Elektrik Naik : DPPWP Kesal Kerana BN Terus Bela IPP, Bebankan Rakyat

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal kerana Barisan Nasional yang menguasai Kerajaan sekarang terus membela syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP). Beban subsidi mereka kini ditanggung oleh rakyat dan pemain industri yang lain dengan kenaikan berterusan tarif elektrik secara puratanya sebanyak 7% .

IPP yang ditubuhkan pada tahun 1996 menjadi pengeluar utama sumber bekalan tenaga elektrik negara dan Tenaga Nasional Berhad pula bertindak sebagai pemborong menyebabkan kos pengeluaran sumber tenaga ini begitu tinggi kerana margin keuntungan dikaut oleh dua pihak sebelum sampai kepada rakyat. Ini belum termasuk lagi pemain industri lain yang dijangkakan akan menaikan harga jualan produk mereka selaras dengan kenaikan tarif eletrik yang dikenakan ke atas kilang-kilang mereka.

Continue reading

Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan

BN=Barang Naik….semuanya akan terus naik atas dasar penjimatan subsidi

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 4.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Continue reading

Seloka Petang Isnin

Nama sebenar Abu Nawas ialah Abu Nuwas Al-Hasan bin Hani Al-Hakimi (750-810). Beliau lahir di Ahraz, Parsi dan merupakan salah seorang penyair yang terkenal di zamannya. Abu Nawas sebenarnya seorang yang warak, bagaimanapun beliau suka berjenaka dan pandai loyar buruk

“Suasana hingar bingar. Pagi itu kawasan pasar di Baghdad menjadi kecoh angkara seorang lelaki berbadan tegar dan berjanggut panjang yang mengucapkan kata-kata aneh dan membangkitkan kemarahan.

Lelaki itu berdiri di tengah-tengah orang ramai dan melaungkan:“Kawan-kawan! Hari ini saya sangat membenci perkara yang benar, tetapi amat menyenangi yang fitnah! Hari ini saya akan menjadi orang kaya, bahkan lebih kaya daripada Allah SWT sendiri!”

Sungguh aneh kata-kata lelaki itu kerana selama ini, dia terkenal sebagai orang yang alim dan warak. Orang ramai tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan lelaki ini?

Kalau hendak berlawak pun, janganlah sampai membenci kebenaran, menyukai fitnah dan mengatakan dia lebih kaya daripada Allah. Kata-kata itu boleh menyesatkan akidah. Orang ramai yang berada di pasar itu mula memarahinya.

Tetapi lelaki warak dan berjanggut panjang itu tidak memperdulikannya. Dia terus berceloteh tanpa ada tanda-tanda mahu berhenti. Tidak lama kemudian, datanglah askar kerajaan. Lelaki tersebut ditangkap lalu dibawa ke istana Khalifah Harun Al-Rasyid.

Continue reading

IPP projek khas untuk kroni Dr Mahathir

Malaysiakini : Syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) lahir pada 1996 apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik di seluruh negara ketika itu. Ada pihak mendakwa gangguan itu sengaja dilakukan bagi mengizinkan kewujudan IPP.

Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga akhirnya beliau terpaksa meletakkan jawatan.

TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.

Petronas pula diarah menjual gas pada kadar lebih murah daripada harga pasaran kepada IPP biar pun mereka membeli pada harga yang lebih tinggi daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

Demikian pendedahan yang dibuat oleh bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli dan dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini.

Continue reading

Pemilihan PAS paling bersih, harmoni

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Pemilihan pucuk kepimpinan PAS kali ini menggambarkan kestabilan parti, ketelusan pimpinan, ketokohan yang ada dalam parti dan sekaligus kredibiliti calon-calon yang bertanding.

Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu, Nik Nasri Nik Malek berkata, ini kerana pemilihan pucuk pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan kali ini dibuat dalam keadaan negara menunggu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya, parti-parti lain menangguhkan pemilihan masing-masing atas alasan mahu menumpukan kepada pilihan raya.

Tambahnya, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan kesediaan PAS meneruskan pemilihan.

“Kesediaan ini menunjukkan pemilihan pucuk pimpinan peringkat pusat ini tidak akan mengganggu gerak kerja ke arah PRU 13 nanti,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Continue reading

BN takut, ‘rayu’ belia pertahan Putrajaya

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Mei: Permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belia Malaysia membantu untuk mempertahankan Putrajaya bukti Umno BN takut berdepan Pilihan Raya Umum ke -13, kata Idris Ahmad.

Ketua Penerangan PAS itu mendakwa, permintaan Najib itu hanya sia-sia kerana yakin belia pada zaman ini matang membuat penilaian dengan pendedahan maklumat yang pelbagai dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana yang dikawal Umno BN.

“PAS yakin belia Malaysia bukan hidup zaman gua yang terputus maklumat. Belia Malaysia yang merupakan orang aktif dengan media baru yang sentiasa terdedah dengan maklumat sebenar.

“Umno hanya boleh mendapat sokongan daripada rakyat yang buta maklumat, belia bukan tergolong dalam kategori rakyat yang buta maklumat. Kebetulan pula yang datang di dalam perhimpunan ini bukan dengan kerelaan hati,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Continue reading

DBKL tanggung hutang selenggara RM50 juta

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan membuat kajian mengenal pasti cara terbaik mengutip yuran penyelenggaraan daripada pemilik rumah pangsa kos rendah dan sederhana di sekitar Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata keengganan pemilik rumah melunaskan yuran penyelenggaraan menyebabkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menanggung kerugian RM50 juta setahun.

Continue reading

Sir Alex Ferguson: No one has given United a hiding like Barcelona did

• ‘They are the best team Manchester United have faced’
• Guardiola: ‘That is the way we want to play’

Sir Alex Ferguson of Manchester United shows his disappointment after Barcelona’s 3-1 victory. Photograph: Matthew Peters/Man Utd via Getty Images

Sir Alex Ferguson hailed Barcelona as the strongest team he has confronted as a manager after the Catalans claimed their fourth European Cup at Manchester United’s expense, although this chastening experience has not dented the Scot’s enthusiasm to attempt to overhaul “the best team in Europe”.

The Premier League champions suffered a sobering defeat here, the scoreline deceptive, with their manager conceding his own team had been outclassed by a rampant Barça. “They do mesmerise you with the way they pass it,” Ferguson said . “I expected us to do better, particularly after half-time, but it wasn’t to be. Great teams do go in cycles and they’re at the peak of the cycle they’re in at the moment.

“They’re the best in Europe, no question about that. In my time as a manager, I would say they’re the best team we’ve faced. Everyone acknowledges that and I accept that. It’s not easy when you’ve been well beaten like that to think another way. No one has given us a hiding like that. It’s a great moment for them. They deserve it because they play the right way and enjoy their football.

Continue reading

Barcelona ‘raja’ Eropah

LONDON – Pep Guardiola mengukuhkan status Barcelona sebagai pasukan terhebat ketika ini selepas mencatat kemenangan 3-1 menewaskan Manchester United pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, semalam.

Jaringan Pedro, Lionel Messi dan David Villa membolehkan juara Sepanyol itu mendominasi perlawanan akhir itu, sekali gus menjadikan kemenangan di Wembley sebagai sesuatu yang penuh cemerlang selepas menewaskan United sebelum ini dalam babak sama pada 2009.

Sembilan puluh minit permainan semalam menyaksikan United gagal menghentikan asakan bertali arus Barcelona dan Red Devils sekadar memperoleh satu gol melalui Wayne Rooney.

Pengurus kelab Catalan itu juga mengakui amat kagum prestasi anak buahnya selepas berupaya menjulang trofi kejuaraan buat kali ini.

”Ini adalah cara kami bermain dan saya bangga dengan kejayaan yang diperoleh ini.

Continue reading