Akhirnya Sekolah Agama Bertapak di Putrajaya

3

Januari 19, 2011 oleh pemudawilayah


http://dppputrajaya.wordpress.com

1. Pemuda Putrajaya ingin mengucapkan tahniah diatas desakan dan usaha yang dilakukan oleh semua pihak termasuk PAS Kawasan dan Persatuan-persatuan penduduk di Putrajaya, maka Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Agama Putrajaya telah beropeasi bermula 1hb Januari yang lepas.  Sekolah Rendah Agama Putrajaya telah beroperasi sepenuhnya bangunan sendiri di Presint 9. Manakala, Sekolah Menengah Agama Putrajaya pula hanya beroperasi dengan menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaaan Presint 11 (2). Sesi pertama yang bermula pada 1hb Januari, hanya mengambil pelajar baru dari tingkatan satu dan hanya menghadkan kepada 3 kelas sahaja dengan seramai 15 orang kakitangan termasuk kakitangan am.

2. Pemuda Putrajaya melihat usaha ini adalah sebahagian daripada tanda-tanda Pilihanraya Umum akan datang semakin hampir. Ini juga di lihat usaha terdesak daripada UMNO-BN bagi menghadapi Piliharaya Umum akan datang. Ini kerana , tidak terdapat suatu perancangan teliti telah dilakukan oleh Tengku Adnan, selaku ahli Parlimen Putrajaya dan PihakPerbadanan Putrajaya bagi merealisasikan kewujudkan sekolah terbabit terutamanya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya.  Malah menurut matlumat yang diperolehi, tiada suatu kawasan pun yang telah diwarta sebagai tapak untuk Sekolah tersebut.

3. Pemuda Putrajaya juga melihat usaha di atas hanyalah bersifat politik dan bukanlah bertujuan bagi melahirkan modal insan yang memahami Islam sebagai Ad-deen dan bukanlah bertujuan membentuk generasi muda Putrajaya yang mentaati Agama. Ini dapat dilihat dengan jelas kepada program Tahunan Belia yang diadakan di Putarajaya yang jauh tersasar dari kehendak Islam.

4. Pemuda Putrajaya juga melihat, bahawa usaha untuk mengadakan Sekolah tersebut lahir dari desakan yang pernah dikemukakan oleh PAS Kawasan disamping desakan yang diwujudkan oleh persatuan-persatuan penduduk di Putrajaya. Pemuda Putrajaya juga berkeyakinan penuh, bahawa pelan mewujudkan tapak kekal Sekolah Menengah Agama Putrajaya masih belum diputuskan lagi dan ini sudah pasti akan mengambil masa yang lebih lama, sebagaimana desakan yang pernah dikemukana terhadap Sekolah Rendah Agama.

5. Desakan untuk mengadakan Sekolah Agama Rakyat di Putrajaya telah diperjuangkan oleh PAS Kawasan Putrajaya semenjak tahun 2004 lagi, walau bagaimanapun, projek pecah tanah dan perlancaran hanya dilaksanakan selepas pilihanraya 2008 dan pengambilan pelajarnya hanya dapat dilaksanakan pada tahun ini, iaitu tahun di mana semua pihak menjangkakan Pilihanraya Umum ke 13 akan berlangsung.

6. Kenyataan di atas dikuatkan lagi dengan kenyataan yang pernah disebut Tengku Adnan di dalam mesyuarat Perbandanan dan pertemuan dengan Ketua-ketua Blok dan Persatuan Penduduk.  Pada tahun 2004, ketika mula-mula diutarakan tuntutan penduduk, beliau pernah menyatakan, bahawa dengan kehadiran Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Menengah Agama akan menjatuhkan imej Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Bertaraf Dunia. Pandangan sedemikian dilihat seolah-olah menghina Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

7. Walau bagaimanapun, Pemuda Putrajaya mengharapkan dengan ada Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, perkembangan Islam di Putrajaya akan dapat disebarluaskan kepada seluruh penduduk Putrajaya. Di samping itu juga, diharapkan agar memberi kesan yang baik kepada pendidikan Islam dan masa depan umat Islam disamping menangkis pandangan negatif kepada terhadap Islam

WAN ASRUL AFENDI MUHAMMAD
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Putrajaya

About these ads

3 thoughts on “Akhirnya Sekolah Agama Bertapak di Putrajaya

  1. Habib Ahmad berkata:

    AHAD INI : Lepas Subuh Di MAsjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa Wacana Ilmu Bersama al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki :

    http://melayucyber.blogspot.com/2011/01/wacana-ilmu-bersama-al-fadhil-syeikh.html

  2. asampedas berkata:

    alhamdulillah.. akhirnya tertegak jugak skola agama di putrajaya. tp saya sedikit kecewa sbb sambutannya jauh dari yg saya jangka. mana taknya, suara2 yg mendesak supaya diadakan skola agama di putrajaya, suara2 yg sinis sbb tak adenya skola agama di putrajaya begitu gah, kecoh dan menjadi satu isu yg besar. tp bila dah didirikan berapa kerat yg mendaftarkan anak2 mereka.. kalau xsilap saya 300pun xsampai (maaf kalau saya silap). saya xsalahkan org2 yg bertanggungjwb dlm mendesak kerajaan sehingga bertapaknya skola agama di putrajaya malah saya amat berterima kasih kpd mereka atas usaha yg tidak jemu2… tp mana peginya suara2 yg riuh dan sinis, mengutuk tak ingat… hmmm.. hanya luahan yg terbuku…….

  3. sharmila ahmad berkata:

    bagaimana cara untuk sya nak daftarkan anak saya,saya dah tahan dgn perangai dia,suka melawan ada sesipa boleh tolong saya..sebab saya sayangkan dia..saya nak dia jadi anak yg soleh bukan anak derhaka.trima kasih.HIDUP SEKOLAH AGAMA DI MALAYSIA

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 95 other followers

Januari 2011
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

Media AlTernatiF

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 95 other followers

%d bloggers like this: