PAS Mengekalkan TG Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am, Dato’ Dr Haron Din sebagai Timbalan Mursyidul Am

Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Alhamdulillah, Majlis Syura PAS Pusat telah mengadakan mesyuarat pada hari ini (Isnin, 29 Mac 2010). Seperti yang dipersetujui, Majlis Syura mengekalkan  tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS manakala Dato’ Dr Haron Din sebagai timbalannya. Perlantikan mereka adalah bagi sesi 2010-2015.

Turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Majlis Syura PAS Pusat yang diterajui oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Semoga PAS mendapat keberkatan dari Allah SWT di bawah lembayung kepimpinan ulama’.