AMARAN UNTUK UMNO : JANGAN BERMAIN KOTOR DI GALAS!

 

Khairul Faizi Ahmad Kamil

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) merasa kesal kerana UMNO- BN menggunakan taktik kotor sebagai bahan kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas bagi mendapatkan undi. DPPP melihat taktik ini adalah usaha golongan terdesak atau desperado yang mahu mendapatkan kemenangan bagi mengembalikan momentum rakyat sebagai persiapan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

 

Pemimpin UMNO-BN seakan melupakan soal dosa dan pahala apabila cuba memfitnah calon PAS Dr. Zulkifli Mohamad dengan memainkan isu beliau ditangkap khalwat. Sedangkan DPPP menegaskan isu itu tidak pernah timbul dan hanya bersifat fitnah semata-mata kerana Dr. Zulkifli Mohamad tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kes khalwat. Continue reading

Chua: Ada pemimpin Umno ‘tak berapa cerdik’

DPPWP akan memastikan pemimpin Umno ini akan jilat balik ludahnya dalam pilihanraya ke-13 di Titiwangsa….

Oleh Lee Way Loon

Malaysiakini – Rakaman video di internet yang memaparkan seorang pemimpin bahagian Umno yang membuat ucapan bahawa partinya tidak memerlukan sokongan Cina dan India, dijangka tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil DUN Galas, kata presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Katanya, pemimpin seumpama itu tidak mencerminkan pandangan pemimpin atasan Umno.

“Jika kita mahu jawapan yang jelas, tanya perdana menteri. Perdana Menteri dengan jelas mempromosikan polisi 1Malaysia untuk setiap kaum. Ini amat jelas,” katanya kepada wartawan di pekan Gua Musang hari ini.

Continue reading

ETP bakal hancurkan generasi muda

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP)  membantah sekeras-kerasnya tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan. Tindakan ini menurut Datuk Seri Najib adalah untuk memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“DPPWP terkejut kerana kerajaan sanggup mengenepikan sentimen rakyat khususnya umat Islam dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP” kata Sdr. Fadhil Osman selaku Ketua Penerangan DPPWP.

EPP seperti yang dilaporkan akan menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu. Langkah kerajaan ini akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Dikatakan menjelang tahun 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan.

Continue reading

ETP Bakal Runtuhkan Kerajaan BN

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) beri amaran kepada Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mensasarkan untuk mewujudkan lebih banyak pusat hiburan dan penganjuran lebih banyak acara besar termasuk konsert dinegara ini atas alasan mahu menjana ekonomi baru negara menjelang 2020. Continue reading

Pemuda PAS mahu Jakim jadi kementerian

Harakahdaily

PUTRAJAYA, 27 Okt: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menghantar memorandum kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membantah program-program mungkar yang telah berlaku di dalam negara.

Pemangku Ketua DPPWP, Herman Samsudin yang mengetuai delegasi tersebut mencadangkan agar JAKIM diangkat menjadi sebuah kementerian agar boleh membuat penguatkuasaan bagi mengawal program-program itu.

Memorandum diterima oleh Pegawai Perhubungan JAKIM, Puan Asiah Al-Kharib Shah di luar pejabat Ketua Pengarah JAKIM, di sini.

Menurut Herman, JAKIM dilihat tidak mempunyai kuasa bagi menghentikan sebarang program yang menyalahi etika Islam dan budaya timur di dalam masyarakat.

“Kita jumpa PUSPAL (Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara) dia bagi tahu JAKIM antara yang terlibat dalam jawatankuasa meluluskan konsert Adam Lambert baru-baru ini antaranya ialah JAKIM,” kata Herman. Continue reading

Bukan UMNO Sahaja Pejuang Melayu

Perhimpunan Agung UMNO ke-61 telah melabuhkan tirainya. Pemimpin-pemimpin UMNO bermati-matian berhujah yang merekalah pejuang Melayu sebenar. Mereka berkata PAS tidak sayang bangsa Melayu. UMNO sahajalah yang mampu memperjuangkan isu-isu orang Melayu. Jika UMNO tiada lagi atas mukabumi ini maka bangsa Melayu akan turut pupus bersama pupusnya UMNO. Inilah doktrin yang dipasak oleh pemimpin UMNO kepada  ahlinya dan rakyat Malaysia. Maka dilakukanlah penjenamaan semula matlamat ekuiti 30% yang telah lama gagal dicapai. Bagi meyakinkan rakyat maka dilaungkanlah agenda yang hebat-hebat seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Baru Ekonomi (MBE), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), 8 Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI), 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP) dan pelbagai lagi yang menyebabkan orang Melayu di Kempas, Galas dan Batu Sapi terlopong mendengarnya. Pemimpin UMNO tidak rasa bersalah atas kegagalan sasaran ekuiti 30% bumiputra dalam Dasar Ekonomi Baru(DEB) sebaliknya menyalahkan ahli UMNO bawahan dan rakyat marhaen yang kononnya menjual projek atas kepentingan peribadi. Semua hujah-hujah dalam perhimpunan Agong UMNO ini sekadar menjustifikasikan yang UMNO masih tetap relevan walaupun jasadnya sudah busuk sampai ke perut dan nafasnya sudah sampai ke halkum.

Continue reading

Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas

KUALA LUMPUR, 23 Okt: “Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah,” kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.

Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.

“Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen  yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri,” katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.

Continue reading

Memo Taubat Buat Rosmah

Oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

 

1. Astaghfirullah …. satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih – lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .

2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato’ Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

Continue reading

KENYATAAN RASMI ILMAM ISU ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF)

Umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia baru-baru ini  telah dikejutkan dengan satu penganjuran pertunjukkan fesyen yang mana secara jelas telah menghina Islam dan Rasulullah s.a.w. Pertunjukkan fesyen ini telah menggunakan nama Islam tetapi langsung tidak menepati cara pemakaian Islam bahkan mempamerkan  satu tindakan mencemarkan kesucian Islam. Apa yang dikesalkan adalah penaung kepada pertunjukan fesyen ini yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor yang beragama Islam.

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) dengan dukacitanya melahirkan rasa kesal yang tidak terhingga terhadap penglibatan Datin Seri Rosmah sebagai penaung kepada IFF yang juga merupakan seorang muslimah khususnya dan kesal terhadap penganjuran program ini secara umumnya.

Continue reading

DATIN SERI ROSMAH MANSOR PERLU BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PENGANJURAN FESTIVAL ISLAM YANG MENGHINA ISLAM!

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal di atas penganjuran Festival Fesyen Islam (IFF) yang berlangsung pada 09 Ogos ’10 di Monte Carlo. DPPWP merasakan penganjuran festival fesyen ini secara jelasnya adalah usaha menghina agama Islam itu sendiri.

Sesungguhnya IFF yang dianjurkan itu sama tarafnya dengan festival fesyen di barat bahkan mungkin lebih teruk lagi. Dengan wanita-wanita yang berpakaian seksi dan hampir telanjang, sudah tentu imej Malaysia sebagai sebuah negara umat Islam tercalar.

DPPWP merasa kecewa kerana penganjur langsung tidak menjaga sensitiviti agama Islam khususnya penganut agama Islam. Kalaulah niat dan tujuannya untuk menonjolkan syiar dan syariat Islam, mengapa perlu peraga-peraga fesyen memakai pakaian yang menjolok mata. Sedangkan Islam secara tegas menjaga persoalan aurat umatnya khususnya golongan wanita. DPPWP mempersoalkan, apakah nilai Islam yang hendak ditonjolkan hasil dari IFF itu. Apakah mesej yang hendak disampaikan khususnya kepada golongan anak-anak muda di Malaysia selain dari memberi kesan negatif terhadap gejala sosial yang semakin parah.

Continue reading

Pemuda PAS berhimpun bantah Rosmah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, Monaco, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

“DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

“Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Pada festival tersebut, perkataan “Muhammad” dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.

“Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.

BEBASKAN KONGKONGAN AKHBAR UNTUK TINGKATKAN INDEKS AKHBAR MALAYSIA

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kedudukan Malaysia yang jatuh sepuluh anak tangga kepada kedudukan 141 daripada 178 buah negara keseluruhan bagi Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010. Sedangkan di tahun lepas, Malaysia menduduki tempat ke 131.

Kejatuhan ranking Indeks Kebebesan Akhbar di Malaysia menunjukkan bahawa negara Malaysia belum benar-benar menikmat demokrasi tulen seperti mana yang dimomokkan oleh UMNO-BN selama ini. Ini dibuktikan dengan pelbagai tekanan yang dikenakan terhadap rakyat khususnya pembangkang. Kebebasan bersuara, berhimpun, menulis dan menerbit dikawal sedemikian rupa agar rakyat tidak mendapat akses yang cukup terhadap maklumat alternatif. Ditambah dengan pelbagai akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), dan lain-lain lagi merupakan ugutan rasmi kepada rakyat khususnya media.

Justeru, tidak hairanlah kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia jatuh merudum. Akhbar rasmi negara dikawal agar menerbitkan pandangan dari pihak kerajaan UMNO-BN serta berita-berita dari UMNO-BN sahaja (sepertimana liputan meluas akhbar dan media rasmi terhadap Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun).

Continue reading

Kalah Baru Hendak Dekati Rakyat


Parti  Islam Se-Malaysia PAS berpendapat  saranan Presiden Umno  Datuk Seri Najib Razak supaya jentera Umno perlu menembusi kawasan pembangkang dengan mengadakan pelbagai program supaya dapat mendekati hati rakyat menujukkan rasa insaf beliau setelah Umno kalah di dalam pilihanraya yang lalu. Ketika berucap pada Karnival Skuad Sayang 1Malaysia anjuran Wanita  umno di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang berkata, jentera  Umno perlu menyahut cabarannya dengan mengadakan program di kawasan pembangkang supaya rakyat dapat mendengar suara hati kerajaan dan bukannya hanya berjuang di kawasan yang selamat.

Nampaknya pemimpin Umno hanya boleh diajar rasa bertanggungjawab kepada rakyat apabila  mereka kalah. Sewaktu mereka berada dipuncak kuasa mereka tidak pandang kepada rakyat yang menderita hidup .

PAS berpandangan, untungnya rakyat yang memilih parti lain daripada Umno BN,  sehingga dapat mengajar pemimpin Umno bahawa mereka adalah khadam rakyat. Ketika mereka kalah macam-macam program  yang dibuat untuk cakna rakyat, kononnya untuk ambil hati rakyat. Situasi ini rakyatlah yang paling beruntung kerana semua pemimpin akan berusaha mengambil hati rakyat. PAS dan Pakatan Rakyat melaksanakan program kebajikan dan mengambil berat hal rakyat bukan secara bermusim, tetapi menjadi dasar yang terancang dalam  setiap proram kerana ini adalah amanah Allah SWT.

 

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

BAJET TAHUN 2011 : PERMATA PINTAR DIUTAMAKAN, SAR DIANAKTIRIKAN.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa kesal dengan bajet yang diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet Malaysia 2011 yang secara khusus Kerajaan memperuntukkan bajet sebanyak RM 111 juta bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara berbanding hanya RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Peruntukan bajet sebanyak RM 111 juta digunakan untuk pembangunan dan pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap. Sedangkan jumlah yang lebih kecil iaitu RM 95 juta pula diperuntukkan untuk keseluruhan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah yang jauh lebih banyak bertebaran di negara ini.

Bajet ini ternyata tidak adil dan berat sebelah. Peranan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang jauh lebih penting dalam mendidik dan menjadikan generasi insan soleh dan solehah gagal difahami oleh Perdana Menteri. Keadaan SAR juga kebanyakannya dalam keadaan daif kerana kurangnya perhatian terhadap aspek pembangunannya. Kebajikan guru dan murid terabai, kemudahan dan fasiliti yang tidak berapa lengkap, sistem pengajaran yang tidak sempurna, serta pelbagai kelemahan yang perlu diperbaiki. Apa yang pasti, kebanyakan SAR hanya diusahakan oleh individu atau organisasi tertentu dan merekalah yang banyak berkorban bagi memastikan SAR terus hidup dalam masyarakat. Continue reading

KERAJAAN PERLU JELASKAN PENUBUHAN PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU

PAS Wilayah Persekutuan menggesa agar Kerajaan segera turun padang dan menjelaskan kepada rakyat khususnya penduduk dan pemilik tanah Kampung Baru tentang penubuhan Perbadanan Kampung Baru (PPKB). Rang Undang-Undang penubuhan PPKB tersebut dijadual akan dibentangkan di Parlimen dalam sidang kali ini, kemungkinan besar selepas selesai perbahasan Bajet 2011. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini butir-butir penubuhan PPKB tersebut masih dirahsiakan dan tidak diperjelaskan secara terperinci khususnya kepada mereka yang akan terlibat secara langsung dengan projek pembangunan Kampung Baru tersebut

Dalam sidang Parlimen yang lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah mengesahkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan konsep pembangunan semula Kampung Baru secara komprehensif. Konsep pembangunan ini akan dilaksanakan melalui proses penyerahan hakmilik tanah di bawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dan proses penyerahan dan pemberimilikan semula hakmilik tanah tersebut di bawah Seksyen 204D KTN. Selain itu, kaedah jual beli tanah di bawah KTN dan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(b) Akta Pengambilan Tanah 1960 akan turut digunakan oleh Kerajaan. Untuk memastikan mekanisma pembangunan ini berjalan, maka sebuah badan bernama Perbadanan Pembangunan Kampung Baru akan diwujudkan di bawah Seksyen 49(2) Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982. Badan yang ditubuhkan melalui kuasa Parlimen ini akan mempunyai fungsi dan bidang kuasa yang luas untuk mentadbir dan menguruskan aset-aset di Kampung Baru dalam pelaksanaan projek pembangunan yang dirancang tersebut. Continue reading

Sekitar XPDC Dakwah ‘Bantah Konsert Adam Lambert’

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah turun menyertai Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan  Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dalam satu program XPDC Dakwah ‘Bantah Konsert Adam Lambert’ yang telah berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil. Tarikh 14 Oktober ’10 juga berlangsungnya satu lagi konsert yang lebih membawa kearah kebaikan iaitu Konsert Maher Zain di Dewan MBSA, Shah Alam Selangor. Namun masih ada segelintir orang melayu yang mengaku Islam hadir menonton konsert artis gay yang terkenal dengan aksi lucahnya sebagai salah satu gimik dalam konsertnya. Amat memalukan apabila mereka juga (sesetengahnya) bertindak memperlekehkan usaha kami dalam menyebarkan kesedaran terhadap kesan negatif dan akhlak penghibur yang lahir daripada program realiti ‘American Idol’.

Pengarahan hal tentatif dari pimpinan DPPP

Continue reading

SYABAS KONTINJEN MALAYSIA

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas kepada kontinjen Malaysia yang beraksi di Sukan Komanwel di New Delhi, India setelah pulang dengan membawa 12 pingat emas, 10 perak, dan 13 gangsa.

Pencapaian ini merupakan yang terbaik pernah diraih oleh kontinjen Malaysia dan melepasi sasaran 10 pingat emas seperti yang disasarkan sebelum ini. Walaupun ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun 1998, Malaysia hanya mampu mengutip 10 pingat emas sahaja.

DPPWP percaya pencapaian ini adalah komitmen dan kesungguhan setiap atlit yang bertanding. Mereka telah berjaya memberikan sumbangan yang besar dan  mengharumkan negara dalam lapangan sukan.

Kepada atlit yang tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat, jangan berputus asa dan mengalah. Hanya dengan usaha yang berterusan, komitmen serta bersaing di kejohanan peringkat tertinggi, para atlit negara akan mampu memenangi pingat dalam kejohanan dunia akan datang. Gunakanlah segala kemudahan yang bertaraf dunia milik negara kita sebagai persediaan rapi bagi memantapkan lagi prestasi dan jangan hanya lena dibuai mimpi indah kejayaan di New Delhi sedangkan perjalanan masih jauh untuk kita mampu berdiri sama tinggi dengan kuasa besar dunia seperti China dan Amerika Syarikat.

Akhir sekali, DPPWP mengharapkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh kontinjen Malaysia dalam Sukan Komanwel kali ini akan mampu diteruskan dalam temasya sukan dunia akan datang seperti Sukan Olimpik dan yang terdekat Sukan Asia yang akan berlangsung di Guanzhuo, China pada 12 – 27 November tahun ini. MALAYSIA BOLEH!

Disediakan oleh :

FADHIL OSMAN

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

 

 

 

 

ANTARA PENUNDAAN PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) DAN PRU KE 13.

Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


Dato’ Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa tindakan kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah petanda “utama” bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir. Dato’ Seri Anwar cepat menghidu tindakan kerajaan yang mahu meraih populariti dari rakyat dengan pengorbanan besar menangguhkan cukai GST tersebut bagi memberi ruang kepada PRU ke 13.


Kerajaan UMNO-BN sudah mengakui bahawa pelbagai cukai yang dikenakan termasuk GST amat membebankan rakyat. UMNO juga tahu GST adalah peluru yang boleh membunuh masa depan mereka. GST hanya menguntungkan beberapa pihak yang berkepentingan. Tanyalah siapa sahaja. Dari penoreh getah, nelayan, pekebun, sehinggalah pengurus besar di syarikat konglomerat. Semuanya tidak mahu cukai GST ini dikenakan. Akibatnya semua orang akan terkena tempiasnya. Ia langsung berbeza cukai-cukai lain yang hanya khusus untuk golongan sasaran. GST akan terkena kepada sesiapa sahaja yang bergelar pengguna.

Continue reading

APABILA ARTIS GAY DIBERI TEMPAT DI MALAYSIA


Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Kerajaan Malaysia tetap berdegil membawa masuk artis luar negara yang penuh kontroversi, Adam Lambert.  Artis ini di negara barat sendiri sudah banyak pihak mempertikaikannya, secara tiba-tiba Malaysia pula meluluskan konsert beliau di Stadium Putra Bukit Jalil pada 14 Oktober 2010.

Walaupun apa pun alasannya, kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan patut dipersalahkan atas penganjuran konsert sebegini. Kementerian tersebut memegang kuasa menghalal dan mengharamkan sesuatu konsert. Sepatutnya kementerian lebih peka terhadap penganjuran sesuatu konsert. Bukan sekadar bentuk konsert tersebut perlu diteliti, bahkan artis tersebut juga perlu dinilai.

Adam Lambert adalah artis kotor yang terkenal dengan imej gaynya. Pengakuannya sendiri bahawa beliau memang pengamal gay amat menjijikkan. Lihatlah imej beliau di Internet dan dimana-mana, akan jumpa dengan perlakuan gay beliau ketika beraksi di pentas. Continue reading

Jom bersama XPDC Dakwah Konsert Adam Lambert

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang tetap berdegil dan mahu meneruskan Konsert Adam Lambert yang akan dijadualkan berlangsung di di Stadium Putra Bukit Jalil khamis ini. Konsert sulung yang diberi nama ‘Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010′ akan tetap diteruskan atas alasan mereka harus mematuhi syarat-syarat dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh PUSPAL. Ketua Penolong Setiausaha PUSPAL, Mohd. Dian Nais berkata antara syarat yang ditetapkan ialah pakaian artis yang tidak keterlaluan serta artis terbabit tidak melakukan kelakuan melampau seperti membuka pakaian ketika membuat persembahan.

Ternyata kerajaan UMNO/BN tidak peka dengan bantahan demi bantahan yang telah dikemukakan dengan memandang remeh akan hal-hal yang berkaitan dengan masalah sosial serta tidak mengambil kira pandangan rakyat terutamanya diperingkat marhaen agar konsert ini dihentikan atas dasar penyanyi tersebut yang sememangnya jelas mengaku beliau seorang gay. Bagaimana ini boleh menjadikan kerajaan ‘membutakan mata dan memekakkan telinga’ atas segala rayuan dan permintaan agar konsert ini dihentikan demi memelihara sensitiviti masyarakat yang rata-rata penduduk Malaysia majoritinya beragama Islam. Mengapa didalam hal ini tidak mahu merujuk kepada mereka yang mahir hukum hakam agama? Bukankah ramai tokoh-tokoh dan mufti-mufti kerajaan negeri yang boleh dibuat rujukan? Atas dasar apa PUSPAL melihat ke’harusan’nya konsert ini mesti diadakan? Apa jaminannya yang rakyat tidak akan terpegaruh dengan budaya gay yang pastinya akan dipertontonkan sebagai salah satu gimik konsert. Sedangkan dalam masa yang sama, satu lagi konsert oleh artis yang mengajak manusia kembali kepada jalan Allah swt iaitu Maher Zain yang akan berlangsung di Dewan MBSA tidak pula digembar-gemburkan dan sepi daripada pandangan media.

Continue reading

ISA MENGGANAS KEMBALI


Oleh : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


Kerajaan hari ini isytiharkan telah menahan 7 kakitangan Jabatan Imigresen di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan warga asing ke negara ini. Turut ditahan, menurut maklumat adalah 2 warga asing.

Dari sudut positifnya, nampaknya tindakan polis sangat baik. Membanteras kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan manusia adalah tindakan yang sangat terpuji. Memang pemerdagangan serta penyeludupan warga asing ini amat berbahaya kepada negara. Dengan latar belakang warga asing yang diseludup tidak diketahui, ditambah pula tiadanya dokumen yang sah ia pastinya merumitkan kerajaan. Tindakan segelintir manusia yang sanggup menghambakan manusia demi kepentingan dunia amat mengecewakan.


Continue reading