Pemuda PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga YDP PAS Kepong

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merakamkan ucapakan takziah kepada Pn. Hajah Firda Gusni Firdaus sekeluarga berikutan kembalinya Hj. Nordin Md Nor ke rahmatullah jam 6.40 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur.

Hj. Nordin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Nordin merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan Kepong dan mantan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan. DPPWP mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan diatas segala jasa bakti Allahyarham kepada PAS dan masyarakat. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat PAS Wilayah Persekutuan.

Beliau seorang yang begitu komited dan tegas dalam melaksanakan tugasnya. Beliau sanggup mengorbankan kesenangan yang dinikmati ketika bersama Umno untuk berjuang didalam PAS hingga akhir hayatnya.

Beliau meninggalkan Umno selepas melihat sendiri kezaliman parti itu yang menjual tanah-tanah awam dan Kampung-kampung Melayu kepada pemaju-pemaju hartanah di Kuala Lumpur. Beliau juga pernah menyatakan kekesalan kerana Umno gagal memperjuangkan Islam dan menyebabkan gejala sosial, judi dan maksiat tumbuh melata di Kuala Lumpur. Pemimpin-pemimpin Umno pula sibuk berebut kerusi dan jawatan demi mendapatkan laluan mudah untuk projek-projek DBKL.

Beliau akhirnya bersama PAS selepas melihat kesungguhan PAS untuk memperjuangkan Islam. Keikhlasan dan sikap terbuka kepimpinan serta ahli PAS ini menguatkan keyakinan dan kesungguhan beliau dalam bersama meneruskan perjuangan Islam yang sememangnya sebati dengan dirinya.

Walaupun menghidap penyakit jantung sejak sekian lama, namun itu tidak menghalang beliau untuk melaksanakan tugasnya. Kegigihan beliau ditunjukan dengan komitmen beliau mempengerusikan mesyuarat PAS kawasan yang terakhir dalam hidupnya pada 16 Mei lalu sebelum dimasukan ke hospital ke esokan harinya.

Inilah contoh pejuang yang harus ada dalam diri pemuda-pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan diseluruh negara. Kita harus berani membuat perubahan ke arah yang lebih baik dan memerangi kejahilan dalam masyarakat yang dibajai Umno. Kita wajib menunjukan komitmen penuh di atas tanggungjawab yang diamanah sehinggalah Allah memanggil kita semua kembali.

Jenazah Allahyarham akan di solatkan di Masjid Jamek Abu Hurairah, Kg. Batu, Batu 5 Jalan Ipoh jam 10. pagi ini sebelum di kebumikan ditanah perkuburan Jalan Ipoh.

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan

One comment on “Pemuda PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga YDP PAS Kepong

  1. Pingback: Al-Fatihah-Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah « Herman Samsudeen

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s