MALAYSIA NEGARA PEDAGANG MANUSIA?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2011 yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat yang menyenaraikan Malaysia di tahap kedua. Laporan ini menunjukkan bahawa isu pemerdagangan manusia di Malaysia berada di paras yang bahaya dan sesuatu tindakan perlu dibuat bagi membanteras gejala pemerdagangan manusia.

Lambakan pekerja asing yang menjadi punca pemerdagangan manusia di negara ini adalah isu besar yang perlu ditangani oleh kerajaan. DPPM mempersoalkan mengapakah pekerja negara asing boleh masuk secara mudah di negara ini walaupun pelbagai operasi penangkapan dan pembanterasan dijalankan. Mengapakah begitu longgarnya kawalan keselamatan di sempadan negara ataupun adakah kerana adanya rasuah yang membenarkan pekerja asing dibawa masuk secara mudah?

DPPM bimbang dengan lambakan pekerja asing menyebabkan jenayah dan gejala sosial turut berleluasa. Jenayah seperti pecah rumah, rompak, mencuri, rogol dan ragut naik mendadak dengan ramainya warga asing di negara ini. Kebanyakan golongan wanita tempatan merasa cemas serta tidak selamat untuk keluar rumah ekoran pelbagai jenayah yang terdedah terhadap mereka.

Lebih dari itu, kebanyakan warga asing turut mendominasi sesuatu penempatan. Warga tempatan kebanyakannya mengeluh kerana kawasan mereka dikuasai oleh warga asing termasuk premis-premis perniagaan yang dibolot oleh warga asing ini.

Continue reading

PASTIKAN PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL DILAKSANAKAN MENJELANG PRU KE 13

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengotakan janji dengan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Dalam pada itu, DPPWP mengalu-alukan cadangan kajian penggunaan dakwat kekal yang dibuat dengan terperinci oleh SPR.

DPPWP mengingatkan SPR agar jangan peristiwa tahun 2008 dahulu berulang di mana penggunaan dakwat kekal gagal dilaksanakan meskipun ianya telah diwar-warkan akan digunakan pada PRU ke 12. Pelbagai helah dan alasan digunakan bagi menutup kelemahan mereka dalam melaksanakan sistem ini. Hakikatnya, dakwat kekal masih gagal dilaksanakan dan sistem pilihanraya di Malaysia menjadi perbualan rakyat Malaysia ketika ini.

Penggunaan dakwat kekal akan mampu menyelesaikan segala persoalan pengundi bertindih atau pengundi yang mengundi berulang. Kos penggunaan dakwat kekal pula amat rendah dan mudah dilaksanakan. Dimana-mana tempat sama ada dibandar atau di ceruk kampung, penggunaan dakwat kekal amat sesuai digunakan.

Berbeza dengan penggunaan sistem biometrik, kosnya amat mahal dan tidak sesuai dilaksanakan khususnya di kawasan luar bandar. Sistem biometrik terpaksa bergantung kepada aplikasi internet dan tidak semua kawasan di seluruh negara ada akses internet. Bagaimana jika ianya digunakan di kawasan pedalaman yang tidak ada akses internet, sudah pasti biometrik tidak boleh digunakan kerana tidak boleh online dengan sistem.

Lebih dari itu, sistem biometrik tidak mampu menyelesaikan masalah pengundi klon atau bertindih kerana mereka ini masih valid dalam sistem walaupun mengundi berkali-kali. Justeru DPPWP tidak bersetuju penggunaan sistem biometrik dilaksanakan kerana ianya tidak menyelesaikan masalah yang timbul.

Continue reading

BEBASKAN MEDIA DARI KONGKONGAN POLITIK KEPARTIAN

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan membebaskan media cetak dari kongkongan parti politik pemerintah untuk menjadikan ia lebih relevan dan dekat di hati rakyat. DPPM mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon yang menyatakan media cetak masih lagi menjadi sumber utama berita dan sesuai dengan generasi lama.

Bagi DPPM, generasi lama dan kebanyakan rakyat masih menggunakan media cetak sebagai bahan rujukan mereka memandangkan akses internet masih belum mencakupi keseluruh kawasan khususnya di kampung-kampung. Oleh kerana itu, rakyat khususnya generasi lama masih bergantung kepada media cetak kerana itulah sumber maklumat yang mampu mereka perolehi.

Dalam keadaan demikian parti pemerintah tidak seharusnya mengambil kesempatan untuk meracuni pemikiran rakyat dengan berita berat sebelah dan menyerang pihak pembangkang semata-mata. Cukuplah selama ini rakyat diperbodohkan dengan pelbagai agenda sempit kepartian BN dalam media cetak seolah-olah media tersebut milik penuh mereka sedangkan ia akhbar rasmi negara. Selama ini segala bahan berita yang dimuatkan hanya menunjukkan kebaikan BN sedangkan imej Pakatan Rakyat diburukkan dengan pelbagai berita yang songsang.

Continue reading

JAWATANKUASA KHAS PARLIMEN HANYA RETORIK UNTUK BN TERUS BERKUASA

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang bertegas tidak akan menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen yang dibentuk kerajaan kerana ia sekadar gimik politik Perdana Menteri semata-mata. Bagi DPPM penubuhan jawatankuasa Khas Parlimen yang tidak tertakluk dengan tarikh pilihanraya umum ke 13 tidak akan membawa apa-apa makna terhadap sistem pilihanraya yang sedang dibualkan sekarang.

DPPM mahukan kerajaan konsisten terhadap semua 8 tuntutan BERSIH  dan tidak bersikap retorik dalam menghadapi kemarahan rakyat. Jika pilihanraya umum dilangsungkan dalam keadaan Jawatankuasa Khas Parlimen tidak sempat membuat apa-apa resolusi, apakah maknanya penubuhan jawatankuasa ini? Ini lebih membawa maksud penghinaan terhadap Parlimen itu sendiri.

Tidak ada ertinya Pakatan Rakyat (PR) duduk dalam Jawatankuasa Khas Parlimen jika semua tuntutan tidak dilaksanakan dalam PRU ke 13 nanti. DPPM mempersoalkan bilakah lagi kerajaan akan melaksanakan reformasi dalam pilihanraya jika pada PRU ke 13 tidak sempat dilaksanakan? Adakah kerajaan mahu rakyat menunggu sehingga PRU ke 14, atau lebih lama dari itu? Ini membuktikan bahawa Datuk Seri Najib sendiri tidak ikhlas dalam melakukan usaha pemulihan sistem pilihanraya. Jawatankuasa Khas Parlimen sekadar tempelan bagi mengambil hati rakyat yang masih terluka.

Continue reading

KAWAL KETAT KE ATAS PROSES PENYEMBELIHAN AYAM

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS) memandang serius laporan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang mendapati kira-kira 60,000 ekor ayam segar atau 30 peratus daripada bekalan ayam segar di negeri Johor diragui status halal dan kesuciannya. LaPAS difahamkan ia berpunca daripada sikap segelintir pengusaha pusat penyembelihan yang menjalankan kerja-kerja penyembelihan tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

LaPAS mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIS) yang berjaya mengesan dan membuat serbuan ke atas premis terbabit. Bagi LaPAS, isu sembelihan ayam halal adalah isu yang sangat penting kepada umat Islam. LaPAS percaya umat Islam tidak rela makanan yang masuk ke tubuh badan mereka dan menjadi darah daging berpunca dari sumber yang haram.

Adalah diharapkan agar JAIJ dan kerajaan bertindak tegas terhadap mana-mana pengusaha yang gagal mematuhi kawalan syariah dengan menghentikan operasi perniagaan mereka, menyita premis serta membekukan lesen perniagaan. Pengusaha seperti ini tidak layak untuk menjalalankan perniagaan mereka kerana tidak menjaga amanah umat Islam bagi menjaga halal dan haram pada makanan yang mereka usahakan.  Ini juga sebagai peringatan keras agar pengusaha dan pembekal makanan bersikap lebih berhati-hati dengan mematuhi segala prosedur halal yang ditetapkan.

Continue reading

Takziah buat keluarga almarhum Azizi

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan turut mengucapkan takziah di atas pemergian beliau. Pemergian beliau merupakan suatu kehilangan di dalam dunia novelis dan cerpen. Semoga arwah Azizi Abdullah di tempatkan bersama orang-orang yang soleh

 

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Kembalinya novelis terkemuka tanahair, Azizi Abdullah ke rahmatillah sangat dirasai oleh dunia penulisan negara, kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

Katanya, almarhum bukan sahaja seorang novelis yang hebat tetapi juga seorang yang peka dan tajam pandangan penanya terhadap isu semasa yang melanda masyarakat.

“Penulisan almarhum hidup dalam realiti semasa yang sedang dihadapi oleh masyarakat selain almarhum juga telah meninggalkan jasa besar dalam seni kesusasteraan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, novel Seorang Tua di Kaki Gunung pastinya hasil karya besar almarhum yang melonjak naik namanya di persada sastera negara.

Beliau menambah, almarhum seorang yang tinggi disiplin dan berdedikasi dalam penulisan malah kritis dalam mengutarakan idea mengolah realiti meletakkan beliau sebaris dengan sasterawan negara yang lain.

Kini, ujarnya negara telah hilang sebuah permata bernilai dan berkualiti tinggi.

“Semoga almarhum menjadi contoh kepada generasi muda hari ini dalam menekuni bidang penulisan dan kesusasteraan.

“Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga almarhum di atas pemergiannya. Sabarlah di atas ujian ini dan semoga ruhnya dicucuri rahmat dan digolongkan dari kalangan hamba-Nya yang soleh,” katanya.

Azizi, 69, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 7.50 pagi semalam akibat komplikasi buah pinggang.

Almarhum pernah memenangi anugerah SEA Write Award pada 1988 dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 26 Mac lalu dan menjalani pembedahan jantung tidak lama selepas itu.

Apa pula pendirian Umno-MCA dalam isu JAIS?

Dalam keseronokan Umno menyerang PAS secara bertubi-tubi dalam isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) walaupun PAS telah menyatakan pendirian tegasnya dalam mempertahankan aqidah umat Islam, rakyat masih tertanya-tanya apakah pendirian sebenarnya Umno Barisan Nasional dalam isu ini pula.

Masih segar dalam ingatan ialah rakan terbaik Umno, MCA – parti yang disokong Umno untuk menyaman kerajaan Kelantan dalam isu mengharamkan judi melalui Presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek dalam kenyataannya yang dipetik Harian Metrotelah secara terbuka mengutuk tindakan Jais dalam menyiasat GMDU sebagai satu tindakan yang memalukan.

Dr Chua turut dipetik sebagai berkata Jais, yang terletak di bawah bidang kuasa anggota exco daripada PAS Datuk Dr Hassan Ali  perlu memberi penjelasan tentang isu itu dan memohon maaf kerana menceroboh premis gereja berkenaan serta kelemahan pihaknya mengendalikan perkara itu.

“Kejadian ini menunjukkan bahawa PAS tidak liberal seperti yang didakwanya,” tambahnya lagi.

Continue reading

Jawatankuasa Reformasi Pilihanraya Untuk Ganti & Lebarkan Sayap JK Khas Parlimen

Kenyataan Perdana Menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya merupakan kajayaan besar himpunan 9 Julai Bersih 2.0, yang telah berjaya mengadakan bantahan besar-besaran secara aman serta membongkar dan menyedarkan rakyat tentang beberapa penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihanraya di Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang juga sepatutnya badan pelaksana kepada sistem pilihanraya yang bersih dan adil telah menjadi sasaran utama pembongkaran hari ke hari yang mencerminkan kelemahan perjalanan sistem pilihanraya di negara ini.

Hasil pembongkaran demi pembongkaran yang membayangkan satu konspirasi yang seolah-olah terancang antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terutamanya dalam soal pengundi hantu, nama bertindih, pengundi warga asing, pengundi tanpa rekod di JPN sehingga kini masih tidak dapat dijawab oleh pihak-pihak bertanggungjawab.

Pembongkaran tersebut telah juga mewujudkan satu keadaan saling nafi-menafi antara SPR dan JPN, ditambah pula pengubahan data JPN dan SPR dengan sewenang-wenangnya menjadikan keyakinan rakyat jelata kepada ketelusan, kebersihan dan keadilan sistem pilihanraya semakin runtuh.

Semua ini ditambah pula tekanan daripada pihak Pakatan Rakyat (PR) yang menuntut satu sidang parlimen khas untuk membahas isu menjual kewarganegaraan untuk undi, akhirnya sedikit-sebanyak memaksa Perdana Menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen ini.

Continue reading

JELASLAH BERLAKU PENYELEWENGAN SELAMA INI DALAM UNDI POS

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa terkejut dengan pendedahan beberapa orang bekas anggota tentera berhubung penglibatan mereka dalam penyelewengan undi pos semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Bagi DPPWP, pendedahan mereka membuktikan bahawa memang benar undi pos adalah suatu manipulasi bagi memenangkan UMNO-BN.

Dalam kenyataan balas oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam yang menyalahkan Pemuda PAS kerana mengambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera. DPPWP menegaskan, tidak timbul soal Pemuda PAS mengambil kesempatan terhadap mana-mana anggota tentera. Sebaliknya Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin perlu melihat kebenaran disebalik pendedahan mereka ini.

Sepatutnya Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bersyukur kerana masih ada bekas-bekas anggota tentera yang berani menyatakan kebenaran walaupun risikonya tinggi. Tidak ramai yang mampu tampil ke depan membuat pengakuan kerana takut dengan risiko yang bakal menimpa.

Sebaiknya Panglima Angkatan Tentera Malaysia menyiasat dakwaan ini secara serius. Isu penyelewengan dalam undi pos adalah isu besar dan melibatkan integriti Angkatan Tentera Malaysia. Jika benar dakwaan bekas-bekas anggota tentera ini, maka ATM perlu mengambil tindakan drastik bagi mengelakkan kejadian ini berulang. ATM perlu menjadi agensi yang diyakini oleh semua pihak, dan ia perlu mengelak diri dari cenderung kepada mana-mana parti politik.

Continue reading

Himpunan Bantah Kerajaan Syiria Esok

Himpunan aman bagi membantah kekejaman Kerajaan Syiria ke atas rakyatnya akan diadakan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia pada :

Tarikh : 19 Ogos 2011

Masa : Selepas Solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Ampang

Tempat : Depan Kedutaan Syiria, Jalan U Thant, KL

Sehubungan dengan itu, semua warga Malaysia dijemput bersama-sama menyertai himpunan aman ini.

Daftar pemilih: Lain ditanya, lain SPR jawab

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat kecewa dengan jawapan balas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pendedahan mereka bahawa wujudnya penyelewengan dalam daftar pemilih.

Exconya, Suhaizan Kaiat berkata, jawapan balas Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria bahawa ramai individu yang mempunyai ejaan nama yang sama adalah perkara biasa ibarat “lain biduk lain digalang”.

Menurutnya yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu, apa yang dipertikai oleh pemuda PAS bukanlah soal ramai yang mempunyai ejaan nama sama, namun yang dipertikai adalah corak perbezaan nombor kad pengenalan mereka yang meragukan.

“Kita tak pertikai soal nama sama, kita tahu nama bukan unik. Kalau ikutkan nama (seperti Timbalan Pengerusi SPR) Wan Ahmad Wan Omar pun ada dua, tapi kita tidak pertikai pun.

“Yang kita pertikai, corak perbezaan no IC mereka yang mempunyai nama sama itu,” kata Suhaizan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penjelasan Kamaruddin semalam yang berkata, nama Azhar bin Ahmad seperti yang didedah pemuda PAS sebelum ini mempunyai 825 nama dengan ejaan serupa.

Continue reading

Isu JAIS – Reaksi Dan Tindakan Umno Cukup Mencurigakan

Isu siapa dalang di sebalik tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kini semakin hangat diperkatakan; terutama apabila Setiausaha Agong PAS, Dato Mustafa Ali menegaskan beliau mempunyai bukti kukuh penglibatan Umno dalam isu ini. Dengan ledakan pelbagai bukti di blog pro-Umno, umum mengetahui dan boleh menjangkakan sememangnya wujudnya tangan-tangan ghaib di sebalik tindakan yang aneh ini.

Antaranya ialah:

1. Media pro-Umno yang terus melonjak isu ini dengan membuat serangan kepada Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri.

2. Semua bukti wujudnya usaha pengkristianan dibongkar oleh blog-blog pro-Umno dan bukan oleh Jais, sedangkan semua bukti itu adalah bahan sulit yang tidak sepatutnya dikeluarkan selagi belum ada dakwaan di mahkamah.

Ini termasuklah soal-selidik, nama mereka yang hadir, jumlah wang yang dibekalkan, dan terbaru klip video serbuan tersebut dan juga laporan Jais yang sepatutnya diberikan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu. Kenapa bukti-bukti Jais ini dapat keluar dan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno?

3. Demonstrasi oleh Mohamad Ezam Mohd Nor dibuat di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk penyapu tandas, mangkuk tandas dihantar ke pejabat Menteri Besar.

Continue reading

PANTAU KETAT PRODUK TIDAK HALAL

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS) mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berhasil menemui produk makanan tidak halal baru-baru ini. Dalam kenyataan semalam, JAKIM mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Sehubungan dengan itu, LaPAS mendesak kerajaan agar menarik balik produk ini di pasaran atau menghadkan produk ini hanya di premis yang tidak halal sahaja. Ini bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai agar tidak membeli produk ini di pasaraya-pasaraya tempatan. LaPAS mensarankan JAKIM agar mengeluarkan senarai terkini produk tidak halal sebagai panduan orang ramai. Ini sebagai suatu kempen kepada pengusaha agar mereka berusaha menjadikan produk mereka halal untuk orang Islam. Ia juga sebagai suatu amaran kepada pengusaha agar mengutamakan produk halal memandangkan majoriti rakyat di negara ini adalah beragama Islam.

Selain itu, JAKIM perlu mengawal ketat pengeluaran logo halal ke atas mana-mana produk dan juga premis. Kawalan ketat termasuk pemeriksaan mengejut ke atas produk, kilang dan juga premis amat penting bagi mengelakkan unsur haram pada makanan. Antara isu penting terhadap produk halal adalah  isu kebersihan premis. Ia juga perlu diambil perhatian dalam pengeluaran sijil halal. Hasil tinjauan LaPAS di beberapa buah premis makanan mendapati banyak restoran tidak mementingkan kebersihan dalam penyediaan makanan. Amaran keras perlu diberikan termasuk menarik balik lesen logo halal pada produk makanan serta premis mereka agar pengusaha produk makanan ini lebih berhati-hati dalam menjaga kebersihan.

Continue reading

Demi Agama, Bangsa dan Negara – Bila Hanya Ada Keuntungan Politik

Tindakan UMNO cuba mempolitikkan semua isu  yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat (PR), terutamanya isu agama memperlihatkan betapa dangkalnya pemikiran dan sifat hipokrit mereka.

Dalam isu fatwa pembesar suara yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri Pulau Pinang, Umno kelihatan ingin mempolitikkan isu tersebut sehingga tidak boleh membezakan mana keputusan fatwa negeri, dan mana satu tindakan kerajaan negeri.

Isu bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara pada waktu pagi bukanlah isu baru, kerana ianya sudah acap kali ditimbulkan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan rakyat. Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah keputusan mufti dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang melihat isu ini bercanggah dengan nas yang jelas, kerana tindakan memperdengarkan bacaan al-Quran, walaupun ia satu kebaikan; namun Islam juga mengambil kira soal sensitiviti orang lain yang inginkan ketenangan, ada kanak- kanak yang sedang tidur, orang yang uzur, terutamanya yang tua sakit dan sebagainya.

Tindakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertikaikan keputusan Fatwa Kerajaan Pulau Pinang merupakan satu penghinaan kepada wibawa Mufti dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang telah membua kajian dan keputusan yang teliti. Bayangkan kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng, tentu ia akan menimbulkan kegilaan huru-hara para pemimpin Umno dan saudara baiknya Perkasa dan juga mengkritik beliau.

Continue reading

Pemuda PAS terus bongkar penipuan undi pos

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat antara cabaran untuk melaksanakan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini adalah dengan mereformasikan sistem pengundian pos.

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata, ini kerana sistem sedia ada tidak memberikan keadilan kepada pihak pembangkang melainkan kepada pihak kerajaan sahaja.

“Ini kerana sistem pengundian secara pos yang melibatkan anggota tentera, polis, kakitangan SPR dan orang-orang yang dinamakan oleh SPR sebagai pengundi pos telah dikenalpasti sebagai ‘undi simpanan tetap’ Umno BN kerana undi pos inilah yang akan menjamin kemenangan mereka di sesebuah Dun atau Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, ujarnya sebelum ini telah mendedahkan dan membawa seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Nasir Ahmad untuk tampil bertemu media pada 4 Ogos lalu di Ampang.

Katanya, Nasir telah menceritakan dan mendedahkan bagaimana beliau dan sahabat beliau telah diarahkan oleh pihak atasan beliau untuk menandakan kertas pengundi pos yang berjumlah hampir 900 kertas mengikut selera pilihan mereka di kem Sandakan pada pilihanraya umum tahun 1986.

Tambahnya, pihaknya sekali lagi telah mengambil inisiatif untuk membongkar kesalahan dan penipuan sistem pengundian pos ini dengan membawa ‘keluar’ dan mendedahkan lagi beberapa orang bekas tentera yang telah digunakan oleh pihak atasan mereka untuk memangkah kertas-kertas undi pos ini pada 17 Ogos, jam 12.00 tengah hari di Tingkat 5, Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut.

“Para wartawan media alternatif dan arus perdana, wakil media cetak dan elektronik, wakil NGO, wakil parti politik dan jurufoto dijemput hadir,” ujarnya.

Mengenai Persediaan Menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13

Ustaz Khoirol Anwar Mat Zuki

Melihat kepada senario politik dan ekonomi yang berlaku di negara ini, Dewan Pemuda PAS Putrajaya telah memperkemaskan struktur jentera pilihanraya bagi mendepani Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka akan berlaku kira-kira enam bulan lagi.

Setakat ini beberapa gerak kerja telah dilakukan antaranya adalah pertemuan dengan beberapa kelompok pengundi sasaran sejak beberapa bulan lalu. Manakala, di bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak Pemuda PAS Putrajaya telah berjaya mengadakan beberapa siri edaran risalah, kurma dan bubur lambuk di beberapa lokasi terpilih dan strategik. Kebanyakan respon yang diterima daripada penduduk Putrajaya adalah baik dan menyenangkan.

Daripada beberapa analisis yang dibuat, kebanyakan pengundi di Putrajaya sedar mengenai isu-isu semasa yang berlaku di peringkat nasional. Cabaran utama bagi pihak Pemuda PAS Putrajaya adalah bagaimana ingin menambahkan lagi keyakinan mereka khususnya dikalangan penjawat awam mengenai hak serta tanggungjawab mereka sebagai pengundi dan tidak takut untuk membuat perubahan.

Pemuda PAS Putrajaya menyeru kepada seluruh pengundi terutamanya dikalangan penjawat awam agar memberikan sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan di negara ini. Marilah kita bersama-sama menolak pelbagai kezaliman yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional dan kita tegakkan sebuah kerajaan yang adil serta berkebajikan bagi memberikan kemaslahatan kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

Continue reading

Datuk Lee Chong Wei Gagal Juara Dunia

Walaupun tewas, namun beliau telah menunjukkan tentangan yang hebat terhadap jaguh dari China iaitu Lin Dan. Pujian harus diberikan kepada Datuk Lee Chong Wei. Apa pun, tahniah sekali lagi diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei – Pemuda Wilayah

 

JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei terus kempunan untuk merangkul kejuaraan dunia. Biarpun tampil selaku pemain No. 1 dunia, Chong Wei sekali lagi dibayangi kehandalan seteru utamanya dari China, Lin Dan.

Pada aksi final Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley, London semalam, Chong Wei tumbang dalam pertarungan tiga set.

Meskipun berjaya mencatatkan kemenangan 22-20 pada set pertama, Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan yang tampil dengan aksi penuh bertenaga untuk menang dua set berikutnya 21-14, 23-21.

Kejuaraan dunia yang dirangkul oleh Lin Dan itu merupakan yang keempat sepanjang kariernya.

Jaguh China berusia 28 tahun itu pernah bergelar juara dunia sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 2006, 2007 dan 2009.

Sebaliknya, Chong Wei yang telah mencecah usia 29 tahun sekali lagi terpaksa melupakan hasrat muncul juara dunia selepas membuat penampilan sulung di Anaheim, Amerika Syarikat pada 2005.

Pencapaian terbaik Chong Wei sekadar mara ke peringkat separuh akhir kejuaraan dunia edisi 2005.

Sementara itu, pasangan China, Yu Yang/Wang Xiaoli muncul juara beregu wanita selepas menewaskan rakan senegara mereka iaitu Tian Qing/Zhao Yunlei 22-20, 21-11. - Kosmo

Jawapan SPR Ibarat Pak Pandir

Setelah diasak bertubi-tubi dengan pelbagai bukti kelemahan dalam daftar pemilih negara, SPR, yang telah berkeras kepala dalam menafikan kelemahannya selama ini akhirnya terpaksa membuat pusingan U dan mengakui bahawa mereka sedar ada kelemahan dalam daftar pemilih negara.

Namun begitu, pengakuan SPR tidak ikhlas apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sekadar menyalahkan “kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)” sehingga menyebabkan kelemahan dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR selama ini.

Beliau juga dipetik sebagai berkata “tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini” sebagai jawapan kepada pelbagai kelemahan yang dibongkar oleh PAS dalam daftar pemilih negara.

PAS kesal dengan jawapan yang diberikan Abdul Aziz dan lebih mendukacitakan ialah  sikap lepas tangan SPR, seolah-olah isu ini bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja, bahkan berlaku di kebanyakan negara berlaku.

Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan “bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak”.

Kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada.

Lebih malang dalam sistem serba canggih sekarang, SPR masih ketinggalan zaman sehingga berlaku perkara yang sangat mengaibkan. Bayangkan kalau Kg Baru pun didaftar sebagai pengundi, siap ada bersama nombor kad pengenalan.

Continue reading

Datuk Lee Chong Wei Mara Ke Final Kejohanan Badminton Dunia 2011

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya mara ke peringkat akhir dalam Kejohanan Badminton Dunia 2011 sebentar tadi. Beliau mara selepas berjaya menundukkan pemain dari China iaitu Chen Jin yang menduduki ranking ke-6 dunia dengan keputusan 21-13, 21-9 dalam masa 43 minit.

Dalam perlawanan akhir nanti, Datuk Lee Chong Wei akan bertemu samada Lin Dan atau Peter Gade. Lin Dan dan Peter Gade akan bertemu pada malam ini juga. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Datuk Lee Chong Wei

SPR ‘berpenyakit’, ganti muka baru

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menyeru rakyat akan berperanan sebagai ‘hospital awam’ untuk mengeluarkan sijil ‘tidak layak urus pilihan raya’ kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini kerana sistem pilihan raya negara ini katanya mengalami kepincangan sangat teruk dibawah kendalian SPR seperti yang didedah banyak pihak.

Sehubungan itu katanya, seluruh rakyat disaran terus membongkar penyelewengan dan salah laku SPR dalam mengendalikan pilihan raya khususnya menjelang PRU ke-13.

“Saya selaku Ketua DPPM mengarahkan semua jentera pemuda PAS di semua peringkat khasnya kawasan dan negeri untuk mempertingkatkan tindakan membongkar penyelewengan dan mendedah salah laku SPR, agar rakyat segera menyedari bahawa sistem pilihanraya negara kita pincang teruk setelah dikendalikan oleh SPR yang telah hilang kelayakan mengurus.

“Rakyat mesti menjadi “Hospital Awam” untuk mengeluarkan sijil “Tidak Layak Urus Pilihanraya” kepada SPR ekoran kini SPR sedang mengidap “down sindrom” yang kritikal,” katanya.

Beliau mengulas beberapa pendedahan membabitkan pendaftaran penduduk tetap sebagai pengundi yang kemudiannya ditukar status menjadi warganegara.

Continue reading

PAS lancar kempen “Protes BN”

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Ekoran bebanan kos hidup yang tinggi yang terpaksa ditanggung rakyat, PAS mengajak seluruh warga negara ini bersama mereka dalam kempen membantah kenaikan harga barang.

Kempen tersebut yang dikendalikan Lajnah Pengguna PAS, akan dilancarkan 20 Ogos ini dengan pelancaran Kelab Protes Barang Naik atau singkatannya Protes BN sebagai permulaan.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Protes BN adalah sebagai usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat berhubung peningkatan kos hidup khususnya kenaikan harga barangan keperluan.

“Kita mahu rakyat sedar punca berlakunya kenaikan harga barangan ini disebabkan kelemahan pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN.

“Perkara ini boleh dielak jika tiada keborosan, tiada ketirisan dan tiada amalan rasuah dalam pentadbiran negara,” katanya kepada Harakahdaily.

Continue reading

Mahasiswa kempen “Jom Baca Media Alternatif”

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang terdiri daripada gabungan beberapa pertubuhan mahasiswa akan mengadakan kempen diberi nama ‘Jom Baca Media Alternatif’.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, mereka memberitahu usaha itu dibuat bagi menyeru rakyat menjadikan media alternatif di seluruh Malaysia sebagai sumber media yang kukuh dan dekat di hati rakyat.

Difahamkan, kempen itu dibuat sebagai protes terhadap media arus perdana yang selama ini dilihat bias kepada parti politik tertentu sehingga hanya membawa pandangan sebelah pihak.

Dengan tema “baca dan banding”, kempen itu mensasarkan beberapa objektif antaranya; menjadikan media alternatif sebagai sumber utama akses maklumat rakyat Malaysia, mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan rakyat kepada persepsi yang lebih terbuka, dan memberi peluang kepada rakyat untuk melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza.

Bagi mencapai matlamat itu, SMM dijangka akan memulakan aktiviti kempen mereka pada hujung minggu ini.

Continue reading