Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz
Akhirnya raja katak, Ezam Mohd Nor mencapai apa yang dihasarat dan dicita-citakan iaitu menjadi Senator. Setelah beberapa tahun mencuba dengan menjilat dan mengampu parti dan pemimpin yang suatu ketika beliau caci akhirnya beliau diterima untuk menjadi Ahli Dewan Negara, bersama beberapa orang pimpinan BN lainnya.

Puaslah sudah beliau. Perjuangan survival untuk ‘mencari tempat’ dan dunia akhirnya berbaloi. Ibarat pepatah politik ‘dari UMNO dia datang kepada UMNO dia kembali’. Ezam kembali ke UMNO dengan lebih garang dan cemerlang. Benarlah telahan orang politik terhadap UMNO, ‘semakin agresif seseorang menyerang pembangkang, semakin zalim beliau bertindak kepada rakyat, maka semakin cepatlah beliau melangkah tangga politik’.
Dahulu beliau ditongkat atas nama besar Anwar Ibrahim. Daripada pemuda biasa, tiba-tiba bergelar Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri. Kemudian bersama-sama Anwar diterajang keluar dari panggung politik negara. Bersama-sama Anwar dan Azmin dan lainnya melakar lanskap politik baru negara. Beliau ikon anak muda di lewat tahun 1990an. Pemuda yang sanggup berdada dan berdepan dengan apa juga halangan termasuk disumbat ke ISA. Maka ribuan anak-anak muda menurut jejak beliau melaungkan slogan ‘reformasi’. Tag line terkenal beliau yang menjadi ajukan ramai ‘kerana apa?’… sebagai bahan ceramah ramai pemidato handalan.
Continue reading →