DATO’ SERI NAJIB JANGAN HAMPAKAN RAKYAT UNTUK BERDEBAT DENGAN ANWAR IBRAHIM

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak  Dato’ Seri Mohamad Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia agar menerima pelawaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan beliau mengenai ‘Janji 100 hari Pakatan Rakyat’.  Debat ini penting bagi melihat hujah dan fakta yang dilontarkan antara Perdana Menteri mewakili kerajaan Malaysia dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang di Parlimen.

DPPWP merasakan rakyat berhak mengetahui apakah kandungan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dalam buku Jingga benar-benar realistik ataupun retorik semata-mata. Perdana Menteri pula boleh mengemukakan hujah balas dengan mengemukakan apakah sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh kerajaan selama ini terhadap rakyat.

Zaman sekarang adalah zaman rakyat mahukan maklumat tepat dan bebas. Berdebatan adalah amalan biasa di negara maju antara pemimpin politik bagi menerangkan dasar negara dan membuktikan siapa yang mampu memberikan khidmat terbaik untuk rakyat. DPPWP yakin, dengan perdebatan secara akademik, sihat, bernas, terbuka dan matang akan mampu membentuk budaya pemikiran positif dari kalangan rakyat Malaysia. Lagipun isu ini adalah penting yang melibatkan kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Membidas melalui akhbar dan media rasmi negara tidak mampu memberikan jawapan tepat mengenai isu ini. Sedangkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah diberikan ruang dan peluang yang sama di media bagi menjelaskan janji mereka. Perdana Menteri seharusnya bersemuka dengan Anwar Ibrahim dalam ruang debat terbuka untuk membuktikan kebenaran.

Pastinya Perdana Menteri mempunyai maklumat yang lengkap dan mampu berhadapan dengan seorang Ketua Pembangkang seperti Anwar. Beliau mempunyai ramai pegawai-pegawai khas, Jabatan dan Unit yang mampu memberikan input penting dalam perdebatan ini. DPPWP juga percaya, di akhir debat nanti, akan ada ‘seseorang yang demam’ sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Perdebatan antara kedua tokoh negara ini bakal menjadi mercu tanda negara yang mengamalkan demokrasi yang sihat. Ia bakal memahat sejarah tersendiri apabila seorang Perdana Menteri mampu berhadapan dengan sesiapa sahaja demi kepentingan rakyat dan negaranya. Rakyat pula akan mengenang dan menghormati Perdana Menteri Malaysia sebagai PM yang paling ‘gentleman’, berjiwa rakyat, tidak beretorik, dan berjiwa besar sekiranya penerima pelawaan debat ini!

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Naib Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s