Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menyifatkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Ibrahim Ali yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) serta Dato’ Seri Mohd.Khir Toyo, ADUN Sg.Panjang dan juga Ketua Pembangkang DUN Selangor bersifat perkauman dan menghina kaum cina di negara ini.
Dato’ Ibrahim Ali dalam kenyataannya berkata pihak kerajaan harus menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum cina yang dianggap sebagai ‘tidak berterima kasih’ dan ‘tidak menghargai’ atas segala jasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kaum itu.













KUALA LUMPUR, 20 April: PAS menambah bilangan petugas ke Hulu Selangor bagi membantu gerak kerja kempen memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil parlimen itu Ahad ini.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa kesal dengan tindakan Perdana Menteri Malaysia yang berdegil meneruskan penggunaan khidmat syarikat APCO Worldwide sebagai perunding Kerajaan dan tunduk pada arahan Presiden Amerika, Barack Obama untuk memberikan tekanan kepada Iran.

