Peneraju Pemuda PAS Titiwangsa kekal

Dewan Pemuda PAS Titiwangsa baru sahaja selesai melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunannya sebentar tadi di Dewan Kohilal, Diamond Square. Dalam mesyuarat agung itu, Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan 8 orang Ahli Jawatankuasa telah dilantik bagi menerajui kepimpinan Dewan Pemuda PAS Titiwangsa untuk 2 tahun lagi.

Suhaimi Abd Aziz dan Mohd Shahir Abu Hasan kekal memegang amanah sebagai Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, sementara Zulhazran diangkat sebagai Naib Ketua Pemuda Titiwangsa yang baru. 8 orang ahli Jawatankuasa lain yang dilantik ialah Mohd Syahdan, Mohd Aizat, Mohd Azim, Mohd Azwan, Rusli, Nik Afifi, dan Mohd Hafizi. Khairul Anuar Manaf pulak telah dilantik sebagai Pengerusi Tetap yang baru. Continue reading