 Mac 2010). Seperti yang dipersetujui, Majlis Syura mengekalkan  tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS manakala Dato’ Dr Haron Din sebagai timbalannya. Perlantikan mereka adalah bagi sesi 2010-2015.

Turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Majlis Syura PAS Pusat yang diterajui oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Semoga PAS mendapat keberkatan dari Allah SWT di bawah lembayung kepimpinan ulama’.

HIMPUNAN AMAN CINTAI RASULULLAH SAW DAN BANTAHAN PEMBINAAN KUIL YAHUDI DI BAITULMUQADDIS

26 Mac 2010 (Jumaat)
Masa : 01.15 pm – solat Jumaat di Masjid Tabung Haji. 02.00 pm – berkumpul dan berarak ke Kedutaan Sweden.

Dewan Pemuda PAS Pusat membantah sekeras – kerasnya tindakan akhbar di Sweden yang telah menghina Nabi Muhammad SAW. Sebelum ini beberapa karikatur Rasulullah telah dikeluarkan oleh Akhbar di Denmark dan kini pula di akhbar Sweden. Penghinaan seperti ini tidak boleh dipandang ringan oleh ummat Islam bahkan juga non muslim, justeru ia satu pencabulan terhadap kesucian agama.

Pemuda PAS juga memandang serius isu yang sedang berlaku di Baitulmuqaddis pada ketika ini. Berikutan pembinaan Kuil Al-Kharab di sebelah Barat Masjid Al-Aqsa yang mencemarkan kehormatan kota suci Ummat Islam. Pihak penjajah Zionis juga mengumumkan pembukaan kuil tersebut sebagai langkah permulaan untuk membina Kuil Haikal Sulaiman di atas tapak Masjid al-Aqsa yang akan diruntuhkan kelak.

Continue reading

TEGURAN UNTUK AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT.

Oleh Ust. Nasrudin Hassan Al Tantawi
Ketua Pemuda PAS Pusat

Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru semua Ahli Dewan Rakyat agar dapat memulihkan semula ruh dan peranan dewan yang mulia itu selaras dengan harapan dan teguran Yang DiPertuan Agong dalam titah baginda ketika perasmian penggal 15hb Mac yang lalu.

Pemuda PAS berpendapat isu-isu yang melibatkan serangan peribadi, kata-kata yang unparliamentarian, dan isu dalaman parti tidak harus diutarakan dalam dewan. Ini akan mengurangkan keberkesanan fungsi persidangan dewan. Pada sidang mesyuarat ini, hanya kira-kira 20 hari sahaja masa bersidang dan sewajarnya masa yang singkat itu dimanfaatkan untuk mengutamakan perbincangan mengenai isu-isu dasar, polisi dan perkara-perkara yang mustahak dan melibatkan kepentingan rakyat. Tambahan pula, dewan tidak bersidang dalam tempoh yang agak panjang sebelum itu.

Continue reading

Penangguhan GST: Kerajaan Akhirnya Akur Dengan Bantahan Rakyat

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

“PENANGGUHAN GST: KERAJAAN AKHIRNYA AKUR DENGAN BANTAHAN RAKYAT”

(16 Mac 2010)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menganggap penangguhan bacaan kali kedua rang undang-undang cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Parlimen merupakan satu kejayaan terhadap Pakatan Rakyat (PR) dan juga rakyat yang tidak henti-henti membantah pelaksaannya.

Penangguhan bacaan kali kedua GST di Parlimen menunjukkan bahawa kerajaan kini mengakui kesan pelaksanaan GST ke atas rakyat. Umum mengetahui dengan pelaksanaan GST ini harga barang-barang akan meningkat termasuk barang-barang keperluan. Dengan pelaksanaan GST ini juga pastinya akan menekan rakyat akibat kenaikan harga barang khususnya golongan berpendapatan rendah. Mungkin kerajaan baru sedar sekiranya mereka meneruskan dasar ekonomi ini sudah tentu rakyat akan menolaknya dalam pilihanraya umum akan datang.

Continue reading

PEMUDA PAS CUBA TANGANI MASALAH ANAK MUDA

AMPANG, 15 Mac: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, Pemuda PAS akan berusaha sehingga dapat menjiwai anak-anak muda dan cuba menangani masalah yang mereka hadapi mengikut kemampuan yang ada.

“Ukhuwah dan persahabatan antara pemuda PAS dan anak-anak muda di luar PAS mesti dihidupkan agar kita dapat tolong-menolong ke arah kebaikan” katanya ketika merasmikan kempen ‘Orang Muda Geng Kita’ peringkat Wilayah Persekutuan dan pertandingan bowling Piala Ketua Pemuda, petang semalam.

Menurut beliau, peranan PAS bukan hanya sekadar berpolitik atau bercakap tentang tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan.

Continue reading

Tambah Peruntukan Khusus Untuk Elak Pelajar Ikat Perut

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

“TAMBAH PERUNTUKAN KHUSUS UNTUK ELAK PELAJAR IKAT PERUT”

(13 MEI 2010)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan memandang serius maklumat yang didedahkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berhubung ada pelajar yang terpaksa mengikat perut berikutan kekurangan wang untuk berbelanja.

DPPWP percaya keadaan ini berlaku kerana keadaan dan situasi semasa yang melanda. Dengan kenaikan harga barang-barang keperluan serta kos sara hidup yang tinggi sudah tentu golongan pelajar menjadi mangsa. Pelbagai tanggungan dan bebanan yang dihadapai termasuk kos akademik yang terpaksa dibiayai oleh pelajar memaksa mereka mengikat perut. Daripada maklumat juga mendapati ramai pelajar yang sanggup bekerja sambilan dan ada yang tidak pulang ke kampung semasa cuti semester semata-mata mahu menampung kos pembelajaran mereka.

Continue reading

PAS Kutuk Penahanan Mazlan, Felda Talian Hayat Umno

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk penahanan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Penahanan beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub petang semalam merupakan penahanan politik.


PAS melihat bahawa beliau menjadi mangsa atas daya usahanya yang memimpin peneroka Felda dalam Persatuan Anak yang berjuang untuk mempertahankan hak para peneroka. Penahan ini juga dilihat sebagai usaha untuk menakut-nakutkan para peneroka lain agar tidak memberikan kerjasama atau menyertai Anak ini.

Felda-Talian Hayat Umno

Felda sebenarnya menjadi ‘anak emas’ Presiden Umno yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan mempunyai  lebih dari 113,000 orang peneroka (Tidak termasuk keluarga mereka), Felda merupakan talian hayat terakhir bagi Umno dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada Pilihanraya lalu.

PAS KESAL DENGAN TINDAKAN AGRESIF POLIS

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan tindakan agresif dan biadap pihak polis yang menggempur Majlis Sambutan Ulangtahun Pakatan Rakyat WP yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru pada hari Ahad 7 Mac 2010 lalu. Tindakan phak polis yang hadir bersama  ratusan anggota FRU dan dua trak meriam air bukan sahaja memberi mesej yang sangat negatif terhadap amalan demokrasi di negara ini, malah ia mencabul  hak-hak asasi rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti  yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Alasan yang diberikan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Abdul Aziz Zakaria bahawa pihak penganjur tidak mendapat permit adalah alasan lapuk yang sangat dangkal dan tidak berasas sama sekali. Ini kerana majlis sambutan tersebut diadakan di dalam premis persendirian milik Kerajaan Negeri Selangor dan bukannya dibuat di tempat awam yang terbuka. Mahkamah Tinggi Kuantan dalam satu kes yang melibatkan pimpinan PAS baru-baru ini telah memutuskan bahawa sebarang program yang dibuat di dalam premis persendirian tidak memerlukan penganjur mendapatkan permit polis. Apatah lagi program sambutan yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Ahad lalu adalah satu perhimpunan secara aman yang dimulakan dengan majlis jamuan rakyat dan diikuti dengan ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Tidak ada langsung unsur-unsur kekacauan dan trafik berjalan dengan sangat lancar sehinggalah kehadiran pihak polis dan FRU yang bertindak ganas dan biadap dengan membelasah beberapa orang penyokong Pakatan Rakyat sehingga mengalami kecederaan yang teruk.

Continue reading

“MENINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN DI LOKASI PANAS”

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

“MENINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN DI LOKASI PANAS”

(10 MAC 2010)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik usaha Polis Kuala Lumpur untuk menambah 47 balai polis berbanding 18 sedia ada dalam usaha mempertingkatkan usaha memerangi jenayah di lokasi-lokasi panas.

Bagi DPPWP, usaha Polis Kuala Lumpur sangat baik bagi membanteras jenayah khususnya di lokasi-lokasi panas sekitar Kuala Lumpur ini. Umum mengetahui jenayah di negara ini semakin meningkat khususnya di bandar seperti Kuala Lumpur. Menambahkan balai polis adalah suatu keperluan memandangkan banyak tempat khususnya di lokasi panas kekurangan balai polis dan ini menyukarkan orang awam untuk membuat aduan. Dengan adanya balai polis juga diharapkan dapat menggerunkan penjenayah-penjenayah yang berleluasa.

Balai polis yang diwujudkan ini pula perlu dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai pusat perlindungan dari sebarang bentuk ancaman dan bahaya. Diharapkan balai polis di Kuala Lumpur adalah tempat paling selamat untuk rakyat bernaung. Dengan kelengkapan yang mencukupi, anggota yang ramai disamping kemudahan asas yang lengkap, tidak ada sebab untuk balai polis tidak boleh menjadi ‘one stop center’ dalam menjalankan kerja-kerja keselamatan.

Continue reading

Pemuda PAS kesal, pengurus kondominium kaut untung tetapi abaikan keselamatan penduduk

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana terdapat syarikat yang menguruskan kondominium di sekitar Kuala Lumpur cuai dalam memastikan keselamatan kediaman penghuni-penghuniny a.

Semalam DPPWP menerima maklumat bahawa kediaman wartawan Harakah, Hazayani Zakaria telah dimasuki pencuri dan kerugian lebih dari RM 10,000 selepas beberapa barang berharga dicuri. Beliau yang tinggal di Kondominium Teratai Mewah, Setapak bersama 4 lagi orang rakannya menjadi mangsa akibat kegagalan sistem keselamatan disitu.

Walaupun kawasan kondominium berkenaan dipagari dengan tembok yang tinggi dan terdapat pengawal keselamatan yang berkawal 24 jam, namun kejadian yang dilaporkan berlaku pada siang hari itu gagal dikesan. Pihak Keselamatan memaklumkan mereka bahawa kamera CCTV rosak ketika waktu kejadian. Kamera CCTV hanya ada satu dan diletakan dipintu masuk utama sahaja, begitulah cuainya syarikat yang menguruskan kondominium ini.

Continue reading

Pemuda PAS kesal dengan jenayah yang dilakukan oleh bekas ahli parlimen Labuan

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa kesal terhadap jenayah yang dilakukan oleh bekas ahli parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman(gambar). Beliau hari ini membuat pengakuan di mahkamah bahawa beliau telah menipu sebuah bank bagi tujuan permohonan pinjaman perumahan.

Beliau mengaku menipu pengurus bank Malayan Banking Berhad, di cawangan Kota Kinabalu pada 3 April 1996 semasa membuat permohonan pinjaman perumahan syarikatnya, Saraequity Sdn Bhd, sebanyak RM110,000 dan kemudahan overdraf sebanyak RM50,000 untuk membeli satu unit apartmen di Api-Api Centre, di Kota Kinabalu.

Pada ketika itu, beliau masih lagi berstatus muflis dan tidak layak untuk membuat pinjaman. Ketika diawal perbicaraan tahun lepas beliau tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan menipu dengan menggunakan kad pengenalan yang bukan miliknya untuk menjadi penjamin dalam permohonan pinjaman itu.

DPPWP tidak bercadang untuk membahaskan fakta mahkamah secara mendalam kerana itu boleh menghina kuasa mahkamah.

Continue reading

Jangan ketepi penduduk bangunkan Kampung Baru

Oleh Rusli Yasmin

PUTRAJAYA, 9 Mac: PAS Wilayah Persekutuan hari ini menghantar satu memorandum kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik menggesa pihak kementerian tidak mengenepikan penduduk dan wakil rakyat setempat dalam perbincangan projek pembangunan Kampung Warisan termasuk Kampung Baru.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Hj Mohamad Nor kepada Setiausaha Sulit Menteri, Shazri Faiza Faridam pagi tadi.

Continue reading

Pemuda PAS mahu Kerajaan mansuhkan bayaran permohonan peperiksaan MTesT

Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE) memansuhkan bayaran bagi permohonan untuk menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST). DPPWP mempersoalkan kewajaran bayaran permohonan seperti yang diminta oleh MOE itu. Menurut iklan yang dikeluarkan oleh Kementerian berkenaan sebelum ini, para pemohon dikehendaki membuat bayaran RM 6 dikaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mendapatkan nombor Pengenalan Individu (PIN) sebelum dibenarkan mengisi borang permohonan secara on-line.

DPPWP difahamkan bahawa lebih 70 ribu pemohon telah membuat permohonan secara online, namun hanya 50 ribu sahaja yang dipanggil bagi mengikuti ujian MTesT diseluruh negara pada 28 Mac nanti. Ini bermakna 20 ribu lagi ditolak, walaupun telah membuat bayaran dan mengisi borang permohonan online. Dengan itu, Kementerian berkenaan telah mengaut untung atas angin sebanyak RM 120 ribu hanya dengan menjual nombor pin sahaja.

Continue reading

Tahniah…!!!

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

mengucapkan sekalung tahniah kepada

SAUDARA MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

(Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan)

kerana dikurniakan seorang lagi anak perempuan pada

3 Mac 2010 jam 11.45 malam.

Semoga beliau sekeluarga dianugerahkan Allah kemurahan rezeki dan kebahagiaan yang berkekalan, Insya Allah


Hari Kecemerlangan Pelajar Lembah Pantai

Lajnah Pendidikan PAS Lembah Pantai akan mengadakan Hari Kecemerlangan bagi pelajar-pelajar di Kawasan Lembah Pantai. Sambutan Hari Kecemerlangan ini akan diadakan pada 14 Mac 2010 (Ahad) pada jam 8.30 pagi di PASTI Al-Furqan. Ianya bertujuan untuk memberikan anugerah dan hadiah kepada pelajar-pelajar yang telah cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR pada tahun 2009.

Sambutan Hari Kecemerlangan ini akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Saudara Kamaruzaman Mohamad selaku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Sambutan ini akan dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan bacaan al-Quran sebagai pembuka majlis. Kemudian ianya akan diikuti dengan ucapan Ust. Mohd Adlin Salleh sebagai YDP Lembah Pantai dan ucapan perasmian majlis oleh Yang Berbahagia Saudara Kamaruzaman Mohamad selaku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Kemuncak kepada majlis ini ialah penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Majlis akan diakhiri dengan jamuan pagi kepada semua hadirin.

Sehubungan dengan itu, semua hadirin dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Sambutan Hari Kecemerlangan Pelajar-Pelajar Lembah Pantai.

PAS bantah Kerajaan kecualikan cukai kereta buggy untuk Kelab Golf


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak melihat apa-apa faedah kepada rakyat terhadap dasar Kerajaan BN yang secara tiba-tiba mengumumkan pemansuh an cukai import bagi pembelian baru kereta buggy untuk kegunaan kelab-kelab golf di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.


Pada masa ini sebuah kereta buggy yang standard diperingkat antarabangsa boleh memuatkan dua orang pemain dengan membawa peralatannya sekali adalah berharga sekitar RM 12 ribu-RM 60 ribu, tidak termasuk harga cukai.

Namun, penggunaan kenderaan jenis ini adalah terhad untuk kegunaan di padang-padang golf mewah untuk pemain-pemain golf. Menurut laman web golf-malaysia. com, Malaysia cuma mempunyai 162 Kelab golf sahaja diseluruh negara dengan kadar yuran keahlian paling rendah adalah RM 4,000 setahun.

Pemain-pemain Golf tempatan kebanyakannya terdiri dari kalangan mereka yang berpendapatan tinggi. Walaupun sudah ada mereka yang berpendapat sederhana bermain golf tetapi hanya sebagai aktiviti santai dan riadah, bukannya untuk menjana pendapatan negara. Mereka yang mengunakan Kereta buggy ini pula hanya golongan mewah, sedangkan pemain golf yang biasa hanya berjalan kaki keliling padang golf.

DJ IKIM terpaksa pinjam duit kerana tak dibayar gaji 2 bulan

Oleh Herman Samsudeen

Jika semalam saya bertanya kepada IKIM tentang bayaran gaji mantan Pengarah Radio IKIM, hari ini saya nak tanya pula tentang bayaran gaji kepada DJ radio yang belum dibayar sejak Januari 2010. Maknanya sudah 2 bulan mereka tidak bergaji. Nampaknya tindakan IKIM ini melampaui amanat Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah agar para majikan memberikan upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya.

Jika dua bulan tak dibayar gaji, bukan sahaja peluh yang kering. Perut juga boleh kering. Bayangkanlah kesusahan mereka yang ada anak-isteri yang perlu ditanggung. Sampai bila mereka kena meminjam dari saudara mara. Saya simpati dengan nasib mereka yang bekerja bersungguh-sungguh untuk meninggikan syiar Islam, namun dilayan seperti hamba abdi pula.

Continue reading

Dua Tahun Pakatan Rakyat, PAS Kekal Sebagai Komponen Yang Penting

Pada hari ini, 8 Mac adalah hari yang paling bermakna buat rakyat dan Pakatan Rakyat (PR). Dua tahun yang lalu iaitu pada 2008 rakyat telah menunjukan betapa seriusnya mereka mahukan perubahan dalam kepimpinan negara. Kelantan kekal ditangan PAS dan lima negeri lagi jatuh ke tangan PAS, PKR, DAP iaitu-Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan (Mujurlah Wilayah tidak ada DUN).


Dengan kejayaan itu, ia memberikan inspirasi kepada penubuhan PR yang mengukuhkan kedudukan rakyat yang bencikan kezaliman BN. PR menguasai 82 kerusi Parlimen dan BN menguasai 140 kerusi Parlimen.

Selepas 8 Mac 2008, Umno kembali menyedari bahawa mereka kini kembali bersendirian menjadi juara BN selepas kekalahan teruk komponen lain kecuali parti-parti di Sabah Sarawak. Umno cuba memujuk PAS untuk bergabung di Selangor, Perak dan Kedah. Di Perak mereka mengunakan Mufti Negeri itu, Tan Sri Harussani Zakaria untuk memujuk PAS mewujudkan kerajaan campuran dengan Umno. Namun PAS terbukti sebagai parti yang mementingkan persahabatan dan tidak pernah lupa akan dosa-dosa Umno-BN kepada rakyat. Ke semua tawaran penuh tipu muslihat itu ditolak dan PAS nekad mewujudkan Kerajaan Pakatan.

Pertandingan Bowling Piala Ketua Pemuda PAS WP

Pertandingan Bowling Piala

Ketua Pemuda PAS WP

Tarikh :

14 Mac 2010

Masa :

2.00 – 6.00 petang

Tempat :

Ampang Bowl, Ampang Point, Ampang

Penyertaan :

Terbuka bagi semua. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang peserta

Yuran :

RM 150 setiap kumpulan.

Bayaran boleh dibuat melalui bank in terus ke akaun Maybank 114227008851 (Yusapiza Yaacob). (Sila simpan slip untuk tujuan penyemakan.)

Borang penyertaan boleh didownload di sini. Borang-borang yang telah diisi bolehlah dikembalikan ke email yusapiza@yahoo.com atau faks ke 03-26937227.