Pemuda PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga YDP PAS Kepong

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merakamkan ucapakan takziah kepada Pn. Hajah Firda Gusni Firdaus sekeluarga berikutan kembalinya Hj. Nordin Md Nor ke rahmatullah jam 6.40 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur.

Hj. Nordin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Nordin merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan Kepong dan mantan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan. DPPWP mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan diatas segala jasa bakti Allahyarham kepada PAS dan masyarakat. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat PAS Wilayah Persekutuan.

Beliau seorang yang begitu komited dan tegas dalam melaksanakan tugasnya. Beliau sanggup mengorbankan kesenangan yang dinikmati ketika bersama Umno untuk berjuang didalam PAS hingga akhir hayatnya.

Beliau meninggalkan Umno selepas melihat sendiri kezaliman parti itu yang menjual tanah-tanah awam dan Kampung-kampung Melayu kepada pemaju-pemaju hartanah di Kuala Lumpur. Beliau juga pernah menyatakan kekesalan kerana Umno gagal memperjuangkan Islam dan menyebabkan gejala sosial, judi dan maksiat tumbuh melata di Kuala Lumpur. Pemimpin-pemimpin Umno pula sibuk berebut kerusi dan jawatan demi mendapatkan laluan mudah untuk projek-projek DBKL.

Continue reading

BERIKAN HAK MAHASISWA 21 TAHUN UNTUK BERPOLITIK

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

BERIKAN HAK MAHASISWA 21 TAHUN UNTUK BERPOLITIK

(21 MEI 2010)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong kenyataan Pengerusi Pusat Perkembangan Budaya LLG, Datuk Dr. Toh Kin Woon yang menyatakan bahawa mahasiswa yang berusia lebih 21 tahun ke atas berhak untuk terjun ke dunia politik.

Datuk Dr. Toh Kin Woon memberikan respons terhadap tindakan undang-undang yang dikenakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas empat mahasiswa Sains Politik UKM yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.

Sebenarnya  tindakan empat mahasiswa UKM tersebut selari dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya. DPPWP mempersoalkan, kalau sekiranya usia 21 tahun adalah usia kelayakan mengundi, mengapa mereka tidak dibenarkan untuk berpolitik dan menyatakan sikap mereka terhadap mana-mana parti politik. Bukankah Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, justeru mengapa mesti ada sekatan terhadap empat mahasiswa tersebut untuk mengamalkan hak demokrasi mereka?

Continue reading

PAS Perlu Wujudkan Modul Latihan Khas Untuk Dewan Himpunan Penyokong

Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kelab Penyokong PAS (KPP) yang bakal dinaiktarafkan kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hujung minggu ini.

DPPWP melihat bahawa ini adalah satu langkah bijak pimpinan untuk menarik lebih ramai mereka yang bukan Islam untuk bersama-sama bernaung dibawah kepimpinan PAS.

Kejayaan PAS memecahkan kepercayaan lama masyarakat bukan Islam terhadap dasar perjuangan Islam yang dibawa PAS melalui slogan PAS For All membuktikan bahawa PAS mampu menjadi parti politik yang dinamik dan dominan dimasa depan.

Continue reading

Pemuda PAS mahu Majlis Fatwa Bincang Hukum Bukan Islam Menjadi Peguam Syarie

Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu Majlis Fatwa Kebangsaan berbincang dan mengeluarkan satu fatwa yang boleh dijadikan garis panduan terhadap dasar untuk melarang atau membenarkan bukan Islam memohon menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah.

DPPWP melihat kes Victoria Jayaseelee Martin yang memohon menjadi Peguam Syarie di Wilayah Persekutuan sebagai satu kes yang perlu diperhalusi. Pada 9 September 2009, jawatankuasa peguam syarie Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menolak permohonannya atas alasan bahawa beliau bukan Islam.

Oleh itu beliau membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman dan menuntut satu pengisytiharan bahawa Kaedah 10 daripada Rukun Peguam Syarie 1993, yang memberi mandat bahawa orang Islam sahaja yang dibenarkan menjadi peguam syarie bertentangan atau ultra vires kepada Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Continue reading

Kerjasama erat PAS-PKR-DAP menangkan Pakatan di Sibu

Oleh Nazri Abdullah

SIBU, 17 Mei: Kerjasama erat antara PAS, PKR dan DAP tidak boleh dinafikan antara faktor penyumbang kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu semalam.

Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmod (gambar) berkata seluruh peringkat bermula dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti hingga ke peringkat jentera, mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang kempen di sini.

“Kita sangat berpuas hati dengan keputusan yang kita dapat.

Continue reading

Pemuda PAS tuntut hapus undi pos

Oleh Nazri Abdullah

SIBU, 17 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat menuntut agar undi pos dihapuskan kerana pengamalannya sudah tidak lagi relevan malah bertentangan dengan matlamat asal ia diwujudkan.

Ketuanya, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, undi pos pada waktu ini hanya semata-mata dijadikan talian hayat Umno BN untuk memenangi pilihan raya.

“Walaupun Pakatan Rakyat menang di Sibu, tapi kita tetap tuntut undi pos dimansuhkan,” katanya selepas keputusan pilihan raya kecil Sibu diumumkan malam tadi.

Selain itu, kekalahan BN di Sibu, katanya sangat memalukan kerana undi pos yang sering digunakan untuk talian hayat mereka, gagal memenangkan parti pemerintah itu.

Continue reading

AP WANGSA MAJU PENGKHIANAT

KENYATAAN MEDIA

17 Mei 2010 / 03 Jamadil Akhir 1431

AP WANGSA MAJU PENGKHIANAT

Dewan PEMUDA PAS Wangsa Maju (DPPWM) mensifatkan tindakan Ahli Parlimen (AP) Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang pada jumaat lalu mengistiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ‘Pengkhianat’. Beliau sepatutnya malu dengan para pengundi di Parlimen Wangsa Maju yang telah memilih beliau sebagai wakil kepada mereka ke parlimen bagi menyuarakan masalah mereka di peringkat pusat di dalam Pilihan Raya Umum yang ke 12 (PRU 12) yang lalu.

DPPWM juga merasakan alasan yang diberikan oleh beliau yang mana ‘kononnya’ tidak berpuas hati dan kecewa dengan cara parti dan Kerajaan Negeri Selangor menangani isu pasir menerusi Kumpulan Semesta Sdn.Bhd. (KSSB) boleh dianggap sebagai bohong. Ini kerana jika dilihat akan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besarnya, YB Tan Sri Khalid Ibrahim adalah jauh lebih telus jika berbanding dengan cara UMNO/BN memerintah Selangor sebelum ini. Dan tambahan pula desas-desus yang mengatakan beliau akan meninggalkan parti telah bertiup kencang pada hujung tahun 2009 lagi. Tindakan beliau juga amat-amat diragui kerana beliau mengumumkan perletakkan jawatan secara tergesa-gesa dan ketika kempen Pilihan Raya Kecil P212 Sibu sedang hangat berlangsung. DPPWM juga bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh PKR Cabang Wangsa Maju melalui Timbalannya iaitu Sdr.Buhairi Yaakob yang tindakan Wee itu ada kaitan dengan agenda peribadi sesuatu pihak yang tidak senang yang dengan PKR dan Pakatan Rakyat (PR).

Continue reading

SELAMAT HARI GURU

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

SELAMAT HARI GURU

(16 MEI 2010)

Sempena dengan Hari Guru tahun 2010, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Guru adalah pencetus kejayaan umat serta pembina tamaddun manusia yang berjaya. Kejayaan kita semua pada hari ini bermula dengan didikan guru yang sabar dan tekun serta ikhlas mendidik anak bangsanya. Tanpa guru, tidak mungkin negara dan rakyat mampu bergerak maju.

Sememangnya profesion sebagai guru adalah sangat mulia dan mencabar. Meskipun berdepan dengan pelbagai kerenah dan tingkah laku pelajar yang pelbagai, ditambah dengan tekanan ibu bapa serta masyarakat sekeliling, para guru terus menuai bakti dan menuang ilmu tanpa jemu. Sama ada mereka diingati atau dilupakan, saban tahun para guru melahirkan sehebat-hebat ulama’, setinggi-tinggi tokoh akademik, para profesional, teknokrat, usahawan, tenaga-tenaga pakar mahir dan lain-lain lagi.

Continue reading

DESAKAN SUPAYA MP WANGSA MAJU MELETAKKAN JAWATAN

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

DESAKAN SUPAYA MP WANGSA MAJU MELETAKKAN JAWATAN.

(15 MEI 2010)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong supaya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Wangsa Maju selepas bertindak keluar parti semalam.

DPPWP berpendapat Wee Choo Keong telah hilang kepercayaan pengundi, ahli-ahli PKR serta Pakatan Rakyat apabila keluar dari parti. Jawatan sebagai Ahli Parlimen adalah amanah dari parti, pengundi serta petugas Pakatan Rakyat (PR) yang telah bertungkus lumus bekerja bagi memenangkan beliau dalam PRU ke 12 yang lepas.

Alangkah murahnya maruah serta harga diri seorang pemimpin seperti beliau. Dengan sedikit tawaran atau ugutan, beliau mudah berpaling tadah. Lupakah beliau siapakah yang berjuang bersungguh-sungguh menaikkan nama dan diri beliau sehingga mampu memenangi kerusi Parlimen Wangsa Maju?

Sebagai Ahli Parlimen, Wee sepatutnya menjaga kebajikan dan mengambil tahu hal rakyat dan pengundi beliau, bukan sibuk dengan kepentingan peribadi. Beliau seharusnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik dengan menunjukkan kredibiliti serta maruah yang tinggi sebagai wakil rakyat. Dalam keadaan parti memerlukan beliau, Pakatan Rakyat (PR) yang sedang diperkukuhkan, tergamak beliau mengambil langkah dengan meninggalkan PR. Tindakan beliau ini telah menghilangkan rasa hormat rakyat kepada beliau serta mengkhianati kepercayaan rakyat.

Continue reading

Perhimpunan bantah lesen judi, konsert bertukar kecoh

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 orang berhimpun membantah kelulusan lesen bertaruh Piala Dunia dan penganjuran sebuah konsert, di perkarangan Masjid Kampung Baru di sini petang ini.

Polis menahan seorang lelaki dalam lingkungan 30an yang cuba menghalang polis meleraikan perhimpunan itu yang diadakan selepas solat Jumaat. Bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil. Sedikit kekecohan berlaku apabila lelaki itu enggan menyerahkan pembesar suara yang dipegangnya tetapi polis berjaya meleraikan perhimpunan itu pada 2.30 petang.

Pemangku Ketua Pemuda Pas Wilayah, Herman Samsudeen, ketika ditemui mendakwa pihaknya meminta tempoh lima minit daripada polis untuk mengadakan demonstrasi secara aman namun tiba-tiba ia bertukar sebaliknya.

“Kami hanya berhimpun secara aman untuk melahirkan rasa tidak puashati terhadap kelulusan lesen judi dan konsert itu sahaja,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman, ketika dihubungi berkata polis tidak bertindak kasar sewaktu meleraikan perhimpunan itu.

Continue reading

Enggan tarik balik kelulusan Lesen Judi dan Konsert, Pemuda PAS Berdemo

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan mengajak seluruh anggota Pakatan Rakyat, Barisan Nasional, NGO dan rakyat keseluruhannya, khususnya disekitar Lembah Klang untuk menyertai satu demontrasi aman bagi membantah sikap Kerajaan Malaysia yang enggan membatalkan kelulusan lesen judi Piala Dunia dan juga Konsert 12 jam Pitbull.

Walaupun pelbagai pihak telah menyuarakan bantahan, namun Kerajaan berdegil untuk meluluskan dua agenda gejala sosial yang pastinya memberikan impak yang negatif kepada rakyat dinegara ini. Rakyat tidak boleh duduk diam dan memerhatikan pemimpin negara membuat keputusan yang jelas melanggar hukum Islam dan norma agama-agama lain. Kelulusan ini adalah satu penghinaan kepada nilai-nilai tatasusila rukun negara dan satu kebiadapan kepada perintah Allah swt.

Continue reading

DALAM KEADAAN DARURAT BOLEH TINGGAL SOLAT?

Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Inilah hukum yang pertama yang saya pernah dengar mengenai dibolehkan tinggal solat dalam keadaan darurat. Sebelum ini saya hanya mendengar dan membaca dari kitab-kitab fiqh mengenai rukhsah solat dalam keadaan pelbagai. Antaranya solat dalam keadaan musafir, solat dalam keadaan perang, solat dalam keadaan sakit dan sebagainya. Pokoknya solat tetap wajib dilakukan dalam apa keadaan sekalipun. Hanya orang yang gila (hilang ingatan), lupa, tidur, dan mati sahaja diharuskan tidak bersolat.

Hukum kedua, dalam keadaan darurat boleh tidak mandi wajib (junub). memang betul ada hukum tu, tetapi digantikan dengan tayammum, itupun kalau sekiranya ketiadaan air ataupun sakit. Tayammum boleh menggantikan mandi wajib.

Dalam kes Saiful Bukhari, nak tergelak dan marah bila membaca jawapan balas beliau apabila disoal oleh peguam Karpal Singh. Beliau mengaku menjadi muslim yang baik, tetapi tidak mandi wajib dan bersolat selama 3 hari, bukan 1 waktu!

Dalam keadaan darurat apakah beliau boleh meninggalkan solat dan mandi wajib? Kalau benar beliau dirogol atau diliwat, mengapa sejurus selepas kejadian beliau dirogol beliau tidak lapor pada polis dan rujuk ke hospital. Mengapa hanya selepas 3 hari baru beliau rujuk ke hospital. Tidak mensucikah beliau kesan dirogol itu?

Mungkin Saiful terkesan dengan kenyataan Dr Mashitah suatu ketika dulu, yang mengharuskan melacur sekiranya dalam keadaan darurat. Justeru, darurat adalah alasan paling baik meninggalkan kewajipan sebagai seorang muslim.

Continue reading

SEJAK BILA JUDI MENJADI HALAL?

Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz –

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Ramai yang terkejut dan merasa tidak percaya dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berhubung cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen perjudian bolasepak sempena Piala Dunia 2010.

Datuk Dr Awang Adek Hussein memberi alasan jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Mudahnya alasan beliau. Hanya kerana judi akan terus berleluasa tanpa kawalan, maka dihalalkan aktiviti perjudian.

Continue reading

Jawi Sasar Sifar Gejala Sosial

Oleh Melati Ariff

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — Krisis dan kerapuhan institusi keluarga masyarakat Melayu sudah lama berakar umbi. Cumanya, keadaan masyarakat yang tertutup pada masa dahulu menyebabkan tidak banyak kes yang didedahkan kepada umum berbanding kehidupan ‘masyarakat tanpa sempadan’ hari ini.

Penghijrahan daripada kehidupan kampung ke bandar terutama bandar raya besar seperti Kuala Lumpur untuk kelangsungan hidup turut mendedahkan institusi keluarga kepada kemungkinan dijerut krisis gejala sosial.

Demikian pandangan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dalam wawancara dengan Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.

“Dari semasa ke semasa dunia akan berubah dan hidup kita juga akan berubah. Untuk itu, kita perlu mempunyai ketahanan jiwa yang kuat.

“Jika tidak, semuanya akan habis dimamah keadaan persekitaran yang banyak membuka ruang kepada kita untuk hanyut dalam arus gelombang yang begitu besar melanda umat kita,” kata beliau.

Continue reading

Kerajaan tubuh Perbadanan Pembangunan Kg Baru

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Jemaah Kabinet semalam meluluskan cadangan untuk menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang akan bertanggungjawab untuk melaksana dan menyelia pelan pembangunan semula kawasan itu yang bakal menjadi antara projek pembangunan hartanah yang terbesar sekali di dunia.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata penubuhan perbadanan itu merupakan antara tiga perkara yang telah dipersetujui oleh kabinet mengenai konsep dan kaedah pelaksanaan pembangunan Kampung Baru yang dikemukakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) dalam memorandumnya kepada kabinet.

Continue reading

Umno Mahu Jadikan Malaysia Serambi Las Vegas

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi Bola Sepak Piala Dunia 2010.

Hal ini sudah jelas mendapat tentangan rakyat sejak cadangan pertamanya tahun lepas. Namun kali ini ia berbangkit lagi dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram. Alasan ini dengan sendirinya membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan. Bila sudah gagal mereka keluarkan lesen untuk menghalalkan pula.

Kempen memerangi dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. Dadah diistihar sebagai musuh negara. Kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula.

Continue reading

KERETA KETUA POLIS SELANGOR PUN DICURI ORANG

Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Tergamak benar nampaknya pencuri kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar. Kereta beliau dilaporkan hilang dipercayai dicuri ketika diletakkan di tempat letak kereta di Seksyen 9, Shah Alam.

Malang sungguh Malaysia dan alangkah terancamnya rakyat Malaysia. Sedangkan kereta rasmi Ketua Polis Selangor pun dicuri orang, bagaimana nasib dengan rakyat biasa. Selamatkah mereka dan kita semua?

Continue reading

Judi Bola-Kerajaan Diingatkan, Malaysia Bukan Macam Negara Haram Israel

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengingatkan Kerajaan khususnya Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein bahawa Malaysia ini bukan macam negara haram Israel.

Judi adalah haram bagi semua agama di negara ini. Tidak ada agama yang menghalalkan tabiat judi yang jelas merugikan kewangan rakyat dan negara.

Kita bukan negara Israel yang bebas melakukan apa sahaja termasuk perjudian dan kemaksiatan yang ditegah Allah selama ini. Jangan jadikan APCO sebagai alasan untuk Kerajaan menjadi badut kepada dasar-dasar Yahudi Zionis ini kerana mereka pun tahu hanya dengan judi mereka boleh rosakkan umat Islam dan negara yang dipimpin oleh umat Islam.

Continue reading