Demontrasi Raya : DPPWP Menyeru Semua Khatib Mengutuk Kempen Hari Membakar Al-Quran Dalam Khutbah Raya

Dewan Pemua PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk sekeras-kerasnya rancangan Pastor Terry Jones di Florida Amerika Syarikat yang menganjurkan kempen “Hari Membakar Al-Quran” pada hari sabtu ini yang kononya dilakukan sebagai memperingati peristiwa 11 September (911) iaitu hari serangan ke atas bangunan World Trade Center yang mengorbankan ramai nyawa.

DPPWP mengesa semua khatib-khatib yang akan membacakan khutbah pada solat Hari Raya Aidilfitri dan Solat Jumaat esok hari (10 September 2010) supaya mengutuk tindakan beliau.

Rancangan jahat Terry ini mendapat tentang dan bantahan dari seluruh dunia termasuk kalangan mereka yang bukan Islam kerana rancangannya membakar Al-Quran adalah penghinaan ke atas agama Islam yang nyata. Sangat menyakitkan hati kerana rancangan ini juga sengaja diadakan pada Hari Raya kedua umat Islam yang kononnya hari kemusnahan 911.

Sehingga ke hari ini Kerajaan Amerika pimpinan Barack Obama hanya mampu memberikan peringatan kepada beliau, sedangkan dalam keadaan sekarang perkara ini sepatutnya sudah dihalang dengan mensita tapak kawasan dan Gereja yang akan mengadakan kempen berkenaan Sabtu ini.

Continue reading

Perutusan Aidilfitri Daripada Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Assalamualaikum ww

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

“Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu.” (Surah Al Baqarah : 185)

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah yang amat menyantuni kehidupan kita dengan rahmat dan kasih sayangnya yang tiada bernoktah. Perginya Ramadhan bukanlah bermakna berakhir sudah bulan untuk kita terus mendampingi Allah. Malah kehadiran Syawal adalah tanda-tanda betapa hampirnya kita kepada jalan menemui Allah.

Rasulullah saw ketika menyambut Syawal telah membacakan Surah Al-Qaf dalam raka’at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka’at kedua solat Aidilfitri baginda. Adalah satu kehairanan bagi para sahabat baginda dan kita hari ini kerana kedua-dua ayat yang menceritakan tentang peristiwa hari kiamat itu dibacakan pada hari paling gembira buat umat Islam.

Namun disana Rasulullah mahu supaya kita tidak lupa diri dan mengingati bahawa Hari Raya adalah hari yang paling hampir untuk kita menemui Allah. Keriuhan hari raya seharusnya digamatkan dengan takbir dan laungan selawat serta memperatkan ikatan ukhuwah antara semua insan khususnya kalangan umat Islam. Janganlah hari raya digamatkan dengan karaoke, pesta liar dan aktiviti yang tidak bermanfaat untuk jiwa kita khususnya kalangan anak-anak muda.

Continue reading