KENAIKAN PETROL RON 97: TERIMA KASIH KERAJAAN BN !

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan merasa kesal kerana kerajaan menaikkan harga petrol RON 97 sebanyak 15 sen mejadi RM 2.30 sen seliter mulai hari ini. DPPWP merasakan tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol  RON 97 kali kedua secara terburu-buru boleh menyebabkan kesukaran kepada rakyat dan menjadikan keadaan ekonomi negara dalam keadaan huru hara.

Meskipun harga petrol RON 95 dikekalkan pada harga RM 1.85 sen seliter, namun ia tidak membawa erti apa-apa. Dalam keadaan minyak petrol RON 95 yang dipertikaikan ramai kerana kualitinya dikatakan rendah dan boleh menyebabkan kebakaran kepada kenderaan apabila berlaku kemalangan, apakah pilihan kepada rakyat yang inginkan keselamatan mereka di jalan raya? Terlebih lagi minyak RON 97 adalah lebih berkualiti yang mampu menjaga enjin untuk tempoh masa yang lama berbanding RON 95.

Continue reading