PAS akan bongkar penyelewengan SPR

BUKIT KATIL, 27 Julai: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS Pusat akan membongkar kecelaruan SPR khususnya berkaitan daftar pemilih secara besar-besaran dalam masa dua minggu ini.

“Mesyuarat khas PAS Pusat yang berlangsung semalam memutuskan untuk membongkar penyelewengan dan kecelaruan daftar pemilih dengan menugaskan beberapa orang pakar IT untuk menjalankan tugas tersebut.

“PAS telah mengesan kecelaruan dan penyelewengan daftar pemilih dari dahulu lagi tetapi SPR tidak pernah mengakuinya, akhir-akhir ini barulah SPR mula mengaku,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini sekurang-kurangnya 17,000 nama pemilih dikenal pasti berada dalam daftar pemilih di dua tempat mengundi berasingan di seluruh negara.

“Bayangkan tuan-tuan 17,000 pengundi ini ianya jumlah yang besar dan kita sedang mengenalpastikan nama-nama pemilih yang lain sekarang ini.

“Semua ini adalah kelemahan dan penyelewengan yang mesti dipertanggungjawabkan kepada SPR sebagai badan yang bertanggungjawab kepada pengurusan dan pengedalian pilihanraya di negara kita,” katanya pada ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di pejabat PAS kawasan di sini malam tadi.

Continue reading

Blogger Yahudi: Najib perlu beri penjelasan

” Selepas APCO, kini blogger Yahudi pula pilihan Najib melutut minta nasihat untuk mentadbir negara. Apakah cerita di sebalik semua ini? Apakah Najib mempunyai hubungan istimewa dengan puak Yahudi laknatullah? Najib perlu menjelaskan kepada rakyat rasional mengambil Yahudi sebagai penasihat. Sebelum ini gerombolan UMNOAPCO inilah yang berbuih mulut mengatakan merekalah pejuang agama nombor wahid. Apakah bini Rosmah ini berani memberikan penjelasan? Kita tunggu…”

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak memberikan penjelasan berhubung tindakannya menggunakan khidmat blogger Yahudi untuk kepentingan dirinya.

PAS Wilayah Persekutuan dalam desakannya meminta Perdana Menteri menjelaskan dakwaan beliau menggunakan khidmat blogger Yahudi untuk mempromosikan dirinya di peringkat antarabangsa.

Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, laporan beberapa portal berita beberapa hari lalu dan hari ini menunjukkan Perdana Menteri membayar satu jumlah wang kepada bloger Yahudi itu.

Menurutnya, khidmat bloger Yahudi itu digunakan oleh Perdana Menteri bagi memperbaiki imej beliau dan juga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud di peringkat antarabangsa.

“Kami mendesak Najib menjelaskan adakah benar dakwaan tersebut kerana kita difahamkan blogger yang dimaksudkan itu merupakan kumpulan Yahudi yang menyokong Israel menjajah bumi Palestin dan juga anti kepada agama Islam,” katanya.

Continue reading

Tindakan Terhadap Pelajar Mesir Akan Semarakkan Kebencian Pada Kerajaan Umno-BN

PAS Pusat memandang serius tindakan pihak Kedutaan Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah (JPMK) ke atas pelajar yang mengadakan perhimpunan aman Bersih 2.0 Julai 9 yang lalu.

Perhimpunan Bersih 2.0 pelajar dan warga Malaysia di luar negara pada 9hb Julai lalu turut berlaku di beberapa buah negara yang lain, namun sehingga kini hanya di Mesir sahaja yang beria-ia untuk mengambil tindakan yang sangat melampau ke atas pelajar-pelajar Malaysia yang menyertai perhimpunan tersebut.

Menurut Lajnah Keahlian & Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat, antara tindakan yang diambil adalah pembatalan pengajian seorang mahasiswa negeri Selangor, menghalau 3 orang mahasiswa daripada Asrama Rumah Melayu di Abbassiyah (ARMA) tanpa sebarang notis dan surat tunjuk sebab, menyenarai hitamkan 40 orang mahasiswa negeri Perak dan beberapa orang mahasiswa negeri Terengganu yang menerima ugutan. Tambah Lajnah itu lagi, tindakan yang diambil juga dilakukan secara terburu-buru tanpa ada penyiasatan yang teliti dan tidak memberikan hak kepada mahasiswa terbabit untuk mempertahankan diri.

Continue reading

Biometrik untuk pastikan BN menang PRU 13

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Pemuda PAS Malaysia menolak penggunaan sistem biometrik kerana masih boleh dimanipulasi untuk mempastikan kemenangan Umno BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendirian tegas menolak penggunaan sistem biometrik ini yang pastinya masih boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mempastikan kemenangan Umno BN,” kata Pengarah Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan.

Ia juga, katanya akan membabitkan kos penyelenggaraan yang tinggi yang membabitkan duit rakyat berbanding penggunaan dakwat kekal yang lebih murah, mudah dan selamat.

Justeru, Pemuda PAS menolak kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menyatakan bahawa pihak SPR akan memperkenalkan sistem biometrik untuk memantapkan lagi tahap keselamatan dalam proses pilihan raya di negara ini.

Abdul Aziz menyebut di dalam satu sidang media di Kuching bahawa perlaksanaan sistem itu diharap dapat mengatasi isu pengundi hantu yang sering dibangkitkan pihak pembangkang setiap kali menjelang musim pilihan raya umum atau kecil.

Keputusan itu diambil apabila pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan sejumlah peruntukan kepada SPR untuk menggunakan sistem biometrik.

Continue reading

Kepada Siapa Rakyat Boleh Mengadu?

Kematian Allahyarham Baharudin Ahmad, 58 telah mengejutkan negara, lebih-lebih lagi dengan pendedahan pihak polis yang menyatakan bahawa arwah meninggal dengan tiga tulang rusuk dan giginya patah…  sedangkan pada awalnya polis juga mengeluarkan kenyataan bahawa arwah meninggal kerana serangan jantung.

Namun, menurut anak Allahyarham, Mohd Nasrul, keluarganya masih tertanya-tanya bagaimanakah polis mendapat fakta berhubung sebab kematian lelaki yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di KLCC, Kuala Lumpur dua minggu lalu sedangkan pihak keluarga sendiri masih belum menerima laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas jenazah.

Bukan itu sahaja, dalam menguatkan hujah mereka, polis telah memaparkan gambar ‘Baharuddin’ memegang dadanya semasa perhimpunan Bersih 2.0 Julai 9 yang lalu.

Continue reading

Pertandingan Mencipta Video Bersih 2.0 dilanjutkan ke 15 Ogos

Sukacita dimaklumkan bahawa, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melanjutkan tempoh penyertaan Pertandingan Mencipta Video Bersih 2.0 dan Tarikh tutup yang baru bagi pertandingan ini adalah pada 15 Ogos 2011.

Tempoh ini dipanjangkan bagi memberikan ruang kepada lebih banyak penyertaan untuk pasca himpunan serta meneruskan mesej promosi Bersih sebagai satu himpunan aman rakyat. Sehubungan dengan itu, Keputusan mengenai 3 video terbaik akan diumumkan pada 19 Ogos 2011 melalui Blog DPPWP di (http://dppwp.wordpress.com) dan juga email kepada pemenang.

Kriteria Video Yang Dikehendaki :

1. Minimum durasi video adalah 2 minit dan maksimum 5 minit
2. Memaparkan gambar atau rakam video berkaitan rakyat dan pilihanraya yang kotor
3. Memaparkan gambar atau rakam video himpunan Bersih
4. Memasukkan maklumat tarikh dan tempat Himpunan Bersih 2011
5. Memasukan maklumat 8 tuntutan Bersih, iaitu:

-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor

Continue reading

Akhirnya SPR akui pengundi hantu

Kenyataan SPR berhubung ‘klon’ dalam daftar pemilih secara tidak langsung merupakan pengakuan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud, dakwa Pemuda PAS.

Ini merupakan kenyataan ‘u-turn’ (pusingan-u) SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya,” kata pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan juga berkata, pengakuan itu dianggap kejayaan kepada BERSIH 2.0 apabila pembersihan daftar pemilih termasuk antara lapan tuntutannya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata, pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan ‘klon’ dalam daftar pemilih.

Sehubungan itu, jelas SPR sentiasa menggesa pengundi untuk tampil memeriksa pendaftaran mereka selain mengharapkan kerjasama parti politik untuk membersihkannya.

Beliau menjawab persolaan yang ditimbulkan Suhaizan sebelum itu berhubung dakwaan pendaftaran berganda di Baling dan Kuala Nerang.

Continue reading

Kerajaan silap anggap biometrik selesaikan masalah

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Kerajaan silap apabila menyifatkan langkahnya memperkenalkan sistem biometrik boleh meredakan kebimbangan terhahap ketelusan pilihan raya kerana sistem ini menambahkan lagi kebimbangan rakyat.

“Sistem biometrik hanya diketahui oleh pegawai dan tidak diketahui oleh rakyat dan petugas. Ini menyebabkan ia tidak telus kerana masalah sebenar pengundian adalah apabila ia tidak telus,” kata Dr Dzulkefli Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor.

Dzulkefli mengulas pengumuman SPR persetujuan kerajaan agar biometrik digunakan untuk pengesahan pengundi di hari pilihan raya nanti.

Sistem ini akan disambungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesahkan status sesaorang pengundi.

Persoalan sistem ini menjadi hangat kerana hilangnya keyakinan rakyat terhadap ketelusan dan kewibawaan SPR.

Ini kerana, pelbagai maklumat tersebar kononnya beberapa pemimpin kanan SPR dilantik khas oleh pemimpin kerajaan untuk mempastikan kemenangan BN.

Continue reading

Tazkirah Isnin : RISALAH BULAN RAMADHAN

Saudaraku muslim dan muslimah…

Assalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kami sampaikan risalah ini kepada anda dengan penuh kerinduan dan penghormatan. Kami sampaikan risalah ini dari lubuk hati kami yang paling dalam, disertai luapan rasa cinta kami kepada anda kerana Allah. Kita mohon kepada Allah yang Maha Perkasa agar Dia mempertemukan kami dan anda kelak di Syurga-Nya yang penuh dengan kenikmatan dan rahmat.

Saudaraku muslim dan muslimah…
Sehubungan dengan akan datangnya bulan Ramadhan, kami sampaikan sebuah nasihat sebagai sebuah hadiah yang berharga. Kami tidaklah membuat sesuatu yang baru dalam nasihat ini, melainkan sebagai suatu pengingatan yang insya Allah akan bermanfaat untuk orang-orang yang beriman. Kami harap, semoga Anda berkenan menerimanya dengan lapang dada dan mendoakan kita semua agar senantiasa dijaga, dibimbing oleh Allah Yang Maha Kuasa di jalan yang diredhai-Nya.

Continue reading

Bekas menteri akui perlu reformasi sistem p’raya

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Pertikaian PAS, Pakatan Rakyat, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan pelbagai pihak lain tentang ketelusan sistem pilihanraya di negara ini diakui berasas dan tidak sewajarnya dipandang ringan oleh kerajaan BN.

Sekiranya pilihanraya di negara ini benar-benar dilaksanakan dengan bersih dan adil, tidak mungkin pertikaiaan mengenainya berlaku sehingga menyebabkan pelbagai protes dilakukan secara berterusan oleh pelbagai pihak termasuk parti-parti politik, NGO-NGO di tanah air dan pelbagai pihak lain.

Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir (gambar) yang turut mengakui perkara itu antara lain meminta pihak kerajaan BN merujuk kepada penganjuran protes besar-besaran yang dilakukan oleh Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

“Sekiranya pilihanraya di negara ini memang bersih, masakan Bersih sanggup bersusah payah mengadakan perhimpunan itu. Ini menggambarkan keadaan di negara kita yang sudah teruk,” katanya.

Berucap pada majlis pelancaran sebuah NGO baru, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, di sini, baru-baru ini, beliau menyarankan kerajaan memperbaiki keadaan itu demi kepentingan negara.

Continue reading

Usah Bohong Lagi Pada Rakyat

Rata-rata generasi hari ini adalah generasi pasca merdeka, yang tidak pernah merasai keperitan perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Negara mencatatkan satu sejarah besar apabila para pemimpin bersusah-payah mengembleng tenaga untuk bersatu dan mengorbankan kepentingan parti-parti mereka demi kemerdekaan. Gabungan Barisan Nasional yang terhasil masa itu telah memberi harapan baru kepada rakyat.Namun, pada tahun 1978, disebabkan rasa curiga khususnya di kalangan UMNO terhadap perkembangan PAS menyebabkan akhirnya PAS ditendang keluar.

Akibatnya PAS hilang pengaruh, hilang rakan seperjuangan dan hanya memenangi satu kerusi parlimen oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Era tersebut telah menjadi sejarah negara, namun begitu ia tiada disebut dalam mana-mana buku sejarah yang diajar di sekolah.

Kita banyak menyembunyikan fakta sejarah kecuali yang menyebelahi pihak parti pemerintah. Sehinggakan fakta kemenangan PAS di Terengganu seolah-olah dibuang dalam sejarah Terengganu. Kenapa kita tidak jujur dalam ilmu, sehinggakan akhirnya rakyat sedar mereka telah dibohongi sejarah?

Kini, dalam rakyat kita sudah wujud satu generasi baru yang bebas berfikir, bebas mendapat maklumat dan mengetahui fakta sebenar. Disebabkan itu, kerajaan tidak seharusnya melayan rakyat seperti di era 1980-an walaupun radio nasional cuba mengembalikan nostalgia lama.

Continue reading

PEMUDA PAS WP MENGHARAPKAN LEBIH BANYAK KERUSI PARLIMEN DIPERUNTUKKAN UNTUK PAS WP DALAM PRU KE 13

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kenyataan Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub yang mensasarkan 80 kerusi Parlimen akan ditandingi PAS dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Untuk itu, DPPWP berharap kerusi tambahan tersebut ada di Wilayah Persekutuan.

Dengan hanya 3 kerusi sahaja untuk PAS bertanding sebelum ini iaitu di Titiwangsa, Putrajaya dan Labuan, DPPWP mengharapkan rundingan antara pimpinan tertinggi nanti akan memberikan ruang yang lebih untuk PAS WP bertanding dalam PRU ke 13. Dengan kekuatan jentera di kebanyakan kawasan, penambahan keahlian yang begitu ketara, penambahan pengundi yang mendadak serta mood rakyat dan pengundi yang meletakkan harapan yang tinggi untuk PAS di Wilayah Persekutuan menjadi sebab untuk melayakkan PAS bertanding di banyak kerusi. Malahan banyak kawasan yang tidak bertanding telah melancarkan jentera pilihanraya mereka seolah-olah mereka akan bertanding dalam PRU ke 13 kelak.

DPPWP mensasarkan beberapa kerusi tambahan yang mempunyai potensi kerana kekuatan jentera pilihanraya, dana dan ahli yang ramai seperti Parlimen Wangsa Maju, Setiawangsa dan Bandar Tun Razak. DPPWP melihat tindakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong dari PKR telah melompat keluar dari parti menjadi asas kuat untuk PAS bertanding di kawasan tersebut. Kebanyakan pengundi di kawasan tersebut amat kecewa dengan tindakan beliau dan mahukan calon dari parti lain (Pakatan Rakyat) bertanding di kawasan tersebut.

Continue reading

BARU KU TAHU MENGAPA AMBIGA DAN DAP PATUT KITA MUSUHI…

Oleh : wfaudin_ns

“DATUK S.AMBIGA, waktu ini menjadi teramat popular sehinggakan mengatasi populariti PM dan ahli kabinetnya, bahkan tokoh ini dilihat lebih diperkatakan dari Ketua Pembangkang sendiri, DS Anwar Ibrahim.Ini adalah kerana kejayaannya membawa Perhimpunan BERSIH 2.0 mencapai matlamat untuk berhimpun di Ibu Kota pada 09 Jul lalu.

Hanya seorang wanita gigih dan berani seperti beliau telah membuatkan KPN terpaksa tampil di muka TV pada malam 09 Jul yang lalu seperti tampilnya `Pemegang Mohor Besar Raja-Raja’ untuk mengumumkan Hari Raya. KPN tampil secara khusus untuk memberi `amaran keras’ terhadap peserta-peserta BERSIH.

Hanya kerana wanita ini seorang sahaja, Ibu Kota lumpuh lebih kurang 2 hari sebelum dan semasa 09 Jul yang lalu. Seluruh dunia tertumpu kepada BERSIH pada waktu itu dan wanita ini mula disebut ramai orang. Begitulah hebatnya Datuk S.Ambiga.

Namun, media dan pencacai Umno berterusan memburukkan imej wanita ini. Paling bodoh apabila KM Melaka mengesyorkan agar beliau dikenakan tindakan menarik balik kerakyatannya. Timbul pula isu Datuk S. Ambiga itu seorang India berugama Hindu yang memimpin BERSIH pada 09 Jul lalu. Adakah sewaktu BERSIH 1.0 pada tahun 2007 yang lalu yang dipimpin oleh Syed Syahir seorang Melayu Islam, ketika itu Umno dan pencacainya menyokong BERSIH? Ertinya, bukan masalah India atau Hindu, tetapi puak mereka sememangnya amat gentar dengan BERSIH.

Continue reading

JENTERA PILIHANRAYA PAS TITIWANGSA DIGERAKKAN BAGI HADAPI PRU PADA BILA-BILA MASA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) bersiap sedia mengerahkan jentera pilihanraya Kawasan Titiwangsa bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13. DPPKT menganggap kehilangan YB Dr. Lo’ Lo’ Hj  Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yang telah pulang ke rahmatullah pada 17 Julai 2011 yang lalu tidak melunturkan semangat untuk pemuda PAS Titiwangsa dan ahli keseluruhannya bekerja sebaik mungkin bagi menghadapi PRU ke 13.

Bagi DPPKT, persediaan jentera pilihanraya dibentuk dengan persiapan seolah-olah akan berlaku pilihanraya kecil di Parlimen Titiwangsa dalam masa terdekat meskipun hakikatnya tidak akan berlaku pilihanraya kecil selepas tempoh matang 3 tahun usia parlimen Malaysia. Ahli-ahli pemuda dan penyokong keseluruhannya terdorong untuk bekerja bagi mempertahankan parlimen Titiwangsa apabila menyaksikan kegigihan almarhumah Dr Lo’Lo’ semasa hayatnya dalam memberikan jasa bakti kepada segenap masyarakat tanpa mengira bangsa, warna kulit mahupun ideologi politik.

Justeru itu, sebagai pemangkin semangat ini, DPPKT akan melancarkan jentera pilihanraya umum ke 13 serta pelancaran bilik gerakan pemuda, muslimat dan kawasan serentak. Pelancaran ini akan dilaksanakan pada 24 Julai 2011 pada jam 1.00 tengahari bertempat di Darul Ummah, Markaz PAS Kawasan Titiwangsa, Kampung Pandan dan akan disempurnakan oleh YB Hj Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS.

Continue reading

Lihat! 10 Perkara, Orang Awam Ganas Lawan Polis?

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar meminta kerjasama orang ramai agar menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu.

Mustahil polis tidak mempunyai bukti-bukti keganasan yang dilakukan sehingga perlu meminta kepada orang ramai. Sedangkan polis boleh sahaja membuka youtube dan gambar-gambar yang diambil oleh orang ramai untuk digunakan sebagai bukti.

Jika polis menuduh video youtube dan gambar-gambar itu palsu, polis boleh sahaja guna khidmat pakar Amerika sebagaimana yang digunakan ke atas video seks ciptaan Dato ‘T’. Apa jaminan polis, orang ramai yang menyerahkan video akan selamat dari ugutan dan ancaman jika menyerahkan video keganasan polis.

Berikut adalah senarai 10 keganasan polis semasa himpunan Bersih 2.0.

Continue reading

JUMPA POPE BENEDICT XVI: PENGANUT KATOLIK SOKONG BN?

Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) terpanggil mengulas pertemuan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan Pope Benedict XVI yang jelas membuktikan tindakan terdesak Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan penganut Katolik di Malaysia kerana dilihat di dalam masa yang sama, rombongan turut membawa juga seorang pemimpin Katolik Malaysia Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam ke Vatican sempena lawatan Perdana Menteri di sana. Bagi kami, tindakan tersebut jelas sepertimana dahulu juga ketika Perdana Menteri turut membuat lawatan ke Negara India dan China bagi tujuan meraih psikologi pengundi berbangsa India dan Cina di Malaysia menjelangnya Pilihanraya.

Juga suatu ketika dahulu, usaha Dato’ Seri Najib untuk membawa Sheikh Yusuf al-Qaradawi ke Malaysia kurang berkesan bagi tujuan yang sama untuk membina pengaruh umat Islam terhadap pemerintahan BN ketika itu. Bagi kami usaha membawa Ulama-Ulama luar negara untuk membela perbuatan Dato’ Seri Najib dan BN juga gagal. Kami melihat Dato’ Seri Najib terpaksa pergi membuat lawatan ke negara-negara maju seperti Negara Amerika, Britain dan negara-negara lain untuk menerangkan keadaan sebenar dari terus dikritik oleh negara maju yang ada yang mengecam Malaysia dalam krisis politik yang semangkin buruk selepas Perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai yang lalu.

Continue reading

KERAJAAN MELAKA MENGGALAK MAKSIAT

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengecam tindakan Kerajaan negeri Melaka kerana melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari jam 1 pagi hingga jam 3 pagi. DPPWP kesal kerana Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bertegas dalam hal menjaga urusan agama Islam di negeri itu sehingga sanggup membiarkan aktiviti maksiat berleluasa.

Alasan menyaingi kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit tidak boleh diterima sama sekali. Sebagai ketua kerajaan yang beragama Islam di sebuah negeri, beliau sepatutnya mendahulukan perintah dan larangan Allah lebih daripada kehendak dan permintaan manusia. Sektor pelancongan boleh dibangunkan daripada pelbagai sudut lain yang lebih membawa kebaikan, tidak semestinya dengan pusat-pusat hiburan.

Adakah beliau tahu bahawa pusat-pusat hiburan adalah ibu kepada segala maksiat dan mendorong kepada perlakuan jenayah dimana-mana. Pergaulan bebas, perzinaan, pelacuran, arak, dadah, sehingga kepada perbuatan membuang anak – semuanya bermula di pusat hiburan. Melaka tidak boleh berbangga dengan adanya sekolah untuk wanita mengandung sebagai penyelesaian masalah zina dan pembuangan anak hasil dari gejala sosial,  kerana kemungkaran perlu ditegah, bukan diraikan.

Continue reading

Perjuangan Dr Lo’ Lo’ perlu diteruskan

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Pemergian Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali malam semalam sangat dirasai oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Titiwangsa kerana peranan beliau sangat penting dalam perjuangan PAS di Titwangsa dan semestinya amat sukar dicari ganti.

Timbalan ketuanya, Mohd Shahir Abu Hassan berkata Almarhumah Dr Lo’ Lo’ juga seorang yang gigih berjuang dan telah berjaya dengan segenap tenaga melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepadanya.

“Dan ini terbukti beliau telah berjaya menempatkan diri di hati masyarakat parlimen Titiwangsa khususnya selepas beliau diamanahkan sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu,” katanya.

Beliau menambah, walaupun peruntukan tahunan yang sepatutnya disalurkan kepada setiap ahli parlimen disekat, ia tidak mematahkan semangat almarhumah untuk terus berjuang memberikan khidmat kepada rakyat di Titiwangsa sehingga nafas terakhir.

“Jasa dan peranan beliau sangat besar, dan sifat beliau sebagai seorang ibu yang sering memberi teguran dan nasihat kepada Pemuda tidak akan kami lupakan malah akan menjadi azimat kepada perjuangan kami,” katanya.

Continue reading

Hiburan: Umno lulus mengapa MCA, Gerakan serang PAS

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Pelik bin Ajaib. Itulah kiasan yang paling tepat untuk mereka yang terlibat meluluskan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 tersebut yang kini menyerang PAS.

Sedangkan PAS yang sekadar menunaikan tanggungjawab sebagai kerajaan untuk menguatkuasakan enakmen tersebut untuk membantu umat Islam menumpukan perhatian kepada ibadah semasa bulan Ramadhan.

Sebagai reaksi balas kepada tuduhan bahawa tindakan kerajaan Kedah melaksanakan mempunyai agenda mewujudkan negara Islam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan bertanyakan kepada pemimpin MCA dan Gerakan, mengapa minda mereka tidak timbul pun soal ada agenda untuk negara Islam ketika Umno membentangkan perkara itu 14 tahun yang lalu.

“Sewaktu enakmen ini diluluskan tentulah kajian telah dibuat, tapi minda MCA dan Gerakan tidak timbul pun soal ada agenda untuk menubuhkan negara Islam,” ujarnya.

Katanya, kalau tindakan kerajaan negeri Kedah dikatakan ada agenda negara Islam, maka Barisan Nasional yang sepatutnya ditujukan tuduhan itu kerana mereka yang meluluskan enakmen tersebut.

Tuan Ibrahim juga turut menimbulkan beberapa persoalan mengenai kenyataan MCA Kedah semalam yang mengakui bahawa Barisan Nasional sememangnya meluluskan enakmen tersebut, tetapi ia tidak dikuatkuasakan.

Continue reading

DR.LO’LO – HILANGNYA SEBUTIR PERMATA

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah dan merasa amat kehilangan dengan pemergian YB Dr.Lo’Lo ke rahmatullah. Ini kerana beliau adalah tokoh yang amat disegani baik dari kalangan rakan Pakatan Rakyat (PR) mahupun BN kerana beliau amat tegas dalam memperjuangkan sesuatu isu.

YB Dr.Lo’Lo meninggal dunia malam ahad yang lepas akibat barah paru-paru di Hospital Selayang dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat semalam.

Sebagai wakil rakyat, beliau amat prihatin dengan rakyat dibawah tanah jajahan beliau. Beliau kerap turun padang dan bertemu sendiri dengan masyarakat bagi menyelami apakah masalah yang dihadapi serta sedaya upaya berusaha menyelesaikan masalah mereka. Sifat beliau yang ramah dan mesra menyebabkan beliau amat disenangi oleh pelbagai lapisan.

Sebagai ahli parlimen, beliau begitu konsisten dalam memperjuangkan isu yang melibatkan kepentingan rakyat terutama dalam mempertahankan tanah Kg.Baru dari di’belasah’ oleh UMNO/BN. Akta Pembangunan Kg.Baru ditentangnya habis-habisan kerana beliau sedar itu tidak lain hanyalah untuk merampas hak tanah orang melayu untuk diberikan kepada kroni-kroni UMNO/BN tanpa memikirkan apa yang akan jadi pada masa hadapan dengan hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Beliau pastinya akan berdebat dengan sesiapa sahaja yang di parlimen bagi mempertahankan tanah Kg.Baru. Jadi tidak hairan kalau antara wasiat terakhir beliau adalah pertahankan tanah Kg.Baru daripada dirampas.

Continue reading

DR LO’ LO’ SEKADAR YANG SAYA KENALI

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya. Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut ‘insyaAllah’.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM. Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo’ Lo’ Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi s.a.w nasihati kita:

“Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: ‘aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Continue reading