DPPWP Kutuk Serangan Ke Atas Pejabat Umno

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk serangan pihak tidak bertanggungjawab yang menyimbah cat dan membaling ayam yang disembelih ke bangunan pejabat UMNO Cheras dan Bandar Tun Razak pagi ini. Tindakkan ini jelas bertentangan dengan Islam.

DPPWP juga kesal dengan tindakan samseng pemuda Umno yang berkumpul dan membuat bising dihadapan pejabat PKR baru-baru ini. Begitu juga dengan beberapa siri himpunan Perkasa sebelumnya yang membakar gambar Ambiga sambil melaungkan slogan perkauman. DPPWP menolak sebarang aktiviti provokatif, mengugut, ekstrem dan samseng dalam menyampaikan pandangan kepada mana-mana pihak.

Continue reading

8 Tuntutan Bersih 2.0

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

Continue reading

Bersih 2.0: Tangkapan pra kejatuhan Umno BN

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih adalah pra kejatuhan Umno BN.

“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.

“Saya mengira kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui Twitter.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat.

“Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya.

Beliau sebelum ini menyokong himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan polis kerana memakai baju Bersih 2.0 mahupun mengedar risalah berkaitan.

Perdana Menteri dan Timbalannya Sewa Rumah RM 2.7 Juta Sebulan

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) kesal dengan pembaziran yang berlaku di kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya yang bernilai lebih RM 48.7 juta setahun. Kos sewa sahaja mencecah RM 2.7 juta sebulan, air RM 32 ribu sebulan, dan elektrik RM 171 ribu sebulan.

DPPWP hairan, kenapa sehingga ke hari ini kerajaan masih menyewa bangunan-bangunan pejabat termasuk kediaman rasmi pemimpin negara di Putrajaya daripada Perbadanan Putrajaya sedangkan selama ini mereka mencanangkan seantero dunia bahawa Putrajaya adalah Projek Kerajaan Barisan Nasional yang mengunakan wang rakyat.

Malah, urusan penyelenggaraan dan baik pulih bangunan-bangunan ini juga ditanggung oleh Kerajaan bukannya Perbadanan Putrajaya dan ini dijelaskan dalam jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kos baik pulih RM3,581,744.78 kediaman PM dan TPM termasuk dalam senarai liabiliti kerajaan.

Continue reading

PM DAN TIMBALAN HIDUP MEWAH KETIKA RAKYAT DISURUH BERJIMAT

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa terkejut dan kesal di atas tindakan kerajaan Malaysia membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Jumlah ini termasuk termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

DPPWP mempersoalkan mengapakah kerajaan sanggup membelanjakan berjuta ringgit setahun semata-mata untuk kos kediaman pemimpin-pemimpin negara? Dalam keadaan bebanan kos sara yang hidup yang meingkat, dengan kenaikan harga minyak petrol, kenaikan kadar tarif eletrik, kenaikan harga barang-barang keperluan, Perdana Menteri dan Timbalannya pula sanggup hidup bermewahan dengan duit rakyat.

Dalam keadaan demikian, patutkah kerajaan menarik balik subsidi yang sepatutnya dimiliki rakyat sedangkan kehidupan pemimpin negara dalam keadaan serba selesa. Nilai RM 49 juta jika diagihkan untuk pendidikan rakyat, mampu memberi biasiswa percuma ribuan mahasiswa setiap tahun. Bagaimanakah negara dapat melahirkan rakyat yang bertaqwa, berdisiplin, berhemah, berjimat dan mengutamakan kepentingan negara melebihi diri mereka sendiri jika pemimpin negara sendiri hidup dengan mementingkan kepentingan diri mereka sendiri berbanding kepentingan rakyat.

Continue reading

24 Jun 2011-Demontrasi Membantah Karikatur Utusan Malaysia

Karikatur: PAS buat demo, gesa KDN gantung permit Utusan
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 24 Jun — PAS mengadakan demonstrasi di bandar-bandar utama hari ini sambil menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia berhubung penyiaran karikatur yang didakwa menghina agama Islam.

Selain itu, parti Islam itu juga mahu polis dan jabatan agama menyiasat karikatur yang disiarkan pada 15 Jun lalu.

Hari ini, demonstrasi diadakan di beberapa negeri termasuk Perak, Pulau Pinang, Melaka dan Terengganu ekoran keengganan Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan karikatur itu.

Demonstrasi anjuran PAS di pekarangan Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur membantah karikatur terbitan Utusan Malaysia.

Continue reading

PEMUDA PAS WP ALU-ALUKAN PELANCONG HIMPUNAN BERSIH 2.0 KE KUALA LUMPUR

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kehadiran 300,000 rakyat Malaysia yang akan menjadi pelancong dalam Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur. DPPWP menyatakan kesanggupan menjadi tuan rumah kepada Himpunan BERSIH yang dianggap himpunan terbesar dalam sejarah kemerdekaan negara.

Dalam memastikan perjalanan semua pelancong BERSIH 2.0 ini dalam keadaan terkawal dan selamat, DPPWP menawarkan sejumlah anggota AMAL dan Pemuda yang akan bertugas siang dan malam bagi membantu melicinkan perjalanan peserta Himpunan Bersih nanti. Mereka ini akan ditugaskan dipelbagai tempat sekitar ibukota Kuala Lumpur sama ada sebagai penunjuk jalan, menjaga keselamatan, kebersihan, trafik dan lain-lain tugas yang akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Selain itu, DPPWP dengan kerjasama PAS WP akan menawarkan tempat-tempat penginapan yang berupa markaz PAS Kawasan-kawasan, Cawangan-cawangan serta rumah ahli dan pimpinan PAS sekitar Kuala Lumpur. Kesemua tempat ini adalah akses mudah kepada pengangkutan awam yang sedia tersedia.

Continue reading

Demontrasi Awam Membantah Kebiadapan Utusan

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) akan menganjurkan Demontrasi Awam bagi mengutuk kebiadapan Utusan Malaysia yang mempersendakan syariat Islam dan enggan meminta maaf. Seluruh umat Islam Lembah Klang dijemput hadir sebagai tanda kecintaan kita kepada syariat Islam. Demontrasi ini akan diadakan pada:

Tarikh : 24 Jun 2011 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Jumaat
Tempat : Perkarangan Masjid Jamek Kg. Baru

Seluruh teman-teman wartawan, NGO dan Polis dijemput hadir.

SYABAS PERLU MOHON MAAF, BUKAN MENYALAHKAN KERAJAAN NEGERI!!

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan kegagalan pihak Syabas yang tidak membuat makluman awal berhubung gangguan bekalan air yang berlaku disekitar Lembah Klang sejak semalam sehingga ke hari esok. DPPWP difahamkan gangguan ini berpunca dari aktiviti penyedia air untuk Syabas iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPALSH) yang melakukan penyelengaraan Sluice Valve dan juga Pam Air serta melakukan pembersihan loji rawatan air mereka. Kesempatan ini juga digunakan oleh pihak Syabas untuk menambahbaik sistem penyaluran air mereka. Jadi ianya nampak aneh apabila pihak Syabas menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor sebagai punca gangguan bekalan air ini.

DPPWP juga merasa hairan kenapa sejak tahun 1997 Syabas mengambil alih pengurusan air melalui program penswastaan air sehingga kini, masih berlaku masalah gangguan bekalan air. Apakah selama 13 tahun ini Syabas hanya mengaut keuntungan dengan mengabaikan aspek penyelengaraan? Ini jelas menunjukan bahawa Syabas tidak layak untuk menguruskan aset air Negeri Selangor.

Continue reading

Kejohanan Terbuka Badminton Indonesia 2011

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Lee Chong Wei yang berjaya melangkah ke pusingan seterusnya dalam Kejohanan Terbuka Badminton Indonesia 2011. Beliau telah mengalahkan Tommy Sugiarto dari Indonesia, 21-6, 21-8. Berikut ialah keputusan penuh bagi pusingan pertama Kejohanan Terbuka Badminton Indonesia 2011 :

Perseorangan Lelaki:

LEE CHONG WEI (MAS) mn Tommy Sugiarto (INA) 21-6, 21-8

Chen Long (CHN) mn Jan Jorgensen (DEN) 21-15, 23-21

Nguyen Tien Minh (VIE) mn Lee Hyun Il (KOR) 21-15, 15-21, 21-13;

Perseorangan Wanita:

Saina Nehwal (IND) mn Linda Zechari (BUL) 21-12, 21-10

Wang Shixian (CHN) mn Ai Goto (JPN) 21-9, 21-17

Tai Tzu Ying (TPE) mn Wang Xing (CHN) 15-21, 21-15, 21-19

Tine Baun (DEN) mn Sung Ji Hyun (KOR) 21-18, 19-21, 21-12

Petya Nedelcheva (BUL) mn Larisa Griga (UKR) 21-17, 19-21, 21-9

Continue reading

Wang zakat biayai yuran guaman menteri?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Saifuddin Nasution (PKR-Machang) menuntut kerajaan menjelaskan mengenai salah guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32,000.

Jumlah itu didakwa dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

“Yang saya bangkitkan ialah penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM32 ribu yang digunakan untuk membayar khidmat peguam yang mewakili menteri dan pengarah Jawi Datuk Che Mat Ali,” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Continue reading

TAHNIAH SAF KEPIMPINAN BARU PAS WP

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan tahniah kepada saf kepimpinan Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan yang baru dilantik bagi sesi 2011-2013.

Bagi DPPWP, pelantikan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan kali ini disifatkan saling melengkapi dan sempurna bagi menghadapi pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Dengan gabungan muka baru dan lama serta dengan kepelbagaian latarbelakang sama ada dari kalangan ulama’, profesional dan aktivis dalam jawatankuasa Badan Perhubungan PAS WP membuktikan bahawa PAS WP mampu dan sedia berubah bagi menghadapi cabaran mendatang.

DPPWP percaya kepimpinan baru PAS WP akan memberikan fokus terbaik serta mampu menggerakkan jentera pilihanraya PAS WP secara lebih efisyen dan  berkesan khususnya di kawasan-kawasan bertanding.

DPPWP sentiasa memberikan sokongan padu terhadap kepemimpinan PAS WP dan sanggup menggerakkan seluruh jentera pemuda PAS di semua peringkat untuk menjadi barisan hadapan bagi mempertahankan kemenangan PAS di parlimen Titiwangsa dan seterusnya meraih kemenangan bermakna di parlimen Putrajaya dalam pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan