Perlantikan Isa Samad, NKRA Najib Memerangi Rasuah

Parti Islam Se-Malaysia PAS menyifatkan perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda, berkuat kuasa 1 Januari 2011, sebagai satu lagi pencapaian  Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diwar-warkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilancarkan pada 20 Januari 2010. Antara NKRA telah diputuskan oleh Kabinet ialah membanteras rasuah melalui Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

PAS berasa hairan Perdana Menteri yang terkenal dengan berbagai-bagai  slogan retorik, untuk membuat  pembaharuan (transformasi), tiba-tiba boleh melantik Tan Sri Isa Samad yang pernah disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh  Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau  telah dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun. Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan. Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi. Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan September tahun 2004.

Continue reading

Piala Suzuki: PAS ucap tahniah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Dis: PAS mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak negara yang berjaya menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

“Tahniah Malaysia menebus maruah Malaysia kalahkan Indonesia 3-0.

“Syabas, kalau kalah pun puas hati, pemain bersemangat Malaysia, tak macam Umno menang dengan rasuah,” ujar Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada laman twitter.

Pada perlawanan tersebut, gol pasukan negara dihasilkan oleh Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin minit ke-67.

Perlawanan kedua akan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Rabu ini.

RM500 Untuk Guru-Guru, Muhyiddin Jangan Melatah

Parti Islam Se-Malaysia mengharapkan Timbalan Perdana Menteri jangan melatah tidak tentu fasal berkenaan dengan janji RM500 sebulan kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat. PAS berasa pelik seorang Timbalan Perdana Menteri  mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menaikkan gaji guru-guru di negeri Pakatan Rakyat.

Iltizam Pakatan Rakyat  kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, bukannya sekarang. PAS mengharapkan Tan Seri Muhyiddin tolong perhatikan ayat-ayat yang terkandung dalam buku jingga yang telah diedar di Konvensyen Pakatan Rakyat 19/12/2010. Jangan terlalu gelabah sehingga terlalu emosi dalam membuat kenyataan. Selaku Timbalan Perdana Menteri beliau tentu lebih arif dalam hal kewangan negara dan bidang kuasa kuasa pendapatan negeri yang terlalu kecil, jangan beliau bercakap macam ketua cawangan Umno sahaja.

Continue reading

Pemuda PAS tekad rampas kerusi Tenang

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Pakatan Rakyat akan menjadi saingan yang sengit kepada Umno BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kata Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar.

Beliau berkata, meskipun kerusi tersebut merupakan kubu kuat Umno BN, namun jentera pemuda akan berkerja bersungguh-sungguh untuk merampas kerusi tersebut.

“Harapan saya jentera pemuda turun berkerja habis-habisan. Walaupun  itu kerusi kuat BN tapi melihat kepada mood rakyat dan cabaran semasa, kita akan beri saingan yang sengit kepada Umno BN untuk mencapai kemenangan,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Continue reading

DPPP ANJURKAN FORUM POLEMIK KETUANAN MELAYU BAGI JELASKAN KEKELIRUAN

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) akan menganjurkan satu forum yang bertajuk ‘Polemik Ketuanan Melayu’. Forum ini akan diadakan pada hari Ahad, 26hb Disember 2010 bersamaan 20 Muharram 1432, bermula jam 9.30 malam hingga 12.00 malam bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Kajang, Kajang, Selangor.

Forum ini diadakan bertujuan untuk memberi ruang kepada NGO dan parti politik merungkai masalah yang berlaku. Forum ini juga diadakan bagi mencari formula bagaimana asas-asas Islam dan Melayu dalam perlembagaan boleh dipertahankan, mencari punca-punca kepada polemik dan penyelesaiannya, serta menggariskan peranan yang boleh dimainkan oleh NGO dan parti politik dalam menghadapi polemik Ketuanan Melayu.

Continue reading

TAHNIAH PELAJAR YANG BERJAYA DALAM PMR

Oleh : Fadhil Osman

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merakamkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan PMR baru-baru ini. Difahamkan seramai 30, 863 daripada 439,456 pelajar memperolehi pangkat A dalam semua mata pelajaran. Keputusan PMR tahun ini merupakan yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Keputusan ini membuktikan bahawa semakin ramai pelajar mampu mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan mereka. Dengan kecekalan, kesungguhan dan semangat mereka berjaya membuktikan kejayaan dalam PMR ini.

Continue reading

Beri Pakatan Rakyat Perintah, Baru Buat Tuduhan

Oleh : Ust Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat

 

PAS menasihatkan pemimpin Umno BN supaya bertenang dan rasional sebelum membuat tuduhan mengatakan janji 100 hari adalah pembohong besar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.

Pakatan Rakyat belum lagi memerintah negara ini, sedangkan BN sudah 53 tahun memerintah Malaysia. Beri kami perintah dulu, kemudian baru nilai prestasi dan banding dengan pemerintahan BN. Macam mana seorang Timbalan Perdana Menteri bercakap dengan penuh emosi seolah-olah  takut dengan bayang-bayang kekalahan yang akan dihakim oleh rakyat dalam PRU akan datang. Sebenarnya yang banyak berbohong ialah pemimpin Umno yang memberi rakyat dengan berbagai slogan pelali,  berbagai-bagai jenama untuk melekakan rakyat. Antaranya rakyat didahulukan apa yang berlaku ialah rakyat yang kena dulu, tradisi membela rakyat apa yang berlaku ialah tradisi menindas rakyat, pencapaian yang diutamakan apa yang berlaku ialah pemimpin diutamakan. Bergegar dengan slogan transformasi apa yang berlaku ialah negara dilanda inflasi sehingga rendahnya kuasa membeli.

Tan Sri Muhyidin juga mengatakan janji 100 hari menyebabkan negara akan bankrap. PAS hendak mengingatkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin anak Pak Kiai Muar jangan membayangkan cara pemerintahan PR sama seperti cara BN menguruskan negara ini. Telahan bankrap datang daripada Datuk Seri Idris Jala Menteri Jabatan Perdana Menteri, yang mengatakan negara akan bankrap pada 2019, yakni bankrap dulu, baru negara maju pada tahun 2020.

Janji 100 Hari, BN Resah

Pemimpin Umno BN gelisah mengenai janji 100 hari PR yang diisytihar di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2 pada 19/12/2010. Ini jelas kelihatan daripada kenyataan pemimpin BN  termasuk daripada NGO Umno  menuduh ini janji yang tidak realistik. Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa program ini membazir dan memberi kesan buruk  kepada struktur ekonomi negara.

PAS berasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno BN yang menuduh ini suatu  usaha yang membazir. Semua program yang menguntungkan rakyat dianggap membazir,  seperti  kerajaan  Pakatan Rakyat di Selangor yang memberikan air 20 meter padu kepada rakyat di negeri tersebut.

Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak hendak membina Menara Warisan 100 tingkat tidak  dianggap membazir. Untuk kroni dan anak beranak tidak membazir. Sebenarnya pemimpin BN resah dengan janji 100 hari yang akan dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat  jika diberikan mandat untuk mentadbir negara ini. Rakyat yang berada di bawah pemerintah BN mula membuat perbandingan dengan negeri  Pakatan, mereka melihat rakan mereka di negeri Pakatan hidup selesa kerana pemimpinnya siang malam memikir bagaimana untuk memberi kepada rakyatnya,  manakala pemimpin BN memikir apa yang boleh diambil daripada rakyat.

Continue reading

SERAHKAN HAK PEMILIKAN TANAH KEPADA PENDUDUK KAMPUNG BARU

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) menyatakan kekesalan terhadap Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2010 tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Persatuan Pembangunan Kampung Baru. Langkah ini seolah-olah mengenepikan peranan Persatuan Pembangunan Kampung Baru yang mewakili suara penduduk Kampung Baru.

DPPKT juga membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru. Adalah difahamkan bahawa Perbadanan Pembangunan Kampung Baru mempunyai kuasa yang luas termasuklah dari segi pengambilan tanah penduduk. Selain itu perbadanan juga diberi kuasa jaminan perlindungan daripada tindakan undang-undang. DPPKT turut merasa mecewa kerana Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) akan kehilangan pengaruh dan kuasa sedangkan MAS adalah badan pentadbir kampong Baru sejak sekian lama.

Continue reading

Umno Biadab Dengan Raja-Raja Melayu

Sah, pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia.  Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana. Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang  ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja  Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan “dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia”. Sebenarnya  pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.

Continue reading

Rakyat Berubah BN Rebah

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan Rakyat, urusetia dan peserta Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 yang telah berjaya dengan jayanya. Konvensyen yang telah berjaya mencapai matlamatnya. Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Dis 2010 yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, Mca dan Gerakan. Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku.

Pemimpin Umno BN  takut perubahan kerana mereka manusia yang tidak mahu berubah. Mereka takut rakyat berubah kerana mereka akan rebah. Mereka tidak mahu kepada urus tadbir dengan baik dan telus kerana takut perut mereka kurus.

Continue reading

AWASI KAWASAN FLAT DARI GEJALA ZINA

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ketua Sub-Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Mohd. Hassan bahawa remaja yang tinggal di kawasan flat kos rendah adalah berisiko tinggi terdedah kepada perbuatan zina dan pembuangan bayi. Menurut beliau, faktor jarak rumah yang terletak berhampiran antara satu sama lain boleh mendorong kepada perbuatan tersebut.

DPPWP berkongsi kebimbangan dengan jumlah flat kos rendah atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Kuala Lumpur yang agak banyak. Dalam keadaan begini, bagaimanakah gejala seks bebas atau zina serta gejala pembuangan bayi dapat dibendung dalam masyarakat.

Continue reading

INTIPATI UCAPAN PRESIDEN PAS SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT 2010

INTIPATI UCAPAN PRESIDEN PAS SEMPENA

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KE-2

Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang

19 Disember 2010

Mukaddimah

Yang Dihormati Saudara Pengerusi, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), YAB Saudara Lim Guan Eng – Setiausaha Agung DAP – Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Dihormati Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – Presiden PKR, Seluruh Anggota Kepimpinan  PAS – PKR – DAP, YAB Menteri Besar Kelantan – Kedah – Selangor, NGO, para tetamu dalam dan luar negara, Wakil-wakil Kedutaan Asing, Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh perwakilan dan pemerhati sekalian.

Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita sekali lagi berada dalam kesempatan yang sangat bermakna di penghujung tahun 2010, setelah setahun lalu kita sama-sama melakarkan sejarah dengan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Shah Alam pada bulan Disember 2009.

Tentunya Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua ini pula akan menjadi medan kita bermuhasabah, menilai keperluan, menanda aras pencapaian dan menambahbaik tindakan, setelah kita diberikan amanah menguruskan kerajaan di empat buah negeri dan seterusnya memimpin rakyat untuk membuat perubahan di negeri-negeri yang lain, insyaAllah.

Continue reading

Barang naik: PAS edar risalah protes

Malaysiakini

PAS memulakan kempen memprotes kenaikan harga 4-dalam-1 dengan mengedar risalah kepada pengunjung gedung membeli-belah di ibu kota lewat petang ini.

Kempen berkenaan dijalankan oleh lebih 10 orang anggota pergerakan pemuda PAS Selangor dan Wilayah Persekutuan di kawasan yang menjadi tumpuan ramai pembeli di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

pas handing out leaflets on price hikes 5Kempen itu diadakan bagi menuntut kerajaan membatalkan kenaikan harga petrol, diesel, gas dan gula pada 3 Disember lalu.

Risalah berkenaan antara lainnya menyebut “rakyat bantah kerajaan BN kurangkan subsidi dan naikkan harga gas RM1.90 (naik 5 sen), gula RM2.10 (naik 5 sen), minyak ron 95 (naik 5 sen) dan minyak diesel RM 1.80 (naik 5 sen).”

Selain itu, ia turut membangkitkan kesan daripada peningkatan harga barang keperluan berkenaan.

“Apa kesannya? Harga teh tarik naik, tambang bas naik, khidmat kesihatan semakin mahal, yuran sekolah semakin tinggi,” kandungan risalah itu dipetik.

Continue reading

BUKAN SEKADAR PLURALISME, NASIONALISME JUGA TERPESONG DARI ISLAM

Oleh : Mohamad Suhaimi Abd Aziz, Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyatakan fahaman pluralisme adalah bertentangan dengan Islam. Ini kerana fahaman pluralisme amat bahaya kerana boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini. Islam adalah agama yang benar di sisi Allah SWT dan tidak boleh disamakan dengan agama yang lain.

DPPWP juga bersetuju bahawa mereka yang berfahaman demikian adalah golongan yang terpesong dari ajaran Islam dan wajib kembali kepada Islam. Namun demikian, mempertikaikan kedudukan bangsa Melayu bukanlah bererti menganut fahaman pluralisme. Fahaman Pluralisme merujuk kepada fahaman kemajmukan dan   kesamarataan kepada semua agama dan bukan kepada kedudukan sesuatu bangsa.

DPPWP tidak menafikan kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam di dalam Perlembagaan. DPPWP tetap menyokong bahawa Perlembagaan meletakkan kedudukan istimewa kepada bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.

Continue reading

LAKSANAKAN SEGERA DASAR GAJI MINIMUM

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak kerajaan agar melaksanakan segera dasar gaji  minimum sekiranya benar kerajaan mahu membela rakyat atau bertepatan dengan slogan kerajaan ‘rakyat didahulukan’.  Ini kerana masih ramai rakyat Malaysia yang masih berada di garis kemiskinan negara sedangkan harga barang terus melambung tinggi.

Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia tahun 2009, mendapati sebanyak 34 peratus pekerja daripada kira-kira 1.3 juta pekerja berpendapatan kurang dari RM700 sebulan. Sekiranya ini benar, bererti masih ramai rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di sekitar ibu kota menderita kemiskinan kerana gaji yang diterima terlalu rendah.

DPPWP mempersoalkan mengapakah terlalu payah kerajaan mahu melaksanakan dasar gaji minimum yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan rakyat, tetapi dalam masa yang sama kerajaan tidak teragak-agak dan terlalu mudah untuk menaikkan harga barang keperluan. Tidakkah kerajaan memikirkan bagaimana nasib mereka yang berpendapatan kurang dari RM700 ini untuk hidup dalam keadaan sedemikian.

Continue reading

Datuk Seri Najib Mesti Beramal, Bukan Bercakap Sahaja

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan  Datuk Seri Najib Tun Razak juga mesti bercakap serupa dengan bikin. Allah SWT murka dengan orang yang bercakap tetapi tidak buat. Sebagaimana firman Allah SWT ‘Wahai orang-orang yang beriman kenapa kamu bercakap perkara yang kamu tidak lakukan”.( Assof 61:2) Ketika beliau berucap merasmikan masjid Saiyyidina Ali di Bukit Katil Melaka, dengan sinis mengatakan usaha untuk meninggikan syiar Islam dan membangunkan ummah tidak boleh berdasarkan kepada slogan “Membangun Bersama Islam”  semata-mata, kerana tidak akan membawa kepada pembangunan ummah hari ini.

PAS ingin memperingatkan kepada Datuk Seri Najib yang juga Presiden Umno dengan slogan inilah PAS boleh memerintah sampai 20 tahun di Kelantan walaupun dengan sekatan dan diskriminasi politik kuno Umno kepada kerajaan rakyat yang sah. PAS boleh buktikan banyak perkara yang PAS lakukan melalui slogan Membangun Bersama Islam, kemudian ditiru pula oleh kerajaan pusat. Contohnya pinjaman tanpa faedah kepada kaki tangan, bantuan kifalah untuk warga emas, rumah tiga bilik, cuti  dua hari dalam seminggu, kempen menutup aurat, kaunter berasingan, mengharamkan judi, menghadkan arak kepada orang bukan Islam sahaja, pajak gadai Islam, menunjukkan slogan yang PAS gunakan seiring dengan amalan.

Continue reading

PEMUDA WILAYAH TURUN PADANG UNTUK KEMPEN MEMBANTAH KENAIKAN HARGA BARANG

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) akan turun padang bertemu rakyat untuk mengedarkan risalah kempen bantahan berhubung kenaikan harga barang dan minyak petrol.

DPPWP berkongsi bebanan yang ditanggung khususnya oleh golongan berpendapatan rendah ekoran tindakan Kerajaan BN menaikan harga barangan seperti minyak dan gula. Kesannya kebanyakan barang keperluan lain termasuk makanan, peralatan, barang dapur, serta kos pengangkutan turut bertambah. Rakyat khususnya golongan bawahan menanggung derita yang tidak berkesudahan akibat kenaikan ini. Dalam keadaan kerajaan baru bercadang mengkaji kenaikan gaji sesetengah pekerja kerajaan, harga barang terus melambung. Apakah nasib rakyat khususnya warga kota bagi menampung kehidupan mereka.

Continue reading

Wikileaks- Jangan Lupa Isu Kenaikan Harga Barang

Walaupun isu Wikileaks menjadi panas dalam politik Malaysia, namun PAS mengingatkan jangan pula lupa bahawa ini juga sebahagian daripada agenda media Barisan Nasional untuk mengalihkan isu kenaikan harga petrol, diesel, gas dan tepung pada 4 Disember 2010. Isu ini telah menimbulkan kemarahan rakyat, kerana mereka sudah mula terasa dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian.

Kerajaan BN semakin takut dengan kemarahan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang. Malahan perkara ini  telah menjadi bualan di kalangan rakyat peringkat bawah termasuk di kalangan penyokong tegar Umno. Apabila minyak naik ia memang  akan melibatkan keperluan rakyat terus meningkat kerana kebanyakan barang dibawa menggunakan minyak.

Continue reading

SUMBANGAN BANTUAN MANGSA KEBAKARAN

Kejadian kebakaran telah berlaku pada 5 Disember 2010 kira-kira jam 10.30mlm di sebuah kampung air iaitu di Kampung Patau-Patau 2, Labuan. Kejadian yang melibatkan 4 buah rumah kayu hangus di dalam kejadian. Kejadian berlaku dengan cepat kerana kedudukan rumah yang agak rapat, disamping angin membuatkan api cepat merebak

Parti Islam Semalaysia (PAS Kawasan Labuan ) yang diketuai bekas calon 2003 dan 2008, saudara Matusin Abdul Rahman bersama delegasi PAS Labuan, juga disertai wakil Parti Keadilan Rakyat serta DAP Labuan (Sekretariat pakatan Rakyat) telah mengadakan kunjungan pada 12/12/2010, bagi menyerahkan sedikit sumbangan berupa wang ringgit serta sedikit bekalan makanan bagi meringankan beban mangsa kebakaran tersebut. Sekretariat PR Labuan menyampaikan ucapan takziah moga-moga keluarga mangsa tabah serta sabar dengan ujian Allah, sebagai ujian kasih sayang antara Allah dan hambanya.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh terus berbuat demikian ke akaun peribadi keluarga mangsa kejadian. Di sini disertakanbutiran akaun penerima.

1) IBRAHIM MOHAMAD   (MAYBANK 165125208283)
2) NORIZAN BT SAHARI (BANK ISLAM  15011020152094) 0178095305
3) ASMIRA YUSSOF  (CIMB  15010000899208) 0168059081
4) SHAHRIDAH BT JAINIH ( BANK ISLAM 15011020152162)

TAHNIAH KEPADA PROFESOR ULUNG NEGARA

Kamarul Arif Ambak

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan setingginya kepada Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Tan Sri Dr. Kamal Hassan dan Prof. Dr. Looi Lai Meng kerana telah dianugerahkan sebagai Profesor Ulung. Sesungguhnya penganugerahan ketiga-tiga tokoh akademik negara ini memberi pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa mereka serta membuktikan bahawa negara tidak ketandusan tokoh yang boleh mengharumkan nama negara dalam pelbagai sektor.

Dunia akademik merupakan dunia yang sangat penting. Ia melahirkan sarjana dan intelektual tinggi yang bakal menggalas harapan negara di masa akan datang. Generasi yang cerdik, intelektual dan berinovasi tinggi terhasil dari bimbingan golongan akademik seperti mereka ini. Hasil kajian yang mendalam dan bernilai tinggi dari tokoh-tokoh ini menjadi bahan rujukan penting kepada golongan sarjana yang lainnya.

Continue reading