Dewan Pemuda PAS Titiwangsa baru sahaja selesai melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunannya sebentar tadi di Dewan Kohilal, Diamond Square. Dalam mesyuarat agung itu, Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan 8 orang Ahli Jawatankuasa telah dilantik bagi menerajui kepimpinan Dewan Pemuda PAS Titiwangsa untuk 2 tahun lagi.
Suhaimi Abd Aziz dan Mohd Shahir Abu Hasan kekal memegang amanah sebagai Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, sementara Zulhazran diangkat sebagai Naib Ketua Pemuda Titiwangsa yang baru. 8 orang ahli Jawatankuasa lain yang dilantik ialah Mohd Syahdan, Mohd Aizat, Mohd Azim, Mohd Azwan, Rusli, Nik Afifi, dan Mohd Hafizi. Khairul Anuar Manaf pulak telah dilantik sebagai Pengerusi Tetap yang baru.
Suhaimi Abd Aziz dalam ucapannya menyeru kepada semua anggota Pemuda PAS Titiwangsa terus bersatu menentang kezaliman dan kemungkaran bagi menegakkan agama Allah SWT khususnya di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Beliau juga meniup semangat pemuda-pemuda agar bersama-sama mempertahankan kemenangan yang Allah berikan di Parlimen Titiwangsa.
“Pada sesi kali ini, Allah telah mengamanahkan parlimen Titiwangsa kepada kita, dan menjadi tanggunjawab kita untuk mempertahankan kemenangan ini. “Untuk mempertahankan kemenangan ini, maka pemuda-pemuda ansorullah memperkuatkan diri dari sudut kebergantungan kepada Allah serta kekuatan fizikal dan mental.” tambahnya. Disamping itu, katanya pemuda juga harus terus turun mendekati anak-anak muda di sekitar Kuala Lumpur, khasnya Titiwangsa bagi mendidik mereka secara hikmah erti kehidupan Islam yang sebenar. Dalam isu Kg Baru pula beliau akan menjadikan ia sebagai prioriti utama untuk diperjuangankan di Titiwangsa. “Pemuda mesti bersedia menjadi benteng dihadapan penduduk-penduduk Kg baru yang kini cuba di rompak hak mereka.
“isu Kg Baru ini akan menjadi tanggungjawab yang utama dan sangat penting kepada kita semua ” katanya Mesyuarat Agung yang tamat kira-kira jam 2 petang tadi, dirasmikan oleh Timbalan YDP PAS Titiwangsa, Ust Raihan dan turut bersama beliau Naib YDP Titiwangsa Mohd Khairul Manap. Dua orang tokoh veteran PAS Titiwangsa, Hj Yusuf dan En Hedzer Ibrahim telah dianugerahkan sebagai tokoh yang telah banyak memberikan sumbangan kepada PAS di Titiwangsa. Sementara itu Nik Afifi telah dipilih sebagai tokoh pemuda harapan PAS Titiwangsa pada kali ini.
Kelab bola sepak Unit Amal Titiwangsa juga telah dilancarkan secara rasminya tadi.
Tahniah….Selamat menjalankan amanah
Bertuah punye bapak…. x kate laa pulak die lantik menjadi pengerusi yang baru isk isk isk….
dalah die x kate kat anaknye…..(akulah anaknye)