MALAYSIA NEGARA ISLAM TETAPI ANTARA RAKYATNYA ANTARA 10 TERTINGGI MENGAMBIL ARAK DI DUNIA

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

MALAYSIA NEGARA ISLAM TETAPI ANTARA RAKYATNYA ANTARA 10 TERTINGGI MENGAMBIL ARAK DI DUNIA


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud yang mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi di dunia dalam pengambilan arak di dunia. Dalam kenyataannya di Parlimen semalam, Dr Mariah juga mendedahkan bahawa rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras. Penjualan arak berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun. DPPWP juga merasa terkejut dengan pendedahan beliau bahawa terdapat peningkatan kadar pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Di Malaysia, arak boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain. Di pasaraya, restoran, hotel, kedai runcit mahupun di kedai serbaneka seperti di 7 Eleven arak dijual tanpa kawalan ketat. DPPWP juga merasa kesal kerana arak dengan mudah mendapat tempat untuk tajaan dan iklan di mana-mana akhbar media arus perdana mahupun di televisyen. Kerajaan pula dengan sengaja memberikan lesen kepada pengusaha kelab-kelab malam dan pusat hiburan untuk beroperasi tanpa kawalan yang sewajarnya. Kelab-kelab malam inilah juga penyumbang kepada berleluasanya minuman arak sehingga menyumbang kepada gejala sosial yang lebih parah.

Continue reading