Pemuda PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga YDP PAS Kepong

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merakamkan ucapakan takziah kepada Pn. Hajah Firda Gusni Firdaus sekeluarga berikutan kembalinya Hj. Nordin Md Nor ke rahmatullah jam 6.40 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur.

Hj. Nordin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Nordin merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan Kepong dan mantan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan. DPPWP mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan diatas segala jasa bakti Allahyarham kepada PAS dan masyarakat. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat PAS Wilayah Persekutuan.

Beliau seorang yang begitu komited dan tegas dalam melaksanakan tugasnya. Beliau sanggup mengorbankan kesenangan yang dinikmati ketika bersama Umno untuk berjuang didalam PAS hingga akhir hayatnya.

Beliau meninggalkan Umno selepas melihat sendiri kezaliman parti itu yang menjual tanah-tanah awam dan Kampung-kampung Melayu kepada pemaju-pemaju hartanah di Kuala Lumpur. Beliau juga pernah menyatakan kekesalan kerana Umno gagal memperjuangkan Islam dan menyebabkan gejala sosial, judi dan maksiat tumbuh melata di Kuala Lumpur. Pemimpin-pemimpin Umno pula sibuk berebut kerusi dan jawatan demi mendapatkan laluan mudah untuk projek-projek DBKL.

Continue reading