Menulis artikel politik perkauman bukanlah genre kesukaan saya. Tapi hari ini saya tulis juga dengan harapan orang Melayu faham apa itu politik yang sebenarnya. Orang Melayu kena faham bahawa mereka tidak perlu bergantung dengan Umno dan mereka tidak boleh terus diperhambakan oleh Umno.
Pemimpin Umno sering mainkan isu bahawa orang Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat jadi kerajaan. Model Kerajaan Pakatan Pulau Pinang dan Perak dijadikan modal bagi mereka menghasut rakyat.
Di Pulau Pinang Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri dari DAP (Pakatan), Sebelumnya adalah Koh Tsu Koon dari Gerakan (BN). Dari segi tampuk kepimpinan negeri mereka masih gagal untuk mainkan isu lemahnya kuasa Melayu. Tapi Umno nak main juga dengan alasan bahawa Adun-adun Melayu dalam Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang amat sedikit.
PAS hanya ada satu kerusi di Permatang Pasir, PKR pula hanya ada 3 kerusi yang diwakili orang Melayu. Manakala Umno pula menguasai 11 kerusi yang kesemuanya Melayu.
Di Perak pula, ketika Pakatan jadi Kerajaan dengan 31 Kerusi dimana hanya ada 8 kerusi Melayu. BN yang menguasai 28 kerusi pula, dikuasai oleh 27 kerusi Melayu. Atas perbezaan komposisi yang begitu ketara, Umno memainkan isu perkauman. Walaupun Menteri Besar Pakatan adalah Melayu, Ir. Nizar Jamaluddin tetapi jelas Umno begitu tertekan dan cuba mengheret orang Melayu untuk merasai tekanan itu.