Pertandingan Mencipta Video Bersih 2.0 dilanjutkan ke 15 Ogos

4

Julai 25, 2011 oleh HermanSamsudeen


Sukacita dimaklumkan bahawa, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melanjutkan tempoh penyertaan Pertandingan Mencipta Video Bersih 2.0 dan Tarikh tutup yang baru bagi pertandingan ini adalah pada 15 Ogos 2011.

Tempoh ini dipanjangkan bagi memberikan ruang kepada lebih banyak penyertaan untuk pasca himpunan serta meneruskan mesej promosi Bersih sebagai satu himpunan aman rakyat. Sehubungan dengan itu, Keputusan mengenai 3 video terbaik akan diumumkan pada 19 Ogos 2011 melalui Blog DPPWP di (http://dppwp.wordpress.com) dan juga email kepada pemenang.

Kriteria Video Yang Dikehendaki :

1. Minimum durasi video adalah 2 minit dan maksimum 5 minit
2. Memaparkan gambar atau rakam video berkaitan rakyat dan pilihanraya yang kotor
3. Memaparkan gambar atau rakam video himpunan Bersih
4. Memasukkan maklumat tarikh dan tempat Himpunan Bersih 2011
5. Memasukan maklumat 8 tuntutan Bersih, iaitu:

-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor

6. Muzik atau petikan suara atau ucapan sebagai latar digalakan (Keutamaan kepada ucapan pemimpin PAS)
7. Penggunaan ayat Al-Quran @ Hadis digalakan
8. Setiap video dikehendaki meletakan nama pencipta dan nama “Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan” sebagai penerbit
9. Video yang dicipta hendaklah tidak menyentuh sensitiviti atau menghina mana-mana kaum, agama, individu atau parti.

Penilaian :
1. Penilaian akan dibuat berdasarkan:
a. Pematuhan kepada kriteria yang ditetapkan
b. Mesej video klip
c. Susunan plot dan jalan cerita video klip
d. Kualiti gambar dan pembikinan video klip
e. Komen dan jumlah penonton dalam Youtube

…keutamaan kepada peserta yang berjaya memberikan jalan cerita, mesej dan video yang paling berkualiti.

Maklumat lain:
1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak video yang dikehendaki.
2. Video klip peserta akan turut dipaparkan dalam laman Blog DPPWP di (http://dppwp.wordpress.com) dan dibenarkan untuk dikongsi atau digunakan untuk tujuan promosi Bersih disemua jaringan sosial.
3. Peserta digalakan mempromosikan video mereka bagi mendapatkan rating penonton yang tinggi.

Penghantaran :

1. Video yang telah siap hendaklah di muatnaik (upload) ke laman web Youtube mengunakan akaun peserta.
2. Peserta yang telah memuatnaik (upload) video mereka hendaklah menghantar link video berkenaan di Youtube ke email berikut – hermansamsudeen@gmail dengan tajuk “Pertandingan Video” dan menyertakan:
a. Nama Peserta
b. No. Kad Pengenalan
c. No. Telefon Bimbit
d. link video di Youtube

Hadiah ;
Tempat Pertama – RM 500
Tempat Kedua – RM 200
Tempat Ketiga – RM 100

Pertanyaan:

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila email kepada hermansamsudeen@gmail.com atau hubungi 019-216 8557 (Herman) / 012-698 4302 (Nurul Islam).

Sekian. Terima kasih.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

About these ads

4 thoughts on “Pertandingan Mencipta Video Bersih 2.0 dilanjutkan ke 15 Ogos

  1. Fahim Kun berkata:

    19 julai ke 19 ogos?

  2. Azri berkata:

    Siapa pemenangnya?

  3. awE berkata:

    agak terkilan kerana masih tiada nama pemenang..

  4. f4h1m berkata:

    #2 #3 +1

    Kalau dah anjurkan pertandingan, wpun peserta sikit umumkan jugak la siapa pemenangnya.. PAS… ==”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 98 other followers

Julai 2011
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

Media AlTernatiF

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 98 other followers

%d bloggers like this: