DPPWP sambut baik tindakan Perkeso Jual Sahamnya Dalam Carlsberg

Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik tindakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjual semula 2, 155 700 unit sahamnya dari syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.

Kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam diparlimen semalam memberikan gambaran positif terhadap tindakan PAS yang selama ini menuntut agar Perkeso menjauhi perniagaan arak ini demi kepentingan awam yang telah mencarumkan hasil titik peluh mereka yang halal ke agensi berkenaan.

DPPWP juga menyeru agar semua pemegang saham dalam syarikat-syarikat arak dan judi dinegara ini mengambil langkah yang sama dengan menjual semua saham dan kepentingan mereka.

Continue reading

mStar : Dewan Pemuda PAS Gesa Kerajaan Benarkan Semua Kakitangan Awam Aktif Politik

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) hari ini menggesa kerajaaan membenarkan semua kakitangan awam aktif berpolitik tanpa mengehadkan kepada pegawai pendidikan siswazah gred DG41 dan DG48 sahaja berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Ketua Penerangannya, Fadhil Osman yang menyambut baik langkah kerajaan itu bagaimanapun menegaskan bahawa tindakan tersebut masih belum memadai.

“Kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam bahawa kerajaan membenarkan pegawai siswazah untuk aktif dalam politik sebenarnya adalah tindakan yang agak lambat bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia.

“Sepatutnya pegawai kerajaan telah lama diberi kebenaran untuk aktif berpolitik dan memegang mana-mana jawatan politik sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara maju,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Continue reading

Apa hak Nong Chik isytihar status tanah Kg Baru

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempersoalkan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mengatakan hampir kesemua tanah di Kampung Baru sudah dikeluarkan hak milik dari senarai Enakmen Penempatan Pertanian Melayu (MAS) 1950 ke bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen mempersoalkan tatacara penukarkan atau pengeluaran status hak milik tanah di Kampung Baru kerana selama ini semua penduduk di situ dan satu negara tahu bahawa tanah di Kampung Baru adalah tertakluk kepada Enakmen MAS 1950.

Katanya, kenyataan menteri itu bahawa enakmen berkenaan juga sudah tidak releven juga amat meragukan kerana tidak ada sebarang rekod pemansuhan enakmen tersebut di Parlimen atau sidang Dun Selangor.

“Apa hak beliau untuk mengisytiharkan ketidakrelevenan enakmen berkenaan. Beliau hanya seorang menteri senator, dan kuasa Parlimenlah untuk menentukan kedudukan enakmen ini masih releven atau tidak,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tanah Kampung Baru adalah anugerah Sultan Selangor kepada masyarakat Melayu di Kuala Lumpur dan statusnya berbeza dengan tanah-tanah rizab Melayu yang lain.

Continue reading